Wednesday, June 23, 2010

Saye suke lagu ini... :)

Cukup Indah - Alif Satar



Tak pernah aku jauh darimu

Meninggalkan cinta kita
Tak pernah aku meluka hatimu
Perasaan dan jiwamu
Segalanya telah ku serah
Hanya engkau terindah

Korus
Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai
Ku tahu kau mahu ada di hati
Untuk didampingi untuk disayangi

Tiada yang lain selain dirimu

Kekal tinggi di hatiku
Tiada pengganti yang mampu ku cari
Yang secantik diri kamu
Cinta ini untuk dirimu
Rasa ini untukmu

Ulang Korus


Hanya kerna kau yang cukup indah

Untuk dimiliki dan untuk dicintai





Thursday, June 3, 2010

Mama nakal?.....

Semalam lepak2 dengan Yaya, layan dia tenguk citer kartun..

Tetiba je yaya cakap camni..

"Mama, abah kata mama nakal.."

"HA? abah ko cakap camtu? Apsal pulak???"

"Iye.. Abah cakap dulu masa mama kecik2 mama nakal takmo dengar cakap atuk.."

"HAH!? MANADE MAMA NAKAL TAK DENGAR CAKAP ATUK???" Tekejutt seeyyy!!! Sentap acik tau!

"Iyee... Abah cakap dulu masa mama kecik2 suka tenguk tv dekat2.. Atuk soh tenguk jauh2 pon mama takmo dengar.. Tu sebab mata mama sakit.. Kena pakai cermin mataa...." ye ye aaa si Yaya bercerita....

Ceh! Ni mesti kes abah dia marah dia tenguk tv dekat2, pastu jadikan mama dia sebagai contoh penyedap cerita nih...

"Manade mama nakal.. Dulu masa mama kecik2 mama baik tau.. Ikuttt je cakap atuk.. Dulu umah atuk manade TV, mama tak tenguk tv pon.. Mata mama sakit sebab dulu mama rajin baca buku.. Hari2 mama baca buku. Sebab tu mama pandai.. Sebab tu atuk sayang mama...." kahkahkah! Amik ko puji diri sendiri... kihkihkih...

"Ooooo.. sebab tu mata mama sakit ye? Sebab mama baca buku dalam gelap ye??"

"Iyolah Yaya.. Sebab tu la..."

Wednesday, May 12, 2010

layout baru...

Amacam layout baru ni?
lebih mengancam?
touch-up sikit2 je...


kahkahkah!


sorila, posting merapuuu...

Friday, May 7, 2010

Camne la nak maju kalau berniaga camnii...

Remember my posting about Edisi Nasi Briyani last week?

Petang tadi balik kerja hubby ajak singgah kedai Nasik Briyani Gam Batu Pahat kat Bandar Putra Permai tu lagi. Kita on ajer.. Ingat nak try nasik briyani udang galah dia pulak.

Sampai sana tetiba cam terkejut. Semua dah naik harga beb! Briyani ayam last week RM7.80, harini dah up jadi RM8.80. Briani kambing dari RM8.90 dah jadik RM9.90. Briani Rusa dah jadik RM18 hengget! Sebab cam ala2 terkejut terus tak teringat nak order udang galah. Order ayam je. Bila sampai, alahaiii.. ayamnya dah kecik.. Dalca dah cair, tak banyak isi... Rasa pun dah tak sedap cam haritu.. Adakah sebab makan sambil terkejut dan tak puas hati sebab tu rasanya tak sedap??

Acik banyak sedih ooo.. Camni ke orang berniaga? Kalau berniaga camni rasanya 2-3 bulan lagi gulung tikar kut. Tiba2 rasa cam JM Beriani tu lagi sedap. Dengan itu acik nak promote, takyah datang la kedai tu.. tak best.. dah tak sedapp..

Thursday, May 6, 2010

Yaya dah pandai baca!

"Yaya, mama jeles la tenguk Ayna tu dah pandai baca. Apasal Yaya malas belajar baca? Asik2 baca ABC ajer, tulis2 ajer, Yaya belajar la membaca"

"Alaa mama ni.. Ayna dah 5 tahun, kakak baru 4 tahun.. memangla tak pandai baca.."

"Manade.. tahun ni kakak 5 tahun la.. Tak kira, kakak pegi belajar baca cepat!"

"Okla... Okla.."

Suddenly...

" a = aaa, l.i = li, ALI..
m.a = maa, i.n = in, MAIN..
a = aa, p.i = pii, API..

