Wednesday, March 25, 2009

Perangai pelik minggu ini!.....


Semalam saya bawak balik pasta ABC yang kak mon poskan tu.. Yaya tanya,

"Mama, mama beli apa tu? Hadiah hepi besdey to you Yaya ye?"

"Ye, ni hadiah hepi besdey to you Yaya dengan Haikal. Ada kawan mama belikan. Nah, Yaya bukaklah.."

Yaya pun ambil parcel tu dan buka kotak dalam parcel tu. Dia keluarkan bungkusan pasta. Sambil pegang bungkusan pasta tu, dia jenguk dalam kotak.. Dengan muka pelik Yaya bertanya..

"Mama, mana hadiahnya?"


Ayoyo! Mama pensan!


Tuesday, March 24, 2009

Parcel datang lagi.....

Petang tadi tiba-tiba saya dijemput untuk masuk meeting, maka saya yang menurut perintah ni pun masukler... Dam dim dum habesss meeting... Masuk opis, ada parcel atas meja. Wah! Dalam parcel tu ada ini



Inila pasta ABC yang hangat diperkatakan tu.. Acik carik kat JJ tak jumpa tau.. Hihihi.. Nasib baik Kak Mon ni baik hati, dia beli banyak2 n pos ke sesiapa yang berminat.

Mudah-mudahan bila anak2 saya makan nanti cepatler pandai ABC, almaklum, sambil makan sambil mengeja..

Ini nota bertulisan tangan dari Kak Mon, saya assume nota ni ditujukan untuk anak2 saya. Nanti saya tolong bacakan ke diorang ye.Terima kasih daun keladi kak mon, bak kata felix "susah-susah ajerrr". Nanti jangan lupa tau bagi no account, dari haritu mintak tak bagi2 ni apahal? Ekekeke... (p/s: Kak Mon, bole buat bisness ni, jual pasta online. Bole gitu?)

Monday, March 23, 2009

Jom shopping!


Hari Rabu minggu lepas saya gatai nak online shopping kat sini, berkenan dengan t-shirt budak2. Owner kedai nih baikhati sungguh. saya blom bayar dia dah pegi pos t-shirt tu. Dahla haritu online banking punyerla problem, last2 balik opis saya suruh suami bayar cash deposit.

Hari Jumaat tu sampaila barang2 yang saya order.. Sooo cute t-shirt2 tu semer.. tapi yang warna biru tu saiz M la puloks... takpe, tahun depan Haikal muat la tu.. heheheheh..

Saya belum 'melaramkan' budak2 tu guna t-shirt ni. Saya sedang menunggu waktu yang sesuai sebab saya sayang nak pakaikan t-shirt comel ni pada Haikal yang kuat merembes tu... nanti mama bagi pakai ye anak-anak...


p/s : Buat Sue shanteks, kalau mu ada t-shirt untuk mommy n daddy macam yang kaler maroon tu please book for me ye.. Kita nak bergaya sedondon anak beranak.. muahahahaha

Jam 4.30 pagi...

Bangun pagi2, basuh muka dan gosok gigi.

Masuk dapur dan ambil ini...

Nasi putih lauk ayam beriani, acar timun dan keropok.. tak lupa 1 mug kopi panasss..

Alhamdulillah... makanan sahur harini.....

Wednesday, March 18, 2009

PENAPIS AIR BIO AURA




PENAPIS AIR BIO AURA


Di jual pada harga istimewa RM1500.00 di blog ini saja (boleh bayar installment)
Hanya 5 unit saja lagi yang available.



Untuk keterangan lanjut mengenai product klik sini

Monday, March 16, 2009

Cikgu Yaya..

"Adik! mari sini kakak ajar baca buku."

Haikal ye ye aaa mengadap Yaya dan buku dengan air liur yang merembes2. Bila la air liur dia nak berenti merembes nih..

"Ok, berapa dia ada 2 ekor?"

Haikal nganga sambil merembes..

"Gajah la adik! Gajah ada 2 ekor.."

hehehehehhehehehe.. Eceli ada 2 ekor gajah..

Cerita pagi sabtu....

"Mama! Tenguk ni Haikal dah masuk dapur! Jaga la kejap, karang dia capai apa2 pecah nanti baru tau.."

"Mama baru keluar bilik air ni, macam mana nak pegang budak tu.."

"Kalu tak boleh pegang masukkan la dalam walker tu.."

