Last week, En. Suami asikla dok ingatkan weekend ni ada jemputan kenduri kawen sepupu dia kat KL. Hari Sabtu katanya.. Orang tu jemput mulut je. Dia bagitau kat MIL.
Bila tiba hari Sabtu ahkak rasa cam malas pulak nak keluar rumah, sebab rasa hari2 keluar rumah pergi-balik kerja, so hari tu rasa cam nak duduk rumah je, rehat. Penat okey pergi-balik kerja. Bagitau en. suami, sekali tu dia cakap sebenarnya kenduri hari Ahad plak. Yahuuu! So masak banyak2 boleh makan pagi, tengahari dan malam terus.
Bila tiba hari Ahad, ahkak soh kompemkan sekali lagi, betul ke ada kenduri. Karang dah penat2 iron baju kurung tenguk2 rupa2nya kenduri minggu depan plak. Sarcastic kan ahkak ni. En. Suami call abang dia. Memang kompem hari Ahad. Kat tempat sekian-sekian. Kad takde okey, jemput mulut je kan tadi dah bagitau.
Bila sampai rumah 'pengantin' ada satu khemah hijau putih. Kerusi meja pun tak banyak. Orang pun cam takde je. So, En. Suami pun cakap, patutla jemput mulut je. Dia buat kecil-kecilan jemput sedara mara je kut.
Masuk rumah, salam-salam, duduk-duduk, mmg takde org lain lagi. Sedara mara 2-3 family je. Mak 'pengantin' soh makan dulu. Dia kata nanti orang surau datang lambat plak budak2 nak makan.
Ahkak tak kenal sangat sepupu suami yg ni. So ahkak ringankan mulut tanya-tanya 'pengantin' mana?
One of the sedara jawab after a long pause "Pengantin tu yang lelaki. Bertandang nanti bulan 12."
Dalam hati ahkak, ooo patutla kecil-kecilan je. Biasala, kalau belah lelaki kan sempoi je...
Lamaaaa lepas orang surau datang anak-anak ahkak dah di luar kawalan. Ahkak bagi hint2 ajak en. suami blah. Pastu ahkak tunggu dia dalam kereta. Masa tu mak 'pengantin' layan tahlil orang perempuan pulak.
Bila en. suami masuk kereta dia tergelak-gelak. Dia kata "Patutla majlis kecil-kecilan, ni bukan kenduri kawen la, ni kenduri doa selamat masuk rumah baru!" MIL salah bagi info.....
Chehhh! Patutla ahkak tanya mana pengantin semer org cam confuse. Nak lagi haru ahkak dah sediakan angpow nak salam kaut okey! Cuma tak sempat je nak bersalam kaut dgn 'mak pengantin' tadi. Kalau tidak mana ahkak nak letak muka??? Ahkak malu tawwww!!!
Moral of the story: Kalau nak jemput En. Suami pergi kenduri kawen sila bagi kad jemputan ye.. TQ
No comments:
Post a Comment