ALI MAIN API

a = aa, w.a.n = wann, AWAN

u= uu, b.i = bii, UBI

d.u = duu, r.i = rii, DURI

u = uu, l.a.r = lar, ULAR"

Wah! tetiba ku dengar Yaya mengeja dan membaca!

Tak lama tu, tetiba plak,

"m.o.p = MOP! mop samadengan mop lantai!
c.u.p = CUP! cup samedengan cawan!
d.o.g = DOG! dog samadengan anjing
h.o.p = HOP! hop samadengan lompat!
c.a.t = CAT! cat samadengan kucing!
h.a.t = HAT! hat samadengan topi!...."

Wah! Dia belasah baca English plak! Takajut mama dia!

Bagus Yaya.. baguss....

Sebab Yaya ikut cakap mama belajar membaca mama buatkan dia kek cekelat malam tadi.. Hehehe..

ikan puyu.. oo.. ikan puyu..

img from google


Siapa pernah makan ikan puyu?

Wekend lepas balik kampung rumah MIL.
Dia gorengkan ikan puyu for dinner..
Dia beli sekilo RM14. Bley tahan kan harganya..

Rasanya? Ohh.. sangat sedapp ok ikan puyu nih. Rasanya cam 1st time je makan ikan nih. Lagi sedap dari ikan keli.. Sedapp sedappp.. Nak lagiii...

Ni boleh jadik stok ngidam ni.. hehehehehe

Wednesday, May 5, 2010

H1N1

Ok la.. kita wat posting berilmiah sikit..

I'm posting something on H1N1. Ramai yang dah tau, tapi masih ramai lagi yang tak tau. Siapa2 yang nak amik vaccination H1N1, sekarang ni dah available kat klinik2 yang terpilih. So pergila amik. FOC.


Pemberian Vaksin H1N1 - Kumpulan Sasar Berkeutamaan

Kementerian Kesihatan telah mengenalpasti kumpulan tersebut untuk diberikan pelalian seperti berikut:

  1. Wanita hamil (18+ minggu kehamilan) dan mendapatkan penjagaan kehamilan di fasiliti kesihatan Kerajaan;

  2. Pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang dan menjalani dialisis di fasiliti dialisis Kerajaan;

  3. Pesakit yang menghidapi penyakit kronik dan mendapatkan rawatan susulan di fasiliti kesihatan Kerajaan;

  4. Individu dengan morbid obesity (iaitu BMI > 35 kg/m2) dan/atau menghidapi sebarang penyakit kronik dan mendapat rawatan di fasiliti kesihatan Kerajaan; dan

  5. Orang awam yang berkehendakkan dengan tujuan (pengembara).

Oleh kerana bekalan vaksin yang terhad, maka pemberian dilakukan mengikut pendekatan first come, first serve. Penilaian klinikal yang dijalankan oleh pegawai perubatan yang merawat akan diambil kira bagi menentukan kesesuaian seseorang individu bagi menerima vaksin.

Orang ramai yang dikategorikan sebagai kumpulan sasar berkeutamaan seperti di atas boleh mendapatkan perkhidmatan pelalian ini di beberapa fasiliti kesihatan kerajaan yang dikenalpasti. Pada masa ini sebanyak 104 fasiliti telah dikenalpasti untuk kumpulan sasar berkeutamaan mendapatkan pelalian ini.

Orang ramai yang layak mendapatkan pelalian ini dikehendaki membaca terlebih dahulu maklumat mengenai pelalian vaksin influenza A(H1N1) dan perlu memberikan keizinan bertulis dengan mengisi dan mengembalikan borang keizinan bertulis.


Senarai Fasiliti Kerajaan Terpilih Untuk Pelaksanaan Pemberian Vaksin H1N1

NEGERI

KOORDINATOR PROGRAM

FASILITI KKM

Perlis

Dr Zulhizzam bin Hj Abdullah
Tel: 04-9766317 / 019-4001070

SN Kartini Abd Razak
Tel: 04-9778333

  • KK Kangar

Kedah

Dr Uma Salmah Abd Kadir
Tel: 04-7746137

  • KK Kuah
  • KKIK Jitra
  • KKIK Bakar Bata, Kota Star
  • KKIK Bandar Sungai Petani
  • KKIK Kuala Nerang
  • KKIK Baling
  • KK Serdang
  • KK Pendang
  • KKIK Sik
  • KK Bandar Kulim
  • KK Guar Chempedak

Pulau Pinang

Dr Saraswathi Binarai
Tel: 04-2629902

  • KK Bayan Baru, Barat Daya
  • KK Bukit Panchor, Seberang Prai Selatan
  • KK Sungai Dua, Seberang Prai Utara
  • KK Jalan Perak di Timur Laut
  • KK Seberang Jaya di SP Tengah

