Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Tuesday, January 15, 2013

Ali Baba Bujang Lapok..


Malam tadi layan cerita Ali Baba Bujang Lapok buat kesekian kalinya.

Ada satu scene P.Ramlee pakai baju koboi cakap kat sorang perempuan ni..

"Demi Allah, kanda tak tipu!"  - lebih kurang macam tu la dialognya.

Terus si Adi Haikal cakap "Mama, tadi kan kat sekolah Cikgu Rahimah cakap kita tak boleh nampak Awwah. Awwah tu besar tapi kita tak boleh nampak Awwah. Alif Lam Lam Ha AWWAH!" (maafkan dia, dia pelat)

Terus si Syuhada pulak sambut "AWWAH! AWWAH!" (maafkan dia, dia pelat juga)

Si Mama angguk-angguk setuju.

Terus si Adi haikal pegi depan tv dan tunjuk P.Ramlee sambil cakap "Mama! Ni lah Awwah!"

sambil si Syuhada cakap "AWWAH! AWWAH!"

Terusla lah si Mama melompat sambil berkata " Oh tidak anakku! Itu bukan Allah! Itu ketua penyamunnnn!!"

Adi Haikal insist "Iye! Nilah Awwah. Tadi dia cakap!"

"Bukan! Tu ketua penyamunn! Sudah. Pergi tukar cerita kartun.."


T_____T

Friday, January 13, 2012

2012

Assalamualaikumm... Selamat tahun baruuu!

Hihihihiii...

Dah setengah bulan Januari baru nak terhegeh-hengeh mengucapkan selamat tahun baru konon.. Takpe la kan.. bak kata orang Jawa urban, better late than never gituu... 

Acik mintak maf kepada peminat-peminat, pembaca-pembaca blog acik yang vogue yang membaca samada secara senyap ataupun bising kerana ditakdirkan acik dah lama tak update blog ni. Jangan rasa sedih ataupun kecewa kerana semua ni berlaku kerana qada’ dan qadar Allah swt yang tidak memberikan hamba-Nya ini kesempatan, idea serta kerajinan untuk mengupdate. Maka kita harus redha dengan ketentuan-Nya.. Ingat.. Redha itu ikhlas.. pasrah itu menyerah... 

Maka apabila dikurniakan kesempatan serta idea, acik dengan tidak bertangguh2 teruslah menuliskan entry terkini di tahun baru 2012 ini.. 

Kita mulakan dengan update tentang anak-anak acik yg still maintain 3 orang buat masa ni... 

Yaya:

Yaya dah masuk sekolah darjah satu you! Macam tak percaya je anak acik dah sekolah sebab acik rasa macam acik ni masih muda belia belasan tahun lagi... ahahhahaa... perasaan betulla! Yaya sekolah dekat Putrajaya precint 11(3) sebab sepatutnya dekat dengan rumah.. tapi sekalitu perbadanan putrajaya pergi tutup jalan yang mendekatkan rumah acik dengan sekolah tu atas sebab2 yang acik rasa tak munasabah (ko dah buat jalan pastu ko tutup nak buat hapa?) maka kami terpaksa lalu jalan jauh menyebabkan jangkasama yang diambil untuk menghantar Yaya ke sekolah ialah lebih kurang 15 minit kalau tak jem. Mula2 Yaya kat sekolah tu dia tak kenal sesiapa dan dia telah menangis sewaktu rehat di hari orientasi sekolah kerana mak bapaknya tidak kelihatan di kantin sekolah.. Hihihihiiii... Kesiannnn anak mama..

Tapi sekarang ni Yaya dah okeyyy.. Dah tak takut pergi sekolah mak bapaknya hantar sampai depan pagar sekolah je.. Dah pandai guna duit belanja sekolah beli air solivite. Beli nasi lemak dengan mee goreng belum pandai lagi. Hari2 bawak bekal roti sosej okey. 

Tengahari, ada member akan amik Yaya untuk transit di rumah dia beserta anak dia dan beberapa orang budak lagi. So far Yaya happy dok kat rumah member tu sebab ramai kawan dan makan pun sedap. Sampai bertambah-tambah Yaya makan seperti yang diceritakan oleh member itu.. ahahahhaha.. malu mama.. Bulan depan kena sediakan beras seguni kat rumah member tu kot2 beras dia cepat habis...

 Haikal:

Haikal pun dah masuk nursery baru.. Hehehhe.. Aceli nursery berpindah tempat sebab pengurusan dia beli rumah nursery orang lain. Nursery baru tu dah ada banyak permainan budak2 so suka la Haikal ni walaupun sekarang dia tinggal berdua dengan adik dia je.. Tapi dalam suka-suka tu ada jugak dukanya.. Haikal dah nak masuk 4 tahun. Tapi dia ada masalah nak pergi tandas sebab dia takut lipasss T__T. Maka agak sukar untuk diaperless kan dia.. Tapi kami cuba sedaya upaya. Adakalanya bila diaperless masih ada kejadian pee inside the trousers berlaku. Agaknya penjaga-penjaga kat nursery haritu agak bizi maka bila berlaku kejadian tu Haikal telah dicubit di perut dan peha dan telah meninggalkan kesan lebam yang agak besar. Acik menangis okey tenguk lebam tu.. T____T.. kesian anak mama...

Haikal sangat terer main game kat henpon. Angry bird? cut the rope? fruit ninja? game racing? You name it he can do it. Akibatnya dia asik berebut henpon dengan abah dia, Yaya dan mama, tapi dia selalu dapat sebab dia kan gunakan aura amukan tahap tujuh belas yang tak mampu kami lawan...

Ada:

Ada dah mencecah setahun pada 7 Januari 2012 haritu but no cake and no celebration.  Bukan takmo celebrate tapi kami letih.. Macam-macam perkara besar yang berlaku pada minggu tersebut maka kami rasa tidur itu satu nikmat yang tak patut dilepaskan.. hehehehhe.. Takdela.. Ada share cake dia dengan Abah dia pada 2 Januari sebelum tu.. So mama dia diet, mana boleh makan kek banyak-banyak kannn... Ada belum pandai jalan. Gigi pun baru nak tumbuh 2 atas 1 bawah. Kuat makan macam abah dia. Semua pun dia nak. Masa makan kek besdey tu 3 slice dia makan sorang! Anak sappaaaa la tu! Dia dah tak breast feed.  Dia suka merajuk dan tak suka orang rebut barang yang dia pegang nati dia marah ooo. Super duper manja dengan mama dia, nak tidur mesti gomol-gomol mama dia sampai air liur dia penuh satu muka mama dia. Kalau dia tidur dengan abah takde la pulak aksi gomol-gomol ni.. Tiba-tiba teringat dia belum ambil jab untuk setahun nanti nak ingatkan abah dia.
 Okeyla.. panjang sangat dah ni.. Update mak bapaknya lain kali lah pulak ye..




Thursday, July 21, 2011

Layang-layang terbang melayang...



Akhirnya berjaya merealisasikan impian Yaya serta menunaikan janji2 manis yang tertunggak hampir setahun untuk bermain layang2 di tepi pantai. Kami main di Pantai Klebang, Melaka. Tempat ni memang port untuk bermain layang2. Best sangat haritu sebab angin kuat dan cuaca redup..





Ada tak main layang2. Dia temankan Mama amik gambar dan makan keropok lekor yang sangat sedap serta minum coconut shake walaupun baru sat tadi Mama dia makan nasi lauk asam pedas ikan pari, sambal sotong, ikan kering rangup dan ulam petai yang besar dan sedap kat medan selera Pantai Klebang.

Wednesday, July 20, 2011

Anak3...



Budak baik yang pendiam sbb belum pandai cakap...

Budak2 yang baik juga dan pendiam tapi cuma bila time tidur je..

"If Tomorrow Never Comes"

Sometimes late at night
I lie awake and watch her sleeping
She's lost in peaceful dreams
So I turn out the lights and lay there in the dark
And the thought crosses my mind
If I never wake up in the morning
Would she ever doubt the way I feel
About her in my heart

If tomorrow never comes
Will she know how much I loved her
Did I try in every way to show her every day
That she's my only one
And if my time on earth were through
And she must face this world without me
Is the love I gave her in the past
Gonna be enough to last
If tomorrow never comes

'Cause I've lost loved ones in my life
Who never knew how much I loved them
Now I live with the regret
That my true feelings for them never were revealed
So I made a promise to myself
To say each day how much she means to me
And avoid that circumstance
Where there's no second chance to tell her how I feel

If tomorrow never comes
Will she know how much I loved her
Did I try in every way to show her every day
That she's my only one
And if my time on earth were through
And she must face this world without me
Is the love I gave her in the past
Gonna be enough to last
If tomorrow never comes

So tell that someone that you love
Just what you're thinking of
If tomorrow never comes













Tuesday, July 12, 2011

Family day.. tahun lepas... :-)


Kejadian ini berlaku di Desa Waterpark..


Ini cerita tahun lepas daa.. Family day Company En. Suami. Masa tu Acik lagi sebulan nak bersalin kan bb Ada.. En. Suami heret jugak pergi sini walaupun acik kata "Takmo! Takmo!". Dia kata "Jomlah pergi.. Abang dah order baju mama saiz XL lagi.. Ramai yang nak baju saiz XL tapi tak dapat tau!".. Okeyla... dengar dia cakap cenggitu Acik pun setuju pergi sana.

Pada hari kejadian Acik pun pakai baju saiz XL tu.. Sekali tu...
"Eh, apasal pakai baju tu nampak pusat?" tanya en. Suami..

SENTAP SEYYYY...

Terus bukak baju tu & ganti baju lama yang dah lusuh tapi besar. Nak wat camno. Perut dah besau benau time tu.. Pusat pun agak tertonjol... kahkah Kah! lain kali orderkan I baju saiz XXL yea. TQ



Anak2 yang sunburn walaupun telah dilumur sunblock.. Takpe, janji depa happy...

