Saturday, December 5, 2009
Melbourne ~ 17 - 21Nov 2009
Setelah 2 hari 2 malam maka berjayalah saya mengupload gambar2 untuk post kalini. Kalau ada sesiapa tau macam mana nak kecikkan size gambar lepas upload ke dalam PC silalah beritahu cara2nya sebab menurut firasatku kelambatan itu adalah disebabkan size gambar yang besar..
Saya ke Melbourne untuk mengikuti short course on Health Programme: Scooping the Evaluation di School of Population Health, University of Melbourne. Kursus selama 3 hari dari 18-20 Nov 2009, tapi kami datang awal sehari untuk check in hotel dan survey jalan ke tempat kursus.
Berlepas dari KLIA jam 10 mlm. Sebelum tu duduk2 relax di Golden Lounge sambil makan dan minum apa saja dengan gembiranya. Sangat best. Makan sampai kenyang kekdahnya. Tak tahu apa yang menanti bila masuk dalam plane nanti.
Syok duduk dalam business class ni. Sangat selesa.. Acik layan movie sambil makan2. Dahla baru lepas makan kan.. Tersenak perutku..
Beef ribs with apple glazed yang sangat sedap menjilat garfu...
17 Nov jam 8.00 pagi waktu Australia kami pun sampai. Cuaca sangat baik tapi sejuk juga walaupun summer. Bumi Australia ni agak gersang dan kurang hijau berbanding Malaysia.
Hotel tempat menginap. Okey lor..
Jalan-jalan di Queen Victoria Market. Banyak souvenir dijual di sini. Sayur, buah, ikan dan daging pun ada jual jugak. Geram tenguk sayur n buah-buahan kat sini segar bugar. Gambar2 kat bawah ni antara buah dan sayur yang dibeli untuk bawa balik Malaysia.
On d way ke Phillip Island nak tenguk Penguin Parade.. Tapi penguin tu tokleh amik gambo.. karang kena saman sapa nak bayar?
18-20 Nov ~ Pergi sekolah ajer. Bersama teman2 seperjuangan di School of Population Health, Melbourne University.
21 Nov ~ Jalan-jalan naik Puffing Billy sambil menikmati permandangan bukit dan kampung di Dandenong
Petang. lepas balik dari dandenong singgah di rumah member di Epping sebelum balik Malaysia. Seronok dia ada member datang ye..
Dalam flight balik acik segan nak snap gambo fud.. tapi sampai harini terkenang kenang nasik lauk rendang/serunding daging dan sayur campur yang sangat sedap for breakfast sblum touchdown kat KLIA . Selamat tiba jam 8.00 pagi dan terus bertolak ke Johor untuk ambil anak2 terchenta di kampung....
Saturday, October 10, 2009
Beraya bersama rakan.. :)
Rumah Prettylady @Atul
Sedap-sedap makanan dia, cupcake dia pun cantik dan sedap. Tapi segan ler nak amik gambar fud. Ramai orang.
Rumah Malay @ Abby : bersempena juga dengan Birthday Qisya Nur Arianna yang cilik tu... :-)
Sampai2 je umah Qisya ni (lepas sesat barat, dahle 4 keta berderet follow, sekali sampai umah tu toleh belakang tinggal 1 keta je! wakakakaka) ku terus terjah kek dia weii.. Tak peduli da orang kiri kanan, glamer sungguh kek Qisya ni, sampai Yaya pun berkenan sangat2 ler... Tapi gambar blur sebab ada budak YBST g tukar setting digicam, patutler dia takmo autofocus semer. Sampai umah baru perasan. Geram sangat! So ambil gambar bear & doraemon tu guna auto setting so korang bley la compare ye.. Hahahahha
Rumah Cikwawi.. ekekekek
Kat rumah Cikwawi ni pun ku segan nak ambil gambar fud, sebab tetamu dah sampai fud lambat sampai. Sorry la korang yg datang awal tu ye. Terima kasih kepada semua yang sudi datang. Kami buat kecil-kecilan ajer sebab takde experience jamu orang ramai2 ni weii. Dah tau caranya ni next time bolehla buat yang best lagi. Jangan serik beraya rumah kami ye...

Wednesday, September 30, 2009
COOKIES RAYA UNTUK TEMPAHAN.. (sticky entry)
Salam semua..
Sempena bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal tiba nanti, sukacita dimaklumkan bahawa saya ada menjual beberapa jenis cookies serta kerepek. Cookies dan kerepek ni telah dicuba dan gerenti sedap, sebab tu saya sanggup jualkan (saudara yang buat...).
1. BISKUT BUAH PINGGANG (50 BIJI = RM20)
RECOMMENDED!
Biskut yang rapuh dan rangup ala-ala melt in your mouth gitu.. Antara bahan-bahan campuran terdiri daripada cornflakes dan nestum. Jangan terpedaya dengan rupanya yang tak seberapa itu.. Rasa sekali pasti nak lagi.. Biskut kegemaran Yaya, Haikal dan Mama juga...
2. SNOW COOKIES (50 BIJI = RM20)
ALL TIME FAVOURITE!
Biskut yang dibuat dari serbuk badam dan nestum. Disalut pula dengan coklat yang enak dan ditaburi dengan hiasan serbuk roti. Sesuai bagi penggemar-penggemar coklat tegar..
3. KEREPEK SIMPUL KASIH (1 paket = RM12)
RECOMMENDED!
Popia simpul yang rangup disira dengan sambal yang pedas, manis dan masin... Diimport khas dari Pulau Pinang.. Sangat syok dimakan ketika menonton tv bersama keluarga tercinta...
Sila maklumkan :
1) Jenis biskut/kerepek yang ingin ditempah
2) Jumlah setiap biskut/kerepek
3) Nama, alamat dan nombor telefon anda.
Pembayaran boleh dibuat kepada akaun CIMB **********. Sila maklumkan pembayaran yang telah dibuat menerusi nombor / email di atas. Kos penghantaran melalui pos ialah RM10 (kadar rata).
Terima kasih.
Monday, September 28, 2009
Friday, September 18, 2009
Persiapan raya 1430H- edisi kuih muih...
Tahun ni saya tak banyak beli kuih.. Bonus takde maa... hahahahhahaha.. Biskut-biskut ni untuk dibawa pulang ke kampung.. Ada kerepek lagi 2 jenis.
Lepas tu saya buat 2 jenis kek, kek coklat lembab sememangnya menjadi kegemaran seisi keluarga. Tapi kali ni saya cuba resepi yang baru. Kek ni still lembut dan moist cuma permukaan kek ni macam tak comel kan, pastu dia ada mcm selapisan permukaan yang rangup. Paham ke? Takpela, makan je.. sedap!
Lepas tu saya try buat kek kukus ni pulak. Nama dia kek lumut. Dari tahun lepas saya teringin nak buat, akhirnya berjaya jugak. Acik sukerr! Saya beli steamer baru semata2 nak buat kek ni tau. Alkisah steamer lama tu kecik, tak muat loyang!
Permukaan atas masa lepas angkat tu macam moon surface.. wakakakka!

Subscribe to:
Posts (Atom)