Showing posts with label EBM. Show all posts
Showing posts with label EBM. Show all posts

Tuesday, June 28, 2011

baby syuhAda...



my baby Ada..

suka buat aksi gymnastic.. angkat kaki cecah ke dahi...

Ada kuat minum susu.. susu ibu ni untuk bekalan ke nursery...

Assalamualaikum... Adi tumpang enterframe....

Meh Adi tolong susun susu dalam bakul ... Adi berlakon je tu buat muka camtu...

Ni la bakul bekal susu Ada.. Selalunya tak habis susu ni.. cikgu akan simpan yang lebih2 tu kat nursery je..


Stock ebm masa mula2 nak masuk kerja...

Ni pulak stok frozen ebm Ada dalam fridge.. sekarang dah makin sikit.. Row paling depan tu dah takde... HuhHuHuuHuuu.. T___T

Friday, April 22, 2011

I pun tak tau...

Harini hari Jumaat. Kalau hari Jumaat ada orang berjualan dekat Blok ofis ni. Ada yang jual baju, sandal, alas meja, buku cerita, tudung2 jangan cerita la harga runtuh sokmo. Pagi tadi time nak beli breakfast ternampak Uncle jual telekung. Sejak masuk kerja 2 minggu lepas dah 2 kali Jumaat cari Uncle telekung ni sebab nak belikan Yaya telekung baru. Telekung lama dia dah ketat kat muka & kain dah singkat nampak kaki. Jadi tak lepas peluang la kan terus je beli sepasang untuk Yaya. Harga display RM45 tapi Uncle tu bagi RM40. Lepas tu Uncle tu suruh beli lagi sepasang..

Aku : Takpela Uncle, saya baru lagi beli telekung dari Uncle ni..

Uncle: Yeke? Bila?

Aku : End of last year..

Uncle: Yeke.. Uncle tak ingat la..

Aku: Uncle! Saya dah beli 3 pasang telekung tau dari Uncle. Masuk ni dah 4 kali! Saya la regular customer, siap promote kat member2 saya lagi sebab telekung Uncle ni best. Sedap di pakai.

Uncle: Yekeee?? Terima kasih la ye nak sebab support bisness Uncle. (Muka excited.. hehehehehe..)

Tak salah kan kalau menggembirakan hati orang.. Saya suka..

Disebabkan beli telekung bajet breakfast kena potong. Beli roti krim ajer.. Okey la tu kan..

Masuk ofis tetiba ada sorang staff bagi hadiah. Dia dok dengar saya cerita nak beli telekung, nak beli telekung, so dia kasi hadiah telekung warna coklat. Dia kata anak dia belikan sedozen dari Jakarta. Dia bagi kat saya satu...

Alhamdulillah...... Rezeki Allah swt nak bagi kan...
Telekung Uncle kaler putih bunga hijau & telekung hadiah kaler coklat...

Harini sempat pam 3 kali kat ofis..
9+7+5 = berapa murid-murid??.... Pandaiii... Total ialah 21oz. Inilah rezeki Syuhada. Selalu rezeki hari Jumaat akan disejuk bekukan sebab Ada tak pergi nursery esok. Saya supply fresh milk hari2. Nanti nak ajak hubby singgah kedai beli bekas ebm yang dah tinggal zero.

Lastnya, have a wonderful weekend everybody!

Wednesday, April 20, 2011

My BF Journey...

Mula-mula start kerja lepas cuti tiga bulan daku pam kat ofis 3 kali. Ni hasil setelah 3 kali sesi mengepam dicampur-campur..
Lepas 2 minggu kerja hasilnya makin meningkat.. Ni lah hasil setelah 2 sesi mengepam..

Ni hari lain.. pun lepas 2 sesi jugak.. (Acik bz.. tak dan nak pam 3 kali)Selalu memang bawa balik 2 botol susu ni untuk bekal Syuhada ke nursery. Tapi malam2 kalau Syuhada menyusu direct sebelah lagi ku pam, maka dapatlah sebotol 40z macam tu ku bekukan buat stok bila2 perlu. Setakat ni baru gunakan stok beku tu sekali (3 ketoi) masa 1st day Syuhada pergi nursery. Lepas2 tu memang tak sentuh langsung sebab stok fresh yang mencukupi.

Yang ni pulak antara supplement yang rasa2 merupakan penyumbang kepada pertambahan breastmilk production. Selain tu ku makan kurma & minum susu & air mineral banyak2...

Thursday, February 10, 2011

Rezeki Syuhada....


Pagi tadi jam 4am bangun menyusukan Syuhada. Pastu buat pumping session dapatla ebm banyak ni. Mudah-mudahan rezeki Syuhada makin murah.. Mudah-mudahan production mama makin banyak dari sehari kesehari... Aminnnnn.....