Showing posts with label Anniversary. Show all posts
Showing posts with label Anniversary. Show all posts

Thursday, April 14, 2011

Special entry for my darling Adi Haikal..

Adi Haikal is 3 years old today


ALLAH SELAMAT KAN KAMU..
ALLAH SELAMATKAN KAMU..
ALLAH SELAMATKAN ADI HAIKAL..
ALLAH SELAMATKAN KAMUUU...

Happy Birthday Adi Haikal.. Semoga jadi anak yang cerdik dan beriman..
Abah, Mama, Yaya & Ada will always love you



Thursday, April 30, 2009

Semalam yang indah....

Semalam saya ambil cuti sehari dengan harapan dapat berpoya-poya dan berdating dengan suamiku terchenta.. ihiks..

Pagi-pagi siapkan anak2 ke nursery, tapi saya tak bersiap. Yaya dah curious, macam2 dia tanya. Saya kata saya tak sihat, sakit perut (memang betulpun, perut ku semacam ajer). Lepas hantar anak ke nursery kami sarapan pagi, makan roti canai. Lepas tu kami bergerak ke Sunway Pyramid. Alkisah dah lama tak pergi sana suasananya sangatlah lain. Seronok dating berdua je, siap pegang tangan lagi.. hehehhe.. Tiada orang kedua dan ketiga di antara kami..

Kami tenguk wayang, citer Wolverine. Cerita dia okey lorr, cuma script a bit lemah. Part special effect time gaduh2 tu best ler.. Acik bagi 3 bintang.


Lepas tu kami makan ini...


Strictly for two platter ni takdela strict sangat pun sebab kami tak habis makan okey, muak. Tapi Yaya dengan Haikal sure suka makan fries dan garlic rice tu. Time tu la teringat ke anak2. Ada satu lagi dessert mud pie, tak larat nak makan, soh diorg bungkus ajer.

Oh ye.. saya dan suamiku terchenta dok survey notebook, netbook sekalian, cuma belum decide nak yang mana. Yeay!

Tuesday, December 23, 2008

Anniversary dinner....







Malam anniversary tu, kakak dan mak saya datang dari Johor. Diorang ni sebenarnya sedang bercuti2 Malaysia sempena cuti sekolah. Malam tu kami dinner di Restoran Kembangan Paradise. Makan ikan stim, ikan 3 rasa, kailan ikan masin, kerabu mangga, sup ayam dan telur dadar... Sebab lapar punya pasal takde halnya nak snap2 gambo semua. Makanan sampai ajer kitorang terus ngap!




Thursday, December 18, 2008

Our 4th anniversary



Hari ini, 4 tahun yang lalu, saya telah selamat diijabkabulkan dengan seorang insan berhati mulia bernama AMIRUDIN BIN ABDUL AZIZ.

Doa saya semoga ikatan ini akan terus berkekalan sehingga ke akhir hayat...............amin