Perak

Dr Asiah bt Ayob
Tel: 05-2433962

  • KK Lawin, Hulu Perak
  • KK Padang Rengas
  • KK Sitiawan
  • KK Hutan Melintang
  • KK Parit
  • KK Jalan Damai, Tapah
  • KK Bagan Serai, Kerian
  • KK Buntong, Kinta
  • KK Taiping

Selangor

Dr Anita bt Sulaiman
Tel: 03-51237366/
03-51237368

  • KK Kajang
  • KK Pandamaran, Klang
  • KK Kelana Jaya
  • KK Seri Kembangan
  • KK Seksyen 7 Shah Alam
  • KK Taman Ehsan, Gombak
  • KK Kuala Selangor (Kuala Selangor)
  • KK Sungai Besar (Sabak Bernam)
  • KK Salak (Sepang)
  • KK Teluk Datok (Kuala Langat)

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Dr Mazliza bt Ramly
Tel: 03-26983757

  • KK Tanglin
  • KK Kg Pandan
  • KK Jinjang
  • KK Batu
  • KK Bandar Tun Razak
  • KK Cheras
  • KK Cheras Baru
  • KK Dato Keramat
  • KK Pantai
  • KK Petaling Bahagia
  • KK Setapak
  • KK Sungai Besi
  • KK Putrajaya

N. Sembilan

Dr Rotina bt Abu Bakar
Tel: 06-7641326/
06-7664927

  • KK Seremban, Jalan Rasah
  • KK Senawang
  • KK Kuala Pilah
  • KK Bahau
  • KK Rembau
  • KK Tampin
  • KK Port Dickson
  • KK Jelebu

Melaka

Dr Hashimah bt Hasan
Tel: 06-2848270

  • JPL Jasin
  • KK Masjid Tanah, Alor Gajah
  • KK Peringgit, Melaka Tengah

Johor

Dr Badrul Hisham bin Abdul Samad
Tel: 07-2218866

  • KPL Mahmoodiah, JB
  • Poliklinik Bandar Maharani, Muar
  • KK Batu Pahat
  • KK Mengkibol, Kluang

Pahang

Dr Mohd. Sapian bin Mohamed
Tel: 09-5165402/
09-5902351

  • KK Beserah, Kuantan
  • KK Temerloh
  • KK Karak, Bentong
  • KK Dong, Raub
  • KK Peramu Jaya, Pekan
  • KK Bandar Jengka, Maran
  • KK Triang, Bera
  • KK Bandar Rompin, Rompin
  • KK Padang Tengku, Lipis
  • KK Jengka 8, Jerantut
  • JPL Hosp Cameron Highlands

Terengganu

Dr Balkis bt Abdul Karim
Tel: 09-6229775/
09-6229809

  • KK Hiliran, Kuala Terengganu
  • KK Kuala Besut, Besut
  • KK Dungun
  • KK Kuala Kemaman
  • KK Marang
  • KK Permaisuri
  • KK Kuala Berang

Kelantan

Dr Rohaida bt Ismail
Tel: 09-7482573

  • KKB Kota Bharu
  • KKB Bachok
  • KKB Kuala Krai
  • KK Wakaf Baru
  • Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu

Sarawak

Dr Razitasham bt Safii
Tel: 082-243812

  • KK Jalan Masjid, Kuching
  • KK Kota Samarahan
  • KK Sri Aman
  • KK Sarikei
  • KK Jalan Lanang, Sibu
  • KK Bandar Miri
  • KK Bintulu
  • KK Kapit
  • KK Lawas
  • JPL Hospital Mukah
  • JPL Hospital Betong

Sabah

Dr Evelyn Sunggip
Tel: 088-236184

  • KK Luyang, Kota Kinabalu
  • KK Penampang
  • KK Sandakan
  • JPL Hospital Tawau
  • JPL Hospital Keningau

WP Labuan

Dr Zaini bin Husin
Tel: 087-428827/
087-411702

  • KK Labuan


dipetik dari MOH website: http://h1n1.moh.gov.my/

Dear hubbyku...

You said you want a January baby right?
So i give you a January baby..

Amacam?
Ada hepi??

hikhikhik..

Tuesday, May 4, 2010

takdetajuk

i'm late..
feeling lethargic
and nauseated...

sign & symptom nih....

Thursday, April 29, 2010

Edisi nasik briyani...


Hepi birthday to me.. Yeay!.. hehehehe...


