Thursday, March 4, 2010

Kesian Yaya...


Pagi tadi bangun tido ingat nak ironkan uniform tadika Yaya. Hari2 dok iron uniform tu.. dahla mama dia ni mmg tak suka mengiron, kalu boleh hari2 g kerja nak cari baju yang tak payah iron. Senang!

Alih2 kena iron uniform Yaya pulak.

Dahla uniform dia tu ada sepasang je, masa beli baju & bayar yuran sekolah sepatutnya Yaya dapat satu uniform dan sepasang baju sukan. Pakai uniform hari isnin, rabu & jumaat. Baju sukan pakai hari selasa & khamis.

Alih2 baju sukan belum ada, kunun masa tu cikgu kata bulan 2 baju dapat baju sukan.

Alih2 dah masuk bulan 3 Yaya masih tak dapat baju. Budak2 lain semua dah dapat. Alasan cikgu baju sukan saiz Yaya dah takde. Dah abis stok.

Dahtu, tak reti2 ke nak amik stok baru? Duit baju I dah bayar ye.

Uniform Yaya pulak sepasang tu je la. Sebab dia pakai 3 jam je setiap hari dari 8-11 pagi, maka takdela kotor mana pun.

Alih2 pagi tadi msa nak iron tenguk2 baju tu kotor kena cekelat.

Aisey... Mama terus masukkan baju tu dalam mesin basuh. Soh Yaya pakai baju biasa je g sekolah. Yaya takmo, dia kata nanti cikgu marah. Mama kata takpe, sebelum cikgu marah biar mama yang marah cikgu tu dulu sebab dia tak bagi2 lagi baju sukan Yaya.

Monyok je muka Yaya...

Kesiannnn... Yaya....

6 comments:

zealvia said...

sepasang je ye...kalo aku pon hangen kan...tu nasib yaya jaga baju dia jgn kotor beno...kalo jenis hentam je tu kompem kena basuh ari2 mesti burok jadi kaler baju.

Ina Hashim said...

eh wawi...yaya dah masuk tadika eh?brp umo dia tahun ni?

cikwawi said...

nak belikan lagi sepasang boleh, tapi ku tgh hangin dgn cikgu dia tu. selagi tak dpt baju sukan tu jgn harapla aku nak belikan lagi sepasang.

cikwawi said...

yaya tahun ni 5 tahun..

Iyddin said...

Sabar je la. Iyddin pon tak dapat lai baju senam dia... Tapi baju lain ada 4 pasang. Hari-hari tukar. Macam belacan comotnya. Pakai dari kul 7.00 sampai 5.30.

cikwawi said...

kalu sehari suntuk pakai uniform haruss bau masam kan.. hahahahaha! sib baik la yaya ni boleh diharap jugak bab kebersihan baju. tunggu la haikal nanti, mesti cam iyddin jugak agaknya..