Thursday, March 25, 2010

Layannn...


Ketika cinta bertasbih


Bertuturlah cinta mengucap satu nama

Seindah goresan sabda-Mu dalam kitabku

Cinta yang bertasbih mengutus hati ini

Ku sandarkan hidup dan matiku pada-Mu


Bisikkan doaku dalam butiran tasbih

Ku panjatkan pintaku pada Mu maha cinta

Sudah diubun-ubun cinta mengusik rasa

Tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit


Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu

Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta

Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang

Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta


Ketika cinta bertasbih....





Cerita pelik minggu ini!

Yaya, 5 months old

"Laparla... jom kita g makan nasik nak?"

"Joommmm!!!"

"Kakak nak makan nasik lauk apa?"

"Kakak nak makan nasik lauk kicap.. dengan ikan tembakul"


Kahkahkah!

Belalang... oooo belalang punya pasal la ni....

Orang ni Tensi tau!

Orang ni:
Bangun pagi, iron baju kerja n baju Yaya, mandi manda, siap2, kejut Yaya soh mandi, kemas2 beg sekolah, kemas2 beg nursery, buatkan susu Haikal, kadang2 Haikal bangun nak mandi, kena la mandikan, kadang2 Haikal pergi nursery tak mandi, kadang2 Haikal berak kena la cebukkan, buat air kopi, minum kopi, kemas2 tempat tidur budak2, tunggu orang tu siap. Bila orang tu dah siap bukak pagar, tunggu orang tu kuarkan keta, pastu tutup pagar, orang tu drivekan g nursery, sampai nursery orang ni angkut budak n beg2 kuar hantar nursery. orang tu drive sampai opis, turun masuk opis, kerja, kerja kerja, kul 6 lebih orang tu amik kat opis, sampai nursery budak, orang ni turun, angkut budak, beg2, pergi makan ke, jalan2 ke, sampai umah badan dah penat, tak larat nak kemas, kadang2 basuh baju pakai mesin, kadang2 basuh pinggan cawan, kadang2 tidor ajer, tapi yg pasti kadang2 nak layan budak2 pon tak larat dah sebenarnya.

Orang tu pulak:
Bangun pagi, mandi, pakai baju dah siap iron kat dobi, pakai setokin, sikat rambut, angkat beg masuk keta, start enjin, tekan minyak, pulas stering, tekan brek, , tekan minyak, pulas stering, tekan break, hantar anak ke nursery, tekan minyak, pulas stering,tekan break, hantar orang ni g opis, tekan minyak, pulas stering,tekan break sampai opis, kerja, kerja kerja, tekan minyak, pulas stering,tekan break, amik orang ni kat opis, tekan minyak, pulas stering,tekan break, amik anak2 kat nursery, tekan minyak, pulas stering,tekan break sampai umah, kadang layan anak2, selalunya tidooooo, kul 10 mlm kuar jumpa kawan2 minum teh tenguk bola sampai pagi, bila pagi orang tu tak larat nak bangun awal..


sekian, luahan perasaan orang ni untuk hari ini.....

Tuesday, March 23, 2010

Peribahasa.....

Peribahasa jawa ada menyatakan...

"Empty vessel make the most noise...."

Kalau melayu kuno, mereka suka mengatakan begini pula...

"Diam-diam ubi, berisi..."

Tapi melayu moden kata camni pulak...

"Diam-diam ubi, busukk..."

Acik orang jawa... So acik amik guna pakai hok peribahasa jawa atas tu la...

Papepon.. ini luahan perasaan harini..

So, renung-renungkan... dan selamat beramal!

Friday, March 5, 2010

Maulidurrasul Tadika Yaya...


Petang semalam lepas balik sekolah Yaya bagitau..

"Mama, nanti esok cikgu suruh pakai baju kurung, pakai tudung, bawak kek, biskut, keropok, coklat, gula-gula dengan kuih. Siapa tak pakai baju kurung, tak pakai tudung, nanti cikgu tak kasik ikut."

"Amboi! Cikgu nak buat apa esok?"

"Entah.."

So, selongkar2 beg sekolah Yaya jumpa la memo
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN HARIJADI BULAN JANUARI, FEBRUARI DAN MAC

antara2 kandungan memo,
"... murid-murid dikehendaki berpakaian baju kurung dan bertudung bagi perempuan manakala lelaki dikehendaki memakai baju melayu, bersamping dan bersongkok. Murid-murid akan berarak mengelilingi tadika......"

Ku cuba imagine Yaya & kawan-kawan berjalan keliling tadika yg eceli ialah rumah korner lot. Mesti pusing2 kat tanah sebelah tu je...

Yaya ni sepanjang hidup dia tak pernah pakai tudung. Tapi ku ada gatal tangan belikan tudung dia tahun lepas tapi dia tak mau pakai. Alasan dia nak toncet rambut...

So, pagi tadi ironkan baju kurung n tudung tu, pastu elok je dia pakai sambil2 tunggu orang lain siap.

Nasib baik 2 hari lepas abah ada belikan keropok2 2-3 bungkus buat makan2 depan TV, bolehla bawak pergi majlis..

"Yaya, nanti bawak keropok2 ni ye. Beg sekolah dah kemas ke belum?"

Tahu Yaya jawab apa?

"Tak payah! Cikgu kata harini bukan masanya untuk belajar.."

Amboiiii.....

Thursday, March 4, 2010

Kesian Yaya...


Pagi tadi bangun tido ingat nak ironkan uniform tadika Yaya. Hari2 dok iron uniform tu.. dahla mama dia ni mmg tak suka mengiron, kalu boleh hari2 g kerja nak cari baju yang tak payah iron. Senang!

Alih2 kena iron uniform Yaya pulak.

Dahla uniform dia tu ada sepasang je, masa beli baju & bayar yuran sekolah sepatutnya Yaya dapat satu uniform dan sepasang baju sukan. Pakai uniform hari isnin, rabu & jumaat. Baju sukan pakai hari selasa & khamis.

Alih2 baju sukan belum ada, kunun masa tu cikgu kata bulan 2 baju dapat baju sukan.

Alih2 dah masuk bulan 3 Yaya masih tak dapat baju. Budak2 lain semua dah dapat. Alasan cikgu baju sukan saiz Yaya dah takde. Dah abis stok.

Dahtu, tak reti2 ke nak amik stok baru? Duit baju I dah bayar ye.

Uniform Yaya pulak sepasang tu je la. Sebab dia pakai 3 jam je setiap hari dari 8-11 pagi, maka takdela kotor mana pun.

Alih2 pagi tadi msa nak iron tenguk2 baju tu kotor kena cekelat.

Aisey... Mama terus masukkan baju tu dalam mesin basuh. Soh Yaya pakai baju biasa je g sekolah. Yaya takmo, dia kata nanti cikgu marah. Mama kata takpe, sebelum cikgu marah biar mama yang marah cikgu tu dulu sebab dia tak bagi2 lagi baju sukan Yaya.

Monyok je muka Yaya...

Kesiannnn... Yaya....

Monday, March 1, 2010

Nasi lemak sambal sotong


Dah makan tengahari ke belum? Harini ku masak nasi lemak sambal sotong kering. Tapi makan sensorang je sebab kat umah tinggal sensorang ajer.. Petang karang baru jumpa family.. Okeyla, dah lapar ni nak makan.. Jemput makan ye semua.. Bismillah....