"Dah masukkan tadi dia nangis2 nak keluar"

"Mama! Adik dah keluar pegi depan!" Yaya jerit

"Ya Allah anak aku dah tertonggeng kat depan pintu! Ni sapa keluar masuk rumah tak reti tutup pintu ni!?" sambil gosok2 dahi Haikal..

"Abah keluar kejap je tadi.. " selamber ajer..

"Dahtu, lagi suruh mama letak budak tu dalam walker. Kalau tertonggeng dengan walker2 tadi apa cerita?" ala2 macam nak carik pasal ajer Mama nih..


"Hish! Kelakar la Abah, Mama dengan Adik nih. Kakak nak tenguk kartun pun tak senang..."


Terus kami anak beranak terdiam jap.. Ekekekeke.. Ko pun kelakar jugak Yaya.. Serupa aje..

Friday, March 13, 2009

Baby at 11 months


Tomorrow 14.3.09, Haikal will hit 11 month old. Kejap je dah nak setahun...

Growing physical independence
Now that she's only one month shy of her first birthday, your baby is no longer that helpless infant who couldn't do anything without you. She still needs plenty of care and support, but her growing independence -- evident in her solo standing, stooping, and squatting -- is becoming apparent. She may walk while gripping your hand, and she'll hold out her arm or leg to help you dress her. At mealtimes, she may be able to grip a cup and drink from it independently (though some children may not do this for a few more months) and hand-feed herself an entire meal. Of course, once your child is able to drink from a cup by herself, you may need to start ducking, because she's just as likely to toss it when she's finished as she is to put it down gently. She'll also purposely drop objects for someone, probably you, to pick up.
*Haikal is currently all of the above - grin. Lots of bumps and bruises compared to Yaya last time. Yaya sangat berhati-hati dan jarang sangat jatuh dan buat perkara2 yang adventurous

Books for your little reader
Your child likes to look at books and leaf through the pages, though she won't always turn them one by one. She may have favourite books too, that she likes to come back to time and again.
*Haikal suka tenguk dan makan buku. Mudah2an dia rajin baca buku macam mama dia jugak. Aminnn... muahahahaha..

Becoming her own person
At this age your baby may assert herself among her siblings and begin to engage in parallel play -- contentedly playing alongside (but not with) another child. She may also have designated a favourite blanket or stuffed animal as a security object.
*Haikal sangat obsess dengan bola, dia suka main catch d ball dgn Yaya. Suka ambil apa saja mainan dari tangan Yaya dan tidur sambil peluk teddybear (Yaya punya jugak).

Time to start setting limits
Your baby now probably understands simple instructions and may purposely choose to ignore you when you say no. (To help the word carry a little more weight, reserve its use for things that are truly dangerous.) But even though your baby may not always remember tomorrow what you've said today, it's not too soon to set certain boundaries and start teaching her right from wrong. You're not being mean if you don't let her devour a second cake; you're setting limits. If she pulls kitty's tail, move her hand, look her in the eye, and say, "No, that hurts the cat." Then guide your daughter's hand to pet the animal gently. Her desire to explore is stronger than her desire to listen to your warnings, so it's up to you to protect and teach her. What seems to be defiance isn't; it's just her natural curiosity to see how the world works.

Talking up a storm
Words and wordlike sounds are now spilling out of your baby -- words she's now able to use meaningfully. As the frontal lobes of her brain gradually develop, coinciding with the arrival of higher cognitive abilities such as reasoning and speech, you can continue to encourage her interest in language by avidly listening and responding to her words and babbling. This type of interaction is crucial to teaching her about two-way communication. Playing games such as patta-cake and peekaboo will help polish her memory skills. At this age, your baby can probably imitate word sounds and inflections as well as actions. She may be able to follow simple directions, such as "Please bring me the ball" or "Pick up the spoon." Help her learn by separating commands into easy-to-follow steps. Cherish this brief but remarkable period when your baby's communication skills are emerging: They're perhaps the most important ability she'll ever have.
*Rasa2nya Haikal dah faham kalu cakap macam ni:
- Salam mama - dia pegang tangan kita n cium sambil makan jari kita
- mama mintak - dia bagi apa yang dia pegang
- no no no! - nanti dia pukul tangan kita, tapi pukul pelan je sambil senyum2. so cute!
- kipas mana kipas? Lampu mana lampu? - dia tenguk atas sambil tunjuk lampu n kipas
-Haikal jump! - nanti dia ala2 lompat2 sambil sengih2
- Haikal abum - nanti dia terus carik port nak landing (abum means baring)

tu je la kot...

