*apalah punya tajuk..
Assalamualaikum people. Hi, how are you? Long time no see. Ada yg rindu ke? Sorry lama tak update. Bet
you can guess the lame excuses already. Busy la, no idea la, lupa password la, hehehe.
Ye. Awal tahun haritu saya memang ditakdirkan busy giler. Sekarang pun
busy gak.. tapi saya tengah boring ni. Bagila saya kesempatan untuk berbicara
walaupun seketika.. hwahwahwa..
Malam semalam saya tenguk citer Keluarga Iskandar kat astro prima.
(setiap selasa @ 10.00pm).
“Secara ringkas, Keluarga Iskandar
mengisahkan anak serta cucu Iskandar yang terdiri daripada Abang Long yang
bernama Aziz Iskandar (Hilal Azman) dan dia ada seorang anak, diikuti oleh
Azman Iskandar (Sobri Anuar) yang berkahwin dengan Kamariah Abdullah @ Kay (Susan
Lankester) dan Azura Iskandar (Anita Baharum) yang bersuamikan Kamal (Azhar
Sulaiman).
Tiga lagi anak Mak Jah ialah Uda
berada di luar negara, Azlan (Zain Ruffedge) yang beristerikan Nur (Kuni) dan
si bongsu Adibah (Hiera Hassan).
Ia mengisahkan pergolakan dalam
keluarga Iskandar dan apa yang dipaparkan dalam sitkom adalah perkara seharian
yang berlaku dalam rumah tangga dan keluarga kita sendiri. Menunjukkan
bagaimana Mak Jah yang sangat mengambil berat mengenai anak dan cucunya.”
Malam tadi dah episode 3. Sinopsis Ep 3:
“Kay (Kak Ngah) dan Abang Ngah mendapat tahu
bahawa anak kandung mereka Omar @ Om, telah diturunkan kelas walhal anak angkat
mereka Salahuddin @ Sal amat cemerlang dalam mata pelajaran. Insiden ini
membuat mereka mempersoalkan baka keturunan masing-masing.”
Saya sangat suka adegan Kay yg sangat frust bila Om kena turun kelas sebab
dapat nombor tercorot dalam kelas. Om diturunkan ke kelas 5D dan kelas yg
paling corot ialah 5E. Bila tu berlaku Kay amik inisiatif untuk menumpukan
lebih perhatian kpd Om. Om tak boleh pergi bermain dengan Sal dan terpaksa
mengulangkaji pelajaran di hadapan Kay. Cara Kay ajar Om tu sebijik macam cara
saya ajar Yaya. Pastu cara si Om ni buat kerja pun sama cam Yaya. Bila Kay
marah2 sebab Om lambat sangat buat kerja & beri jawapan yg salah saya rasa
situasi tu sama je dgn kami.. KahKahKah!
Pastu Kay terjumpa online IQ test. Dia paksa husband dia buat test tu sebab
nak tau Om ni ikut baka siapa. Tapi husband dia asikla mengelak. Alasannya dia
takmo Kay tak dpt terima hakikat IQ dia lagi tinggi. KahKahKah!
Si Om pulak belek2 iPad Kay jumpa IQ test tu terus buat. Keputusannya IQ Om
165. You Are A Genius! gitu..