Showing posts with label Vacation. Show all posts
Showing posts with label Vacation. Show all posts

Tuesday, July 12, 2011

Family day.. tahun lepas... :-)


Kejadian ini berlaku di Desa Waterpark..


Ini cerita tahun lepas daa.. Family day Company En. Suami. Masa tu Acik lagi sebulan nak bersalin kan bb Ada.. En. Suami heret jugak pergi sini walaupun acik kata "Takmo! Takmo!". Dia kata "Jomlah pergi.. Abang dah order baju mama saiz XL lagi.. Ramai yang nak baju saiz XL tapi tak dapat tau!".. Okeyla... dengar dia cakap cenggitu Acik pun setuju pergi sana.

Pada hari kejadian Acik pun pakai baju saiz XL tu.. Sekali tu...
"Eh, apasal pakai baju tu nampak pusat?" tanya en. Suami..

SENTAP SEYYYY...

Terus bukak baju tu & ganti baju lama yang dah lusuh tapi besar. Nak wat camno. Perut dah besau benau time tu.. Pusat pun agak tertonjol... kahkah Kah! lain kali orderkan I baju saiz XXL yea. TQ



Anak2 yang sunburn walaupun telah dilumur sunblock.. Takpe, janji depa happy...

En. Suami dengan baju saiz XL nya...

Acik yang dah sebesar anak ikan paus... Time ni lepas makan. Makanan adalah FAIL! Tak shedap okey..

Tergedik2... hihihiii...



Friday, July 8, 2011

The Garden Hotel

Selalu time cuti sekolah orang g jalan jauh2 kan... Acik bercuti kat KL je.. over the weekend je.. Sedih kan... tapi Best.. Duduk kat The Garden Hotel ni satu hari & jalanlah kau kat Mid Valley tu sampai patah kaki, lenguh2 pinggang... Appadaaa.... Jejak Mid Valley setahun sekali kekdahnya. ..

Bilik dia besstt.. Tu kerusi tu apa orang panggil? Acik panggil kerusi je.. Nanti kita beli satu letak kat rumah kita ek Bang... (sambil buat muka sweet inesen..)

Katil King size.. Hok ni pun kita beli satu letak kat master bedroom nak Bang?

The view..



Anak & Bapa..

Kakak dan adik-adiknya.. E'eh.. Ada ORBS!

Anak3...


Bathroom & toilet separated.. nanti kita renovate bilik air kita jadik camni nak Bang?

Yaya chop nak tido kat kerusi ni.. YEAYYYYY!

Adi pun dah siap2 nak tido..

mandi timeee...

Ada dah tidooo...

Apa tenguk-tenguk!..

pagi-pagi breakfast kat the Spread.. The spread was fantastic.. & delicious..

Saturday, December 5, 2009

Melbourne ~ 17 - 21Nov 2009


Setelah 2 hari 2 malam maka berjayalah saya mengupload gambar2 untuk post kalini. Kalau ada sesiapa tau macam mana nak kecikkan size gambar lepas upload ke dalam PC silalah beritahu cara2nya sebab menurut firasatku kelambatan itu adalah disebabkan size gambar yang besar..

Saya ke Melbourne untuk mengikuti short course on Health Programme: Scooping the Evaluation di School of Population Health, University of Melbourne. Kursus selama 3 hari dari 18-20 Nov 2009, tapi kami datang awal sehari untuk check in hotel dan survey jalan ke tempat kursus.

Berlepas dari KLIA jam 10 mlm. Sebelum tu duduk2 relax di Golden Lounge sambil makan dan minum apa saja dengan gembiranya. Sangat best. Makan sampai kenyang kekdahnya. Tak tahu apa yang menanti bila masuk dalam plane nanti.

Syok duduk dalam business class ni. Sangat selesa.. Acik layan movie sambil makan2. Dahla baru lepas makan kan.. Tersenak perutku..

Beef ribs with apple glazed yang sangat sedap menjilat garfu...
17 Nov jam 8.00 pagi waktu Australia kami pun sampai. Cuaca sangat baik tapi sejuk juga walaupun summer. Bumi Australia ni agak gersang dan kurang hijau berbanding Malaysia.
Hotel tempat menginap. Okey lor..

Jalan-jalan di Queen Victoria Market. Banyak souvenir dijual di sini. Sayur, buah, ikan dan daging pun ada jual jugak. Geram tenguk sayur n buah-buahan kat sini segar bugar. Gambar2 kat bawah ni antara buah dan sayur yang dibeli untuk bawa balik Malaysia.

On d way ke Phillip Island nak tenguk Penguin Parade.. Tapi penguin tu tokleh amik gambo.. karang kena saman sapa nak bayar?

18-20 Nov ~ Pergi sekolah ajer. Bersama teman2 seperjuangan di School of Population Health, Melbourne University.

21 Nov ~ Jalan-jalan naik Puffing Billy sambil menikmati permandangan bukit dan kampung di Dandenong


Petang. lepas balik dari dandenong singgah di rumah member di Epping sebelum balik Malaysia. Seronok dia ada member datang ye..

Dalam flight balik acik segan nak snap gambo fud.. tapi sampai harini terkenang kenang nasik lauk rendang/serunding daging dan sayur campur yang sangat sedap for breakfast sblum touchdown kat KLIA . Selamat tiba jam 8.00 pagi dan terus bertolak ke Johor untuk ambil anak2 terchenta di kampung....

Friday, August 7, 2009

Cuti-cuti Malaysia...

1 August 2009

Ada plan pegi bercanda di Tiara Beach Resort. Kami bertolak ke PD ikut jalan Bukit Pelanduk jam 10 pagi. Sampai di PD lebih kurang kul 1 tghr ada rombongan bikers MB NS, diorg nak pegi Eagle Ranch, opposite Tiara Beach Resort. Acik sesaja test amik gambo diorg sebab boring ya amat... Wah.. seronoknya kalu dapat satu motor besar tu, yg seat belakang tu siap ada arm rest lagi tu.. Tengah2 berangan lagi lebih kurang 2km nak sampai Tiara nampak org kumpul2 tengah jalan. Rupa2nya geng big bikes tadi sudah eksiden! 3 motor terlibat. Nampak 2 orang sudah baring tengah jalan. Bila dah dekat nampak diorg masih gerak2. Alhamdulillah.. idup lagi.. Tapi acik reporter sudah lupa mau snap gambar. Almaklum, excited sgt...



Sampai bilik, budak2 sudah excited mau mandi manda..


Seronok giler berenang2 itik, ikan duyung dan dugong di Tiara ni.





2 August 2009:

Pagi2 lagi kami checkout sebab nak pergi kenduri kawen cousin suami di Tanjung Tualang Ipoh. Acik migrain ya amat.. Tido all the way.. Haikal pon mama paksa tido jugak. Makanan kenduri dia sangatla bestnyer. Yang paling best rendang dendeng, rendang itik, kambing masak kurma... haikal sangat kuat meragam lately. Payah nak berjalan tempat2 public ada2 saja dia buat perangai yang buat saya pening. Disebabkan saya dah migrain maka saya mmg tak larat bila dia dah start merengek dan mengamuk, maka saya ajak suami balik cepat sikit dalam kul 3 gitu. Again, saya tidur all the way back.