Thursday, June 25, 2009

PETROSCIENCE & DINOTRACK @ KLCC

Halluuu...


Lama sangat tak update blog ni. Untuk makluman semua peminat (ecehhh.. bagila can makcik nak berangan ni... ) kamera HP ku dah rosak... Banyak sangat momen2 menarik yang tak dapat diabadikan dalam bentuk foto. Justeru keinginan untuk meng'share' momen2 tersebut lantas terbantut... Sekarang ni harapkan kamera HP suami ajer la.. kalu dia tak kedekut dapatla pinjam.. Tapi dia nih kedekutt... acik mintak belikan kamera karang.. haa..

Gambar2 ni masa kami bergumbira di KLCC time cuti sekolah haritu. Mak n kakak serta anak buah datang ke rumah.. siap bawak buah durian dari kampung.. Ohh.. durian siam yang besar2 tu.. pakcik yang tanam di kampung nenek.. E'eh... lupa plak... Bukan setakat buah durian.. anak2 ku pun dihantar balik sama gak.. Muahahaha.. anak2 telah ditinggalkan seminggu lebih di kampung sebab ku berkursus luar kawasan. Alahaiii... rindu anak2 mama..

ku tak snap gambo cobaan Haikal untuk masuk ke kandang dinosour besar kat belakang tu..


Sesi melepak tepi kaki lima kedai lepas penat menjelajah selama 6 jam...



No comments: