Saturday, December 5, 2009
Melbourne ~ 17 - 21Nov 2009
Setelah 2 hari 2 malam maka berjayalah saya mengupload gambar2 untuk post kalini. Kalau ada sesiapa tau macam mana nak kecikkan size gambar lepas upload ke dalam PC silalah beritahu cara2nya sebab menurut firasatku kelambatan itu adalah disebabkan size gambar yang besar..
Saya ke Melbourne untuk mengikuti short course on Health Programme: Scooping the Evaluation di School of Population Health, University of Melbourne. Kursus selama 3 hari dari 18-20 Nov 2009, tapi kami datang awal sehari untuk check in hotel dan survey jalan ke tempat kursus.
Berlepas dari KLIA jam 10 mlm. Sebelum tu duduk2 relax di Golden Lounge sambil makan dan minum apa saja dengan gembiranya. Sangat best. Makan sampai kenyang kekdahnya. Tak tahu apa yang menanti bila masuk dalam plane nanti.
Syok duduk dalam business class ni. Sangat selesa.. Acik layan movie sambil makan2. Dahla baru lepas makan kan.. Tersenak perutku..
Beef ribs with apple glazed yang sangat sedap menjilat garfu...
17 Nov jam 8.00 pagi waktu Australia kami pun sampai. Cuaca sangat baik tapi sejuk juga walaupun summer. Bumi Australia ni agak gersang dan kurang hijau berbanding Malaysia.
Hotel tempat menginap. Okey lor..
Jalan-jalan di Queen Victoria Market. Banyak souvenir dijual di sini. Sayur, buah, ikan dan daging pun ada jual jugak. Geram tenguk sayur n buah-buahan kat sini segar bugar. Gambar2 kat bawah ni antara buah dan sayur yang dibeli untuk bawa balik Malaysia.
On d way ke Phillip Island nak tenguk Penguin Parade.. Tapi penguin tu tokleh amik gambo.. karang kena saman sapa nak bayar?
18-20 Nov ~ Pergi sekolah ajer. Bersama teman2 seperjuangan di School of Population Health, Melbourne University.
21 Nov ~ Jalan-jalan naik Puffing Billy sambil menikmati permandangan bukit dan kampung di Dandenong
Petang. lepas balik dari dandenong singgah di rumah member di Epping sebelum balik Malaysia. Seronok dia ada member datang ye..
Dalam flight balik acik segan nak snap gambo fud.. tapi sampai harini terkenang kenang nasik lauk rendang/serunding daging dan sayur campur yang sangat sedap for breakfast sblum touchdown kat KLIA . Selamat tiba jam 8.00 pagi dan terus bertolak ke Johor untuk ambil anak2 terchenta di kampung....
Subscribe to:
Posts (Atom)