Friday, January 29, 2010

Yaya, Iyddin n aunty


Ye.. saya pinjam gambar ni dari blog kakak ku... hahahahaha..
Kakakku dah ada blog.. banyak plak tu!

Friday, January 15, 2010

Kes dah lama tak update...

Saya sedar semenjak dua menjak ni saya kurang rajin untuk post new entry. Sebabnya saya masih lagi belum berjumpa solution untuk kecikkan size gambar supaya mudah diupload ke dalam blog. Boleh pakai ke? Selain dari tu saya takde idea nak merepek.. So saya duduk je la diam2 sambil baca blog orang lain.

Sepanjang Disember ada banyak aktiviti menarik sebenarnya.. Kursus sana sini, kenduri kawen sana sini, macam-macam la..

Antaranya Anniversary ke -5 kami pada 18 Dec 2009 disambut kecil-kecilan tapi penuh dengan kejutan.. Wah! baru terasa romantiknya suamiku.. Ada kek, sijil penghargaan, dll.. hehehehhe

Masuk ke tahun baru 2010, saya masih di ofis lama dan mempunyai rakan sekerja baru. Dia coursemate saya waktu di U. Saya yang paksa dia kerja di tempat ni. So sekarang adala geng nak pegi makan sama2.. walaupun selalu jugak saya ajak dia tapau je sbb nak mkn depan PC...

Suami saya juga masih suami yang lama... maintain je.. Gituuu je la.. Takde perubahan pape walaupun dia ada bising2 masa birthday dia 2 Jan 2010 yang lalu. Dia kata ada uban.. takpela.. tu tanda2 dah matang.

Yaya dah start pegi tadika tahun ni. Risau jugak mula2 boleh ke budak ni bangun awal mandi pagi2 semer? Nasib baik dia jenis excited, so sekali kejut terus bangun, mandi, sarapan, dll. Tapi tu minggu pertama je la. Masuk minggu kedua adoiii.. dekat 5 minit jugak kejut baru nak bangun sambil merungut2 mengantuk.

Haikal makin lasak. Tapi masih belum boleh bercakap. Sekarang ni Yaya tengah ajar dia bercakap sebab apa yang Yaya buat Haikal akan follow.. Layannn....

Rumah idaman? Insya-Allah kalau ada rezeki dapatla pindah rumah baru tahun 2011. Rumah sekarang? masih tiada pembaharuan. Rasa bosan jugak tenguk rumah sekarang ni.. Ikutkan hati macam nak cat kaler baru je, tapi baik simpan duit cat tu untuk cat rumah baru nanti kan..

Entahla.. tak tau la nak merepek apa lagi....

Tuesday, January 5, 2010

Down the memory lane...

This photo was taken in 1990. I was in standard 6 at SRK Tunku Mahmood 2.
Nasib baik ada geng2 yg upload gambar ni. Mine was missing long time ago...