Harini puasa ganti. Dalam kul 10 pagi perut dah pedih2 gastrik.. Terus monyok takde mood nak keje.. Rasa nak baring tido ajer..
Sempena buka puasa tadi kami terjumpa restoran Nasik Briyani Gam Batu Pahat.. (lokasi sebenar akan diberitahu lps tanyer en. hubby ye.. huhuhuuu)
Sebelum ni tak pernah singgah sini, baru discover la ni. Kedai baru.. Servis mantop. Rasa pon mantop! Kalah rasa nasik briyani Mat Shah kat BP nun.. SERIUSS!


This is mine.. Nasik Briyani Ayam RM7.80. Ayam dia bagi quarter koo.. tapi sbb area2 ciken breast ni acik tak minat sangat.. Pinggan atas nampak lauk tu Nasik Briyani Kambeng RM8.80, pun besar portion kambennya.. Tu kuah dhal dalam mangkuk tu pon meletop! Pekat dan banyak isi.. Sayur mayurnya dipotong kecil2 maksudnya org tu prepare dgn teliti bersungguh2.. Selain 2 jenis binatang tadi ada jugak briyani lembu, briyani rusa & briyani udang galah! Harga semua range between RM7.80-RM8.90. Murah kan! Acik sukee...

Hopefully kedai ni kekalkan standard & kualiti food dia if not better...

Nih, budak kecik nih hirup kuah dhal tu macam hirup sup! Takajut mama dia.. "Dappp! (sedapp!)" kata Haikal.

Budak Yaya nih plak diet kut.. minum air limo je.. Last2 dia ratah ayam acik yg tak abes tadik,,
En. hubby excited dgn discovery kedai nih.. Sebabnya wekend lepas kitorg balik Johor. OTW ke kluang singgah kat Restoran Herba Nasuha kat Pagoh pekena nasik briyani jugak.. Tapi nasik dia tak rasa briyani pon. Ayam pon kecik sekor belah 16 kut..

Pastu kunun nak memuaskan napsu briyani nih, OTW balik umah singgah plak kat BP [ekena briyani Mat Shah kat atas nun.. Pon dah tak syok rasanya. Acar2 semer takde.. papedom kena beli asing.. RM6.. Dhal pon kosong je..

Gambar2 kat bawah ni saje je.. Jalan2 kat Kluang Mall. Ni kat laksa shack.. Please don't order nasik2 kat sini semer tak sedapp! Order laksa2 dia je ye lain kali.. Huhuhuuu..



Lastly, gambo besdey girl dgn hubby terchenta.. hihiiii..

Tuesday, April 20, 2010

Bertemu Ex-Boyfriend..

Oh! Hatiku sangat gumbiraa... berbunga-bunga...

Lunch hour siang tadi ajak kolig jalan2 carik makanan ringan (sbb dah melantak nasik lemak RM1.50 kul 12.00pm)..
Pusing punya pusing punya pusing tetiba.. Ek ehh.. apa tu? Cam biasa ku lihat je.. Tapi dimana ya?
Ek ehh.. benarkah apa yang aku lihat ni? Oh! Memang betul si dia! Umpama bertemu kekasih lama! (Eceh!)
Yeay! Acik jumpa ini.....

Sapa tau angkat tangan! Kalau sapa orang Johor kata tak tau mmg la.. Jangan nak tipu la.. Acik tau korang kalu sekolah rendah kat Johor zaman2 80-an mesti selalu beli kat kantin sekolah kan.. hehehehhe...

See.. see.. I told u what! Ni makanan tradisi Johor. Kalu tanya laki acik org skinchan tu mesti dia tak tau.. Tak pun dia kata "Hish! Tak pernah2 lagi nampak orang makan mende nih". Sebab tu acik abiskan, takmo simpan kasik dia.. Muahahahaha!

Ni cara-cara nak makan dia. Curah sambal tumis atas tu pastu ngap.. Ohh.. krap krup sungguh rangup! Tapi sambal dia agak kureng sket sebab acik suka yg ada terasa manis2 baru masyukk..

Oh.. Bahagia!

Oh ye, time beli tu makcik cafe tu cakap, "Pandai dia amik dengan sambal tu... Takyah makcik bagitau.." Aiceh! Makcik ni.. Saya memang pandai.. Wah! Statement tak hengat gitu..

Monday, April 19, 2010

RxLite....


Sapa pernah minum rxlite nih?
Memang sedap ek?
Macam minum milo?

