Showing posts with label Opis. Show all posts
Showing posts with label Opis. Show all posts

Wednesday, April 27, 2011

Apple pie & Brownies...



Today I give myself a treat...
a slice of apple pie...

and a strawberry marble cheese brownies..

Pagi tadi..

Aku : Bos, orang belah sana panggil saya masuk meeting untuk pass over kerja2 yang belum siap..

Bos baru: Aaa.. yes, tadi dia mintak permission dari saya. Takpelah .. you can go. Eh, you dah baca official Memo dari Pengarah pasal you pindah balik ke Unit ni?

Aku: Saya ada baca bos, tapi takde sapa yang minit the Memo to us, sana takde sini pun takde (sbb memo tu addressed kepada Head of Units)

Bos baru: Ohh.. yeke? You nak I minitkan ke? You nak I tulis apa? Selamat datang okey tak? Hahahaha..

Sweet kan Bos baru I nih.. ^_^


Esok I ada teka teki pasal budak kecik sorang ni.. So tunggu ye..
Budak kecik tengah duduk diam-diam sebab sedap kena peluk dengan Mama...



Thursday, April 7, 2011

Mulakan hari anda dengan senyuman...

Hai semua..

Lama tak update blog sebab laptop kena virus beb. Hancusssss.. Pastu BB hilang beb. "Kena curik tikus agaknya.." kata Adi Haikal yang dah mula banyak cakap n banyak cekadak tu.

Tapi harini dah boleh bersiaran sebab I da masuk kerja Uuu.. Lepas cooti 3 bulan rasa sonot pulak masuk opis.. Sebabnya harini semua orang takde pergi kursus tinggal I n 2 orang staff ajer jaga opis.. Bulehla I kemaskini inbox yang dah cecah 100% sampai email tokleh masuk kena bounced sambil2 mendengar gosip2 terkini dari kolig.. Hihiiiii... Macam2 hal!

Yang paling best dengar citer I akan dipulangkan ke tempat asalku tak lama lagi.. Yahuuuuuuu!!!!! Lepas tu I akan dapat bos baru sebab bos lama pun dah pulang ke tempat asalnya.. Yahuuuuuu lagiiii!!!

Pagi tadi hantar anak3 ke nursery. Macam manala baby Ada aka syuhAda kat sana ye. Dia dah kenal mama dia. Tokleh lepas pandang mesti dia cari. Adi Haikal pun dah sebulan dok lepak kat umah dengan mama. Berjaya toilet train kan dia sehari tapi semalam dia buat hal kencin kat tangga. Hopefully anak3 behave. Baby Ada I bagi dia bekal susu 6 botol. 3 fresh n 3 frozen. Berdoalah semoga cukup.

Banyak mende ni nak update. nanti sambung citer2 lain pulak ye.

Saturday, December 5, 2009

Melbourne ~ 17 - 21Nov 2009


Setelah 2 hari 2 malam maka berjayalah saya mengupload gambar2 untuk post kalini. Kalau ada sesiapa tau macam mana nak kecikkan size gambar lepas upload ke dalam PC silalah beritahu cara2nya sebab menurut firasatku kelambatan itu adalah disebabkan size gambar yang besar..

Saya ke Melbourne untuk mengikuti short course on Health Programme: Scooping the Evaluation di School of Population Health, University of Melbourne. Kursus selama 3 hari dari 18-20 Nov 2009, tapi kami datang awal sehari untuk check in hotel dan survey jalan ke tempat kursus.

Berlepas dari KLIA jam 10 mlm. Sebelum tu duduk2 relax di Golden Lounge sambil makan dan minum apa saja dengan gembiranya. Sangat best. Makan sampai kenyang kekdahnya. Tak tahu apa yang menanti bila masuk dalam plane nanti.

Syok duduk dalam business class ni. Sangat selesa.. Acik layan movie sambil makan2. Dahla baru lepas makan kan.. Tersenak perutku..

Beef ribs with apple glazed yang sangat sedap menjilat garfu...
17 Nov jam 8.00 pagi waktu Australia kami pun sampai. Cuaca sangat baik tapi sejuk juga walaupun summer. Bumi Australia ni agak gersang dan kurang hijau berbanding Malaysia.
Hotel tempat menginap. Okey lor..

Jalan-jalan di Queen Victoria Market. Banyak souvenir dijual di sini. Sayur, buah, ikan dan daging pun ada jual jugak. Geram tenguk sayur n buah-buahan kat sini segar bugar. Gambar2 kat bawah ni antara buah dan sayur yang dibeli untuk bawa balik Malaysia.

On d way ke Phillip Island nak tenguk Penguin Parade.. Tapi penguin tu tokleh amik gambo.. karang kena saman sapa nak bayar?

