Saturday, December 11, 2010

Gambar Birthday Yaya

Entry gambar-gambar semasa birthday Yaya yang ke-5 tahun. Celebrate sefamily je kat SR


Yaya yang ceria...


Masih lagi ceria.. Mama sedang tenangkan Haikal...


Ok, Yaya ready nak tiup lilin....


Lepas tu potong kek pulak...


Lepas tu adeke Yaya jatuhkan piring berisi sepotong kek ke baju dan lantai. Habis piring tu pecah. Lepas tu Yaya nangis kuat-kuat.. Lepas tu dia makan kek lagi....
Nasib baik piring pecah tu tak kena charge... Hihhihiiii....

Friday, December 10, 2010

Ketagihan...

Saya sedang ketagih dengan bau-bauan seperti berikut...

~ Ubat nyamuk spray Ridsect
~ Minyak angin
~ Minyak urut
~ Minyak petrol
~ Ubat gegat

Camno tu??? Best giler bau mende yang tersebut di atas....

Wednesday, December 8, 2010

Tempatkan dia di syurga....

(Tajuk di atas tiada kena mengena dengan entry di bawah. Tajuk tersebut di ambil sempena drama Maal Hijrah malam tadi yang membuat air mataku mengalir....)

Salam semua,

Semakin hari semakin jarang update blog ni. Sebab utama malassss.... malas cari idea nak mengarang. Pembawaan budak kot. Harini den takde keroje kat opis tetiba teringin nak mengupdate serba sedikit pasal kehidupan di akhir tahun 2010 ni..

Pasal saya...

Saya dah masuk 36 minggu. Orang jawa kata "term already". Kalau terberanak kira dah cukup bulan. Namun yang demikian persediaan untuk menerima orang baru baru saja berlangsung minggu ni. Semalam cuti umum sempena Maal Hijrah dimanafaatkan untuk mengirai baju-baju baby yang lama2 tu tenguk yang mana sesuai lagi untuk di kitar semula. Mittens n booties rasanya dah cukup. Sempat juga shopping 2-3 pasang baju baru weekend lepas.

Persediaan untuk ibu bersalin yilek. Baru buat checklist...

Saya adalah sangat besar macam ikan paus. Sekarang ni kuat makan, makan sikit2 je tapi kerap dan cepat lapar sebab kapasiti perut yang semakin mengecil disebabkan penggunaan ruang oleh baby yang membesar dengan jayanya. Kadang-kadang terjaga jam 2-3 pagi carik makanan dan minum milo sebab lapar.

Pasal Yaya...

Perkembangan Yaya sangat memberangsangkan. Dia dapat no. 2 bagi peperiksaaan di Tadika bagi murid-murid kategori 5 tahun. Masa majlis penyampaian hadiah dia menari lagu hindustan..

Sekarang Yaya dah pandai membaca. So saya tak boleh kelentong sebab dia boleh baca info ASTRO. Dia tau lepas kartun Fukuchan cerita Asarichan pulak. Lepas tu sambung dengan Nonochan...

Kelmarin juga Yaya kehilangan gigi susu yang pertama. Gigi kacip bawah sebatang. Dah lama perasan gigi bawah tu makin lama makin senget. Bila nak cabut Yaya kata sakit. So biarkan je la sampaila kelmarin balik sekolah saya check gigi tu dah terkeluar pangkal gigi. Bila saya tolak keluar gigi tu nampak ada gigi baru yang nak tumbuh. OOOhh.. sebab tu gigi susu tercabut. Bukan sebab rosak, elok je gigi susu tu takde kerosakan mahupun kaviti...


Pasal Haikal..

Budak bertuah ni tersangatlah aktifnya. Masih belum fasih berbahasa Malaysia, tapi sedikit sebanyak sudah boleh menyusun ayat yang membuatkan kami sekeluarga sangat impress dengan kebolehan beliau itu. Sangat pandai melawak. Sangat sukakan kenderaan seperti kapal terbang, keretapi dan motosikal. Belum di toilet train oleh ibu bapa walaupun beliau ada menunjukkan keinginan untuk buang air di toilet

Pasal en. suami...

E'eh.. Beliau tak kasik bercerita pasal kehidupan beliau.. so saya pun takmo cerita.. hehehhehehhe...


That's all for now