Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Tuesday, August 2, 2011

Puding Caramel..

sedappppp!

Saya dah buat.. Anda bila lagi.. ekekekekk

Friday, July 29, 2011

Makan... makan... makan...

ulam-ulaman.. sambal udang.. sambal belacan... tempoyak bilis petai... telur masin.. acar buah...

masak lemak labu pucuk manis...

rendang ayam kampung... spaghetti bolognaise...

kek red velvet...

puding caramel...

jelly kelapa muda.. buah-buahan import eksport dan buah-buahan tempatan...

domino's pizza perisa EXTRAVAGANZA! dan seafood tak ingat nama...

pecal sapa tak makan pasti menyesal sebab sangat sedappp...

Jamuan potluck menyambut Ramadhan

Wednesday, July 27, 2011

WW

breakfast...

Friday, July 22, 2011

Teringin...

Spaghetti bolognaise kat Restoran Chop & Steak, Serdang


Aceli teringinnnnn sangat nak makan spaghetti bolognaise dgn roti goreng kat Restoran F1. Tapi kedai tu dah lamaaaaa tutup... Oh man!

Tuesday, June 21, 2011

Post dinner dinner @ Aroma Ikan Bakar..



Disaat-saat perut kenyang lepas makan Nasi Ambeng Warung Ibu di Tanjung Karang, nak jugak singgah sini.. nak makan seafood. Fokus utama ialah sotong goreng tepung..

sotong goreng tepung.. terbaekkk!


Pastu untuk tidak mengecewakan tokey kedai, kitorang order jugakla Udang Goreng Mentega nih...
butter prawn.. Citarasaku kata hok Medan ikan bakar jeram punyer lagi sedap..

Wednesday, June 15, 2011

Sesi bercerita bersama Adi: Dinner@Al-Raudah




"Eh, kejap ye.. Sebelum tu Adi nak pakai tali pinggang keselamatan ni. Maklumlah, Adi kan suka main panjat2 lompat2, nanti kalau Adi jatuh macam mana kan..."


"Tenguk kakak Yaya ni... kunun merajuk dengan Adi la tu... Macam2 la dia nih..."

"Mama dengan Abah order set nasik. Set tu siap dapat Arabian Tea nih.. Alaaa... Yang ada campur2 rempah tu..."

"Adi pulak amik sumi jelly. Diorang bagi free je kat kaunter. 2-3 kali Yaya pergi ambikkan Adi punye.. hihihiiii..."

"Yang ni nasik arab dengan ayam panggang Abah. Adi tak makan ayam tu.. Adi makan nasik dia je.. Sedap!"

"Yang ni pulak nasik arab dengan lamb khabsah. Lamb dia sorokkan bawah nasik. Yang ni pun sedap! Lamb dia sangat lembut dan empuk. Yaya dengan Mama share sepinggan. Mama dengan Abah kata sambal tu pun sedap. Tapi kata Mama kalau dia guna beras arab yang saiz XXL tu laaaaagi sedap!"

"Tengukla Mama tu.. Licin dia makan! Mama saya memang kuat makan..."

"Ni la kedai nasik arab tu. Kat Bandar Putra Permai jugak. Deret2 kedai Domino's pizza. Mama kata kalau malas nak gi Saba kat Cyberjaya tu makan kat sini jela.. Puas hati jugakla kata Mama.."



Mihun sup..

Mihun sup made by yours truly yang Yaya kata sedap giler! Sayang Yaya! :)


Kita panggil mihun sup. En suami kata manade orang panggil mihun, orang panggil bihun la.


Abis tu kita yang panggil mihun ni bukan orang ke??

Tuesday, June 14, 2011

Sesi bercerita bersama Ada: Breakfast @ Bintang Bistro..

"Hello semua.. Ada nak cerita.. Hari minggu yang lalu Ada dan family Ada kat bawah ni.."

Hai! kami family Ada! :)

"... kami pergi bersarapan di Restoran Bintang Bistro. First time sarapan kat sini.. Wallaweii! Ramainya manusiaaa...."

"Mama, Abah & Yaya order air Nes Ais, Milo ais & Kopi suam.. Ada tak order pape.. Ada tenguuukkk je.."


"Abah amik pulut kuning dengan rendang daging. Mama kata pulut & rendang ni sedap gilerrrr! Out of this world gitu.. Mama kata next time dia nak makan ni pulak.. Mama order roti canai tapi tak best sangat..Ada tak rasa pun.. Ada tengukkkk jer..."

"Pastu dah habis makan Abah pun pergi bayar bil.. Yaya & Adi ada amik bubur kacang (pon sodap kata Mama!) dengan jajan-jajan. Ada tak dapat jajan pun... Tapi Ada tak komplen. Ada tengukkkkk jer..."

"Mama kata siapa2 nak try pulut kuning dengan rendang tu pergila restoran tu.. Memang recommended. Nanti bila Ada dah besar, dah tumbuh gigi, Ada pun nak try la makan pulut kuning tu.. Okeyla.. Ada nak signing off.. Bye semua!"