18-20 Nov ~ Pergi sekolah ajer. Bersama teman2 seperjuangan di School of Population Health, Melbourne University.

21 Nov ~ Jalan-jalan naik Puffing Billy sambil menikmati permandangan bukit dan kampung di Dandenong


Petang. lepas balik dari dandenong singgah di rumah member di Epping sebelum balik Malaysia. Seronok dia ada member datang ye..

Dalam flight balik acik segan nak snap gambo fud.. tapi sampai harini terkenang kenang nasik lauk rendang/serunding daging dan sayur campur yang sangat sedap for breakfast sblum touchdown kat KLIA . Selamat tiba jam 8.00 pagi dan terus bertolak ke Johor untuk ambil anak2 terchenta di kampung....

Friday, September 4, 2009

Jangan biarkan diri anda tertipu

I received this from my friend TEH WAI SIEW. She emailed this to all her friends as a reminder. I feel so sorry for her and I would like to post the e-mail as a reminder to all of us.

Teh, jangan sedih2 ye. Duit boleh cari, but the lesson learnt is much more valuable and I'm so glad you share the story with us.


Messages
1a. Jangan ulang lagi apa yang terjadi pada Teh (Kes penipuan kad kredit
Thu Sep 3, 2009 6:54 am (PDT)


Selamat sejahtera Abang-abang dan Kakak-kakak. Teh ingin berkongsi pengalaman yang berlaku pada Teh supaya semua rakan mengambil perhatian dan berhati-hati menjaga maklumat peribadi.

Teh menerima satu SMS pada 21/8/2009, 3.30 petang semasa di pejabat Putrajaya. SMS dari nombor 30XX (tak ingat) itu berkaitan: �*AM Credit Card Center ask for transaction approval RM 3635. Please call 03- 269 XXXX(tak ingat) for further enquiry.� * Teh tak ada *transaction *pada masa tu sebab waktu pejabat. Teh terus menelefon seperti arahan dalam SMS. Seorang lelaki Melayu (LM) mengambil panggilan saya dan berkata: �Am Bank Credit Card Center. Apa yang boleh saya boleh bantu?� Teh tanya maklumat selanjut berkaitan SMS yang diterima itu. Kemudian, LM cuba *confirm* nombor kad kredit Am Bank Islamic Master Gold, no. 5455 1932 8653 9021, sedang membuat *transaction* di Poh Kong Jewellery di KLIA. Teh memberitahu kad kredit tersebut bukan kepunyaan saya. LM menjawab itu mungkin berlaku kad kredit palsu dan kad ini masih hutang RM 5000+++. Kemungkinan maklumat peribadi Teh terbocor dan Teh perlu lapor kepada Bahagian Kad Kredit Palsu di Bank Negara. LM �BAIK HATI� sangat, minta Teh tunggu sebentar, dia tolong *transfer call* ke Bahagian Kad Kredit Palsu di Bank Negara.

Kemudian, seorang lelaki India (LI) menjawab telefon, �Bahagian Kad Palsu, apa yang boleh saya Bantu?� Teh mencerita semula apa yang berlaku. LI bercakap dengan nada yang serious dan tanya macam mana kes ini boleh berlaku. Kemudian, LI mula tanya saya ada urusan dengan bank apa? ATM dari bank mana? Kad kredit dari bank mana? *FD, housing loan, car loan, insurance* dengan pihak mana?.......... LI kata semua ini akan membantu mencari punca mana kemungkinan berlaku bocoran maklumat peribadi. Kemudian , LI kata pihak Bank Negara akan membuka satu fail untuk penyiasatan dan nombor fail rujukan saya ialah PHFL 0306002. Pihak Bank Negara akan membuat satu �Perjanjian Pengawalan Sementara�. Ini bermaksud Bank Negara akan menjalankan penyiasatan kes ini selama satu minggu. Dalam tempoh masa ini, Teh tidak boleh bagi tahu siapa-siapa untuk mengelakkan gangguan siasatan. Selepas itu, LI kata kes Teh akan serah kepada Pegawai yang bertanggungjawab. Pegawai tersebut akan membuat panggilan kepada saya dalam beberapa minit. Sebelum menerima panggilan daripada mereka, Teh tak boleh membuat panggilan atau menerima panggilan dari luar. Kemudian LI meletak telefon.

Selepas itu, seorang perempuan Cina (PC) membuat panggilan kepada Teh. PC kata namanya Chin (tapi bukan PZM kita). Untuk *clarification*, PC minta Teh bacakan nombor rujukan yang diberi tadi. Kemudian, minta Teh cerita semula apa yang sedang berlaku. Soalan yang ditanya pun lebih kurang apa yang ditanya oleh LI. Lupa bagi tau, walaupun PC cina juga, tapi cakap dengan Teh dalam bahasa Malaysia dan dalam nada yang serious juga. Kemudian, PC tanya Teh faham tak apa itu �Perjanjian Pengawalan Sementara�? Kemudian minta Teh buat ringkasan apa yang Teh faham berkaitan dengan perjanjian tersebut.