Thursday, March 12, 2009

Holiday in Langkawi ~ entry basi suda........

CNY haritu kami berholiday 4D3N di Langkawi. Konvoi dengan member suami 2 kereta. Bertolak dari Seri Kembangan jam 10 malam menuju ke jeti Kuala Perlis. Sampai di sana jam 8 pagi dan dapat tiket feri jam 2 ptg.

Sebab entry da lama sangat, kita layan gambar saja ye...


Haikal layan abah mengantuk drive pagi2 buta



Dalam feri nak pegi lankawi


Di gunung Mat Cincang. Tapi takleh naik kabel car sebab angin kuat


Underwater World langkawi


Dataran Helang

Taman Buaya. Ada buaya deformed, Yaya kata mulut dia macam Popeye.

Check-out time



Pegi 1 beg besar, balik cuma tambah beg kecik & 1 plastik bag ajer.


Baju2 buat kenangan di langkawi


OTW balik dalam feri

Thursday, March 5, 2009

Children's supplements.



Masa saya kecik2 dulu saya selalu demam selesema. Badan kecikk ajer, kanak2 kurang zat makanan (KZM). Sebabnya saya memnag tak kuat makan. Zaman dulu2 mana ada vitamin yang best2, so abah saya bagi saya makan Scott's Emulsion ni.. Original flavour.. yurghhhh!!!!!! Sangat tak sedap!!!!!!


Sekarang saya bagi Yaya dan Haikal makan Scott's Emulsion jugak, tapi perisa oren.


Yaya cakap, "MASIN LA MAMA!" (masam le sayang...)


Haikal cakap, "ATEH! ATEH!" (dia nak lagi la tu....)


Mudah2an lepas makan supplement ni anak2 mama susah nak dapat cough and cold and that irritating ear infections also... Aminnnn........



Selain dari Scott's emulsion tu, Yaya pun makan Appeton ni jugak. Dia panggil ubat little star.



Wednesday, March 4, 2009

Update.. Sesuatu yang baru...

Dulu...


Sekarang...

Kesimpulannya..

Ke'bestan':

Lebih selesa, smooth journey, tidur lena, jimat petrol, Yaya dah tak mabuk dan muntah2 lagi

Ke'tidakbest'an:

Cuma boleh tengukk ajer buah durian di tepi jalan, tapi tak muleh beli dan bawa naik kereta...

My very own.. home sweet home


Misi mencari rumah masih lagi diteruskan.. walaupun saya dah rasa malas nak mencari. Saya serahkan semuanya di tangan suami saya. Semalam dia beria-ia ajak saya pergi tenguk satu rumah di kawasan perumahan yang sama. Agen bagitau semenjak dibeli sampai sekarang rumah tu takde orang duduk.
Masa tenguk condition rumah tu bolehla dikatakan 80% ok. Cuma tak tau wiring dengan piping ok ke tidak sebab tak muleh test.
Owner nak jual RM230k. Mahal kan. Agen kata owner beli dengan harga RM227k. Build up lebih besar dari rumah yang saya duduk sekarang. Tanah kat belakang pun ada la kot belen dalam sekangkang Haikal. Muleh lagi kalu nak tanam pokok pisang macam kat rumah Erl tu.
Tapi saya suka design rumah tu sebab dia memaximumkan keluasan rumah dengan mengurangkan area2 berlekuk2 dan juga menyediakan kemudahan seperti stor yang takde di rumah yang saya duduk sekarang ni.
Rumah tu takde land tittle, so saya tak muleh nak buat loan gomen.
Suami tanya, camner? Ok ke? Nak cari yang murah lagi memang ada tapi saya tak berkenan (almaklum taste ku cuma yang mahal2 ajer.. muahahahhahahhaha... berangan...).
Disebabkan saya tengah migrain masa tu saya jawab.. "Ikut abang ler... mama ikut ajer.."
Nampak gaya dia pun macam dah suka kat rumah tu.. Kalau jadi, dan bank loan pun lepas, alhamdulillah.... Akhirnya misi mencari rumah sampai di sini saja..
p/s: Nanti, kalu jadi beli rumah ni kita nak mintak anak pokok pisang kat umah Erl muleh?.. muahahaha