Showing posts with label Plant. Show all posts
Showing posts with label Plant. Show all posts

Sunday, September 6, 2009

Mulberry-...




Ni pula gambar terkini pokok2 mulberi saya.. Nampak sihat je setakat ni.. Bila tunas2 tu besar buah2 pun ikut keluar sekali..

p/s: Zea, hang sabar yeee.. Nanti pokok2 ni besar ku sedekah cutting kat ko... :-)

Monday, January 12, 2009

Pokok cili abah...



Buah2 cili dari pokok2 kesayangan suamiku dah merah... Boleh la petik untuk masak. Masa kaler dia hijau lagi puasla mama mengendeng soh dia petik barang sebiji dua untuk dimasak tempoyak goreng, tapi suami tak mau. Dia kata belum masak lagi... Huhuhuu...
Tapi ada satu kejadian mama merajuk panjang, takmo makan (mogok lapar). Bila dah masuk hari ke-3 tak makan mana boleh tahan beb! Teringin nak makan nasik goreng ikan masin, suruh Yaya cakap kat abah dia mama nak sebijik cili tu nak buat nasik goreng. Cepat je suami petikkan, yang paling besarrr pulak tu. Hehehehhehe...
Pagi2 nak pegi kerja, suami belek dulu pokok cili tu, balik kerja pun belek lagi. Mama ni dia tak belek pun. Muahahaha..
Anyway, sebab mama tenguk abah seronok sangat tanam pokok cili ni, mama dah semaikan lagi benih cili, la ni yang dah tumbuh ada 3 pokok. Nanti bila dah pindah dalam pasu abah akan take over jaga pokok2 tu.