Seterusnya, apa yang berlaku kemudian telah membuat saya rasa kesal sekali. PC kata :

1. Teh 3 hari tak boleh buat sebarang *transaction *, termasuk kad kredit, ATM, pass book dan *online transaction*. Tujuan 3 hari pertama untuk menyiasat sama ada Teh buat laporan palsu.

2. Selepas itu, pihak Bank Negara akan menyiasat kes ini dalam masa satu minggu dan akan menghantar laporan siasatan kepada Teh kemudian.

3. Dalam tempoh masa seminggu, sebarang *transaction* yang melebihi RM100, bank akan membuat panggilan kepada Teh untuk minta *approval*.

4. Sekarang, Bank Negara akan RESET Teh punya *transaction history*from *all bank* untuk memeriksa �Si Penipu� mana lagi yang mengguna nama Teh.

5. Dalam tempoh masa seminggu ini, jika sebarang *transaction *berlaku bukan kepunyaan Teh atau kerugian berlaku, Teh boleh klaim dengan Bank Negara di bawah *Lost Insurrance Warranty*. Kemudian, PC mula tanya semua baki akaun berapa, hutang berapa...untuk mengelakkan klaim palsu.

6. PC tanya mana kad ATM yang aktif juga perlu �Neutral� supaya orang lain tak boleh mengambil duit simpanan dalam bank. Tetapi, *transaction*ini mesti buat di ATM mesin. PC kata perlu pergi sekarang kerana Bank Negara habis kerja pukul 5.30 petang. (Setakat ini, Teh telah menggunakan masa 2 jam atas panggilan tersebut).

7. PC bagi h/p no. 010-2594568 dan minta call apabila sampai di ATM. PC kata procedur ini adalah �RAHSIA�. Apa yang sebenarnya berlaku bukan mengikut apa yang DINAMPAK pada skrin kerana Bank Negara sedang mengawal �NEUTRAL PROCEDURE� di Bank Negera.

8. Teh ikut apa yang PC suruh. Kemudian semua duit baki kepunyaan Teh transfer ke satu akaun nama Melayu, Baharudin bin Mohd. A.... (Maybank: 155014979195). Apabila nama pada skrin, nama orang lain, Teh tanya pada PC. Dia kata:� Kan saya sudah cakap, apa yang sebenarnya berlaku bukan mengikut apa yang DINAMPAK pada skrin. Ini adalah prosedur mahkamah di bawah akta perlindungan aqset peribadi.�

Selepas itu, Teh telah ikat perut selama 14 hari, sehingga hari ini (3/9/2009). Teh rasa pelik mengapa bank tak *call lagi untuk *settle this case*. Teh call the PC, telefon tidak dijawab. Kemudian Teh call Bank Negara (Nombor betul: 03-26988044), baru dapati Bank Negara *TAK ADA*Bahgian Kad Kredit Palsu. Teh baru sedar Teh kena tipu. Seterusnya, Bank Negara minta Teh batalkan semua akaun simpanan, kad kredit, FD.......*immediately*, periksa jumlah kerugian kemudian pergi buat laporan polis.

Daripada pengalaman ini, Teh dapat belajar beberapa perkara dan ingin berkongsi dengan semua rakan:

1. KLIA tak ada Poh Kong Jewellery di KLIA

2. Bank tak akan *transfer call* ke Bank Negara

3. Semua kes penipuan tidak akan membuat laporan melalui telefon.

4. Sebarang masalah kewangan berkaitan akaun simpanan, kad kredit akan diuruskan di cawangan bank-bank berkenaan. Pihak bank tidak akan buat sebarang perbincangan selanjut melalui telefon.

5. Bank Negara

a. Tidak menguruskan sebarang kes penipuan. Semua penipuan diuruskan di Balai Polis berdekatan dengan tempat kejadian. Cth kes Teh berlaku di ATM Alamanda, jadi perlu lapor di Balai Polis Putrajaya.

b. Tidak berhak mengambil tahu maklumat peribadi seperti bank mana, baki berapa..........

c. Tiada sistem untuk melihat kita *transaction history* *from all bank *, hanya kita sendiri saja yang tahu.

6. Kalau terima SMS seperti ini, JANGAN buat panggilan pada nombor yang diberi kerana �Penipu� menggunakan nombor panggilan lama pada pusat kad kredit atau menggunakan nombor telefon pusat kad kredit, tetapi akhir 2 digit atau 4 digit adalah berlainan. Jadi, kita perlu call nombor yang BENAR, biasa nombor sebenar kenan tunggu lama. Nak pilih bahasa, pilih jenis perkhidmatan, *pin code*, iklan.......baru sampai pegawai bertanggungjawab. Kalau panggilan itu cepat dijawab oleh �Pegawai� , kemunginan besar itulah orang yang kita tak nak temui.