Tuesday, May 31, 2011

Lovely RV..



Delicious moist & scrumptious Red Velvet cake hasil pemberian kolig tersayang... TQ Dear :)

Thursday, May 26, 2011

Kerang bakar Pantai Remis...



On d way balik kampung di Skinchan, singgah sebentar di Pantai Remis. Masa ni hari Sabtu jam 5 petang. Sangat meriah Pantai Remis time-time macam ni. Cuaca agak panas & acik bawak baby, so takdela beria2 snap gambo tepi pantai kan. datang sini sebab nak makan kerang bakar je..

Restoran jual kerang bakar, lokan, udang, sotong, ikan dan lain-lain..


Sotong bakar atas daun pisang.. Rasanya tak macam rasa kena bakar.. Macam kena stim ajer..

Kerang bakar pun okey la.. Takdela WOW! kan rasanya.. yang besar2 sedapla, tiba yang kecik2 banyak yang hangit deee... sambal kicap & air asam pun biasa ajer..



Waktu kejadian adalah selepas acik kekenyangan melantak nasik kenduri aqiqah member En Suami. Makan kari kambing yang sedap, lauk-pauk kampung, pulut kuning, mushroom soup, kuih muih, puding koktail, buah-buahan dan tak lupa 3 gelas air sirap. Agaknya sebab tu time makan kerang bakar tu semer dah jadi rasa biasa-biasa ajer... I'm Sorry! (^_^)

Wednesday, May 25, 2011

Kenduri Bacaan Yasin, Doa Selamat & Tahlil







Pada 22 Mei 2011 telah berlangsung majlis kenduri doa selamat serta tahlil di rumah mak abah saya di Kluang. Kenduri doa selamat tu sempena pernikahan kakak saya dengan jejaka pilihannya. Nikah jarak jauh uolss! Nikah wakil je which is adik pengantin lelaki jadi wakil untuk akad nikahkan abangnya dengan kakak saya. Pengantin lelaki ada di oversea. Acik tak dapat tenguk masa diorg bernikah wakil di Pejabat Kadi sebab pelan (read: plan) asalnya nikah sebelah pagi & bacaan Yasin & doa selamat sebelah petang. Last2 minit pagi tu jam 9 pagi Tok Kadi telefon dia postponed majlis kul 2 petang sbb dia kena pergi Muor. Jiran tetangga dah dijemput, makanya masa akad nikah cuma Abah, pakcik, makcik & sepupu (serta member2 kakak) yang ikut ke Pejabat Kadi. Saya & emak duduk rumah sambut tetamu datang untuk Yasinan. Dengar cerita sewaktu di Pejabat Kadi mereka ber skype-skype an dengan Tok Kadi sekali join.

Selain dari majlis akad nikah kakak, bacaan doa selamat juga adalah untuk mak, Abah, Nenek, kakak & anak saudara yang akan berangkat menunaikan Umrah pada 30 Mei 2011 kelak. Lepas tu mak pun nak celebrate birthday dia siap2 time ni.

Ruang tamu sedang di siap-siapkan...

Pengantin & Iyddin....

Hantaran belah perempuan...

Hantaran wajik.. Sedap wajik ni.. dah lama tak makan wajik yang sedap..

Dalam kotak tu ada coklat, pastu ada bakul buah anggur...

Goodie bag untuk tetamu. Tetamu kakak dapat muffin & lollichoc. Tetamu mak dapat jelly tapai (jepai) yang sedap, muffin, pulut kuning & rendang daging...

Goodie bag untuk tetamu Emak. Acik la ni yang siapkan sampai kul 5 pagi ko! Sebab nak tunggu pulut kuning & rendang siap di masak. Sakit pinggang ku!

Jepai yang special. Resepi dari Makngah. Sedap!!!! Kalau makan sejuk2 lagi bessttt!


Pulut kuning.. Sedap gak nih!





Kek pisang special, made by Yours Truly.. Minggu lepas 3 kali acik buat kek ni sebab sedap dan sonang ya amat nak membuatnya. Guna blender jek..

Nasik jagung ni adalah yang terbaik.

Ayam masak merah ni adalah sedap tapi kurang pedas / tak pedas langsung. Yaya paling suka sebab dia boleh makan sebab tak pedas..

Daging masak blackpepper ni adalah biasa2 ajer pada tekak ku.. tapi En. Suami adalah sangat suka..

Rojak petis & buah oren.. Pun biasa2 ajer..

(Tiada dalam gambar ialah dalca & bubur jagung sebab acik tak dan nak amik gambo sebab perut dah lapar giler time nih)


Yaya yang makan banyak time kenduri haritu. Dia kata nasik jagung tu sedap giler.

Yours truly with bb Ada yang semer orang cakap "Alahaiiii... Budak ni diammmmmmmmmm ajer. Takde bunyik sikit pun!".. Bagus Ada.. Bagus! Mama kasi Ada markah A bintang bintang bintang. Camni la Mama suka.. Saaaaaayang Ada!

Bb Ada with Nenek Nyang..