En. Suami dengan baju saiz XL nya...

Acik yang dah sebesar anak ikan paus... Time ni lepas makan. Makanan adalah FAIL! Tak shedap okey..

Tergedik2... hihihiii...



Friday, July 8, 2011

The Garden Hotel

Selalu time cuti sekolah orang g jalan jauh2 kan... Acik bercuti kat KL je.. over the weekend je.. Sedih kan... tapi Best.. Duduk kat The Garden Hotel ni satu hari & jalanlah kau kat Mid Valley tu sampai patah kaki, lenguh2 pinggang... Appadaaa.... Jejak Mid Valley setahun sekali kekdahnya. ..

Bilik dia besstt.. Tu kerusi tu apa orang panggil? Acik panggil kerusi je.. Nanti kita beli satu letak kat rumah kita ek Bang... (sambil buat muka sweet inesen..)

Katil King size.. Hok ni pun kita beli satu letak kat master bedroom nak Bang?

The view..



Anak & Bapa..

Kakak dan adik-adiknya.. E'eh.. Ada ORBS!

Anak3...


Bathroom & toilet separated.. nanti kita renovate bilik air kita jadik camni nak Bang?

Yaya chop nak tido kat kerusi ni.. YEAYYYYY!

Adi pun dah siap2 nak tido..

mandi timeee...

Ada dah tidooo...

Apa tenguk-tenguk!..

pagi-pagi breakfast kat the Spread.. The spread was fantastic.. & delicious..

Wednesday, June 15, 2011

Sesi bercerita bersama Adi: Dinner@Al-Raudah




"Eh, kejap ye.. Sebelum tu Adi nak pakai tali pinggang keselamatan ni. Maklumlah, Adi kan suka main panjat2 lompat2, nanti kalau Adi jatuh macam mana kan..."


"Tenguk kakak Yaya ni... kunun merajuk dengan Adi la tu... Macam2 la dia nih..."

"Mama dengan Abah order set nasik. Set tu siap dapat Arabian Tea nih.. Alaaa... Yang ada campur2 rempah tu..."

"Adi pulak amik sumi jelly. Diorang bagi free je kat kaunter. 2-3 kali Yaya pergi ambikkan Adi punye.. hihihiiii..."

"Yang ni nasik arab dengan ayam panggang Abah. Adi tak makan ayam tu.. Adi makan nasik dia je.. Sedap!"

"Yang ni pulak nasik arab dengan lamb khabsah. Lamb dia sorokkan bawah nasik. Yang ni pun sedap! Lamb dia sangat lembut dan empuk. Yaya dengan Mama share sepinggan. Mama dengan Abah kata sambal tu pun sedap. Tapi kata Mama kalau dia guna beras arab yang saiz XXL tu laaaaagi sedap!"

"Tengukla Mama tu.. Licin dia makan! Mama saya memang kuat makan..."

"Ni la kedai nasik arab tu. Kat Bandar Putra Permai jugak. Deret2 kedai Domino's pizza. Mama kata kalau malas nak gi Saba kat Cyberjaya tu makan kat sini jela.. Puas hati jugakla kata Mama.."



Mihun sup..

Mihun sup made by yours truly yang Yaya kata sedap giler! Sayang Yaya! :)


Kita panggil mihun sup. En suami kata manade orang panggil mihun, orang panggil bihun la.


Abis tu kita yang panggil mihun ni bukan orang ke??

Tuesday, June 14, 2011

Sesi bercerita bersama Ada: Breakfast @ Bintang Bistro..

"Hello semua.. Ada nak cerita.. Hari minggu yang lalu Ada dan family Ada kat bawah ni.."

Hai! kami family Ada! :)

"... kami pergi bersarapan di Restoran Bintang Bistro. First time sarapan kat sini.. Wallaweii! Ramainya manusiaaa...."

"Mama, Abah & Yaya order air Nes Ais, Milo ais & Kopi suam.. Ada tak order pape.. Ada tenguuukkk je.."


"Abah amik pulut kuning dengan rendang daging. Mama kata pulut & rendang ni sedap gilerrrr! Out of this world gitu.. Mama kata next time dia nak makan ni pulak.. Mama order roti canai tapi tak best sangat..Ada tak rasa pun.. Ada tengukkkk jer..."

"Pastu dah habis makan Abah pun pergi bayar bil.. Yaya & Adi ada amik bubur kacang (pon sodap kata Mama!) dengan jajan-jajan. Ada tak dapat jajan pun... Tapi Ada tak komplen. Ada tengukkkkk jer..."

"Mama kata siapa2 nak try pulut kuning dengan rendang tu pergila restoran tu.. Memang recommended. Nanti bila Ada dah besar, dah tumbuh gigi, Ada pun nak try la makan pulut kuning tu.. Okeyla.. Ada nak signing off.. Bye semua!"