7. JANGAN baca sebarang nombor akaun simpanan, FD, kad kredit....dan sebagainya melalui telefon.

8. Walaupun *transaction* melalui ATM (*transfer*) pihak Bank kata, masih boleh BLOCK dalam tempoh masa 24 jam.

9. Kalau tak jelas/ tak tahu perkhidmatan teknologi terkini pada sesetengah bank tetapi diminta buat ini, buat itu, panggilan tersebut perlu HOLD terlebih dahulu, dan minta bantuan sepatut daripada orang lain.

10. Sekiranya, kebetulan kita dimaklumkan terlibat dalam sebarang kes penipuan. Jangan ambil tindakan seperti yang diminta. Buat panggilan semula kepada pusat kad kredit atau bank berkenaan to *double or triple checking.*.


Semoga rakan-rakan lebih berhati-hati pada maklumat peribadi dan dapat mengelakkan dari sebarang kes yang tidak diingini.

Sekian, terima kasih.

Ikhlas daripada,

Teh Wai Siew

Friday, April 17, 2009

Wonderful moment...

Yesterday evening the wether was so nice that I've decided to take a stroll at the park/garden beside my office compound. Usually my husband will picked me up in front of the lobby but yesterday I told him that i'll be waiting for him at the bus stop.

It was quite late, and only few people were around. The atmosphere was so serene, so calm, the tranquility was so wonderful.. I'll definitely will do this again & again.

Jamuan makan-makan

Harini ada majlis jamuan makan-makan sempena birthday staff di office. Kami buat pot luck. Mula2 inagt nak bawa muffin, tapi petang semalam suami bawa balik ubi kayu, banyak pula tu. Jadi saya buat keputusan nak bawa ubi rebus dengan sambal tumis ikan bilis.

Friday, January 9, 2009

My life... in 2009




Rasa macam dah lama tak update blog ni, sebabnya tiada apa2 yang menarik untuk dikongsi bersama. Life goes on as usual...

Di rumah, Yaya dan Haikal membesar seperti kanak-kanak normal yang lain.

Yaya makin petah bercakap. Dah pandai bagi opinion, reasoning, dsb. Dah kenal alphabet, selalu mengeja tapi tak tahu bunyi ejaan tersebut. Dah kenal nombor, dan sekarang ni tengah belajar mengenal huruf jawi. Berat terkini 14kg, naik 1kg dari tahun lepas. Masih lagi pakai diapers masa tidur dan keluar berjalan2. Bila ntah nak diapers free..

Haikal pulak sekarang ni asik sebut abah ajer... nampak abah terus keluar aab..bah! Nampak kakak dia panggil daad..dak! Dah lama dia tak sebut mamma! Jeles saya tau! Dia suka sangat main dengan mainan Yaya, suuuuka sangat makan, dah pandai sedut minuman guna straw dan menyusup di bawah perabot. Pincer grasp pun dah ada, so rumah kami sekarang ni memang bersih sebab takut budak ni kutip ntah hapa2 & masuk mulut.

Di ofis pulak sekarang ni tengah bz ya amat, almaklum, kerja makin banyak tapi officer takde pulak bertambah. Hari ini saja ada 10 draf surat yang saya kena buat, 5 dah siap tinggal lagi 5.. Heheheheh.. Disamping itu saya kena buat beberapa task untuk organize workshop bulan Februari ni. Tapi takpe, saya suka sebenarnya cabaran2 macam ni, tengukla camner, setakat ni boleh handle lagi.

Dengar citer boss besar dah dapat surat pertukaran, tapi pertukaran dalaman saja..
La ni saya tak faham, pagi2 time nak pegi ofis mesti jem giler. Keluar 7.30 pagi pun jem, pukul 8 pagi pun jem. Masa 2008 takdela berlaku macam ni. Pelik betul. Selalu 2 jem yang terpaksa di tempuh.

Yang ni dekat kawasan perumahan saya...
Yang ni pulak bila dah masuk area Putrajaya....

Saya macam dah jumpa rumah idaman, tapi harganya bukan dalam range yang saya dah set, so maybe saya terpaksa lupakan... unless a miracle happen dan saya dapat naik pangkat dan anjakan gaji.






Friday, December 5, 2008

Majlis sambutan harijadi....

Sebentar tadi telah berlangsung majlis menyambut harijadi semua staff di Unit saya, kebetulan harini besdey boss jadi dia mengepalai acara memotong kek. Sambil2 merangkap farewell kepada dia juga.

Jom kita lihat gambar....
Perut pun da kenyang.... mata pun da mengantuk.....