Setakat nih dah test JDM5.. tokleh masyuk.. manis banget!
Herbalife.. mula2 rajin, hilang gak dalam 3 kg kut dalam masa sebulan, kebetulan pulak bulan tu bulan Ramadhan... la ni dah malas nak bancuh..

Tapi kalau rasa macam milo tu, mmg hari2 breakfast milo campur oats.
So cam berminat je nak try..

sapa2 dah try tu silala bg testimoni ye..
TQ


Teringat kata2 Gwyneth Paltrow dalam Oprah..
"The moment I think about dieting I will gain like 5 pounds!"

Ek ehh.... sama la kita Gwyneth!

Wednesday, April 14, 2010

Special entry untuk anak bujangku seorang...

Happy 2nd Birthday
ADI HAIKAL AMIRUDIN
14 April 2010


Birthday cuppies...

Getting a new haircut on his birthday...

Birthday present from his nursery teachers...

Adi Haikal @ 2 years old..


Adi Haikal @ D7OL (Day 7 of Life..)


Adi Haikal @ 1 year old...


Abah, Mama & Kakak will always love you
....



Wednesday, April 7, 2010

My first day at the GYM..


"Huhuhuhuuu.. kenkawann.. bos dah balik.. Jom kita tukar baju g GYM!"
"JOMMMMM!!!"

Sampai GYM.. trcongok2 cam rusa masuk pekan...

"Huhuhuhuuu.. kenkawan.. apa kita nak buat nih? Instructor mana? Assalamuaaikum kak, kami 1st time datang sini.. nak wat apa dulu ek?"

"Korang redahhh jeeerrrr" akak tu jawab.. (sebenarnya cam adik.. gasak ler...)

"JOmm kenkawan.. Kita redah!"

Redah pnyer redah baru seploh minit kaki dah sengal2 sakit kayuh beskal...

Adeh....

Cukup doploh minit..

"Dah la tu Wawi.. Jom la kita balik.. aku dah tak larattt"

Ahahahahhahahaaaa...

Baru bakar 70 kalori nak balik dah..

Biggest looser kunun...

Tapi mengenangkan kaki dah ketar Parkinson ku pon balik jua..

Saturday, April 3, 2010

Peace!




Peace semer!
Haikal peace satu jari je.. hihihi..

Friday, April 2, 2010

I'm so happy.. :-)



Harini rasa sangat happy.. Bos cuti.. Muahahaaha..
G jenjalan dgn kolig time lunch hour tadi, member nak makan mushroom soup piza hut, tapi ramai org, end up kami mkn cendol durian n cendol aiskrim kat foodcourt. Pastu tapau popia crunchy bawak balik opis..
Pastu dapat surat JPA..

Yahuuuuuuuu!!!! I'm so happy :-)

Thursday, April 1, 2010

cedapnyaa...




Tetiba teringinnn nak makan tempoyak goreng udang dengan nasik panasssss....

Dak Haikal


Haikal kan sekarang ni macam2 akal dia. Tapi bila dia buat salah kalu kita tanya mesti dia salahkan orang lain.

Semalam dia cungkil2 pensel kaler Yaya kat mainan piano dia pastu patah..
"YA ALLAH!" kata Haikal.
"Mamaaa... nii...." sambil tunjuk pensel yg patah..

"Ha! Sapa buat? Sapa patahkan?"

"Adammmm..."

Kalau org tanya sapa buat selalu dia cakap Adam, budak kat nursery dia..

"Tak, mama nampak Haikal yang buat kan? Mama cubit nak?"

"Nanakkk...." sambil peluk mama

"Habis tu sapa yang buat?"

"Bebear..."

Bear pon jadi mangsa fitnah..



*semenjak 2-3 menjak ni asik upload gambo lama2 je..

Thursday, March 25, 2010

Layannn...


Ketika cinta bertasbih


Bertuturlah cinta mengucap satu nama

Seindah goresan sabda-Mu dalam kitabku

Cinta yang bertasbih mengutus hati ini

Ku sandarkan hidup dan matiku pada-Mu


Bisikkan doaku dalam butiran tasbih

Ku panjatkan pintaku pada Mu maha cinta

Sudah diubun-ubun cinta mengusik rasa

Tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit


Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu

Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta

Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang

Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta


Ketika cinta bertasbih....





Cerita pelik minggu ini!

Yaya, 5 months old

"Laparla... jom kita g makan nasik nak?"

"Joommmm!!!"

"Kakak nak makan nasik lauk apa?"

"Kakak nak makan nasik lauk kicap.. dengan ikan tembakul"


Kahkahkah!

Belalang... oooo belalang punya pasal la ni....