Wednesday, December 17, 2008

Ah Long punya pasal...........

Beberapa hari lepas slot Buletin Utama TV3 menyiarkan berita mengenai kes seorang kakitangan Pos Malaysia cawangan Putrajaya yang dijatuhkan hukuman penjara 3 tahun atas kesalahan pecah amanah.

Kata suami, orang kalau nampak duit banyak terus gelap mata.

Saya jawab, ceritanya perempuan ni terpaksa mencuri duit tersebut untuk membayar hutang Ah Long. Beliau banyak berhutang dengan Ah Long ni sebab nak bayar biaya perubatan. Tapi bila tak mampu nak bayar Ah Long tu mula la dia diugut dan sebagainya. Sebab tu dia terpaksa mencuri...

Tiba-tiba ada suara budak kecik ni menjawab....

"HAH? ALONG? ALONG TU KAWAN YAYA KAT SEKOLAH LA MAMA......."

Oh anakku........................

4 comments:

zealvia said...

fuh....aku baru berhajay nak nanya ko cik wawi pasal kes ni..tak sempat ku tanya ko dah post. Oh tu ler ceritanya ya..sian dia.

cikwawi said...

zea,
ntahler, itu yang dia cerita la. katanya dia ada kaser rahim, tapi medical report kata takde, so sebab tu jatuh hukum. anyway, what ever the pun reason, stealing is stealing..........

Our Dreams Of Life said...

kekekek kelakar yaya..betul la cakap dia tuh

cikwawi said...

kak ina,

memang kelakar tau budak tu. semalam ada anjing selongkar tong sampah kitorang, habis semua bersepah. kita merungut jahat la anjing tu.
yaya jawab, takpe, nanti mama cuuubit perut dia sampai dia nangis ye. wakakakakakaka!