Wednesday, May 12, 2010
layout baru...
lebih mengancam?
touch-up sikit2 je...
kahkahkah!
sorila, posting merapuuu...
Friday, May 7, 2010
Camne la nak maju kalau berniaga camnii...
Petang tadi balik kerja hubby ajak singgah kedai Nasik Briyani Gam Batu Pahat kat Bandar Putra Permai tu lagi. Kita on ajer.. Ingat nak try nasik briyani udang galah dia pulak.
Sampai sana tetiba cam terkejut. Semua dah naik harga beb! Briyani ayam last week RM7.80, harini dah up jadi RM8.80. Briani kambing dari RM8.90 dah jadik RM9.90. Briani Rusa dah jadik RM18 hengget! Sebab cam ala2 terkejut terus tak teringat nak order udang galah. Order ayam je. Bila sampai, alahaiii.. ayamnya dah kecik.. Dalca dah cair, tak banyak isi... Rasa pun dah tak sedap cam haritu.. Adakah sebab makan sambil terkejut dan tak puas hati sebab tu rasanya tak sedap??
Acik banyak sedih ooo.. Camni ke orang berniaga? Kalau berniaga camni rasanya 2-3 bulan lagi gulung tikar kut. Tiba2 rasa cam JM Beriani tu lagi sedap. Dengan itu acik nak promote, takyah datang la kedai tu.. tak best.. dah tak sedapp..
Thursday, May 6, 2010
Yaya dah pandai baca!
"Alaa mama ni.. Ayna dah 5 tahun, kakak baru 4 tahun.. memangla tak pandai baca.."
"Manade.. tahun ni kakak 5 tahun la.. Tak kira, kakak pegi belajar baca cepat!"
"Okla... Okla.."
Suddenly...
" a = aaa, l.i = li, ALI..
m.a = maa, i.n = in, MAIN..
a = aa, p.i = pii, API..
ALI MAIN API
a = aa, w.a.n = wann, AWAN
u= uu, b.i = bii, UBI
d.u = duu, r.i = rii, DURI
u = uu, l.a.r = lar, ULAR"
Wah! tetiba ku dengar Yaya mengeja dan membaca!
Tak lama tu, tetiba plak,
"m.o.p = MOP! mop samadengan mop lantai!
c.u.p = CUP! cup samedengan cawan!
d.o.g = DOG! dog samadengan anjing
h.o.p = HOP! hop samadengan lompat!
c.a.t = CAT! cat samadengan kucing!
h.a.t = HAT! hat samadengan topi!...."
Wah! Dia belasah baca English plak! Takajut mama dia!
Bagus Yaya.. baguss....
Sebab Yaya ikut cakap mama belajar membaca mama buatkan dia kek cekelat malam tadi.. Hehehe..
ikan puyu.. oo.. ikan puyu..
Siapa pernah makan ikan puyu?
Wekend lepas balik kampung rumah MIL.
Dia gorengkan ikan puyu for dinner..
Dia beli sekilo RM14. Bley tahan kan harganya..
Rasanya? Ohh.. sangat sedapp ok ikan puyu nih. Rasanya cam 1st time je makan ikan nih. Lagi sedap dari ikan keli.. Sedapp sedappp.. Nak lagiii...
Ni boleh jadik stok ngidam ni.. hehehehehe
Wednesday, May 5, 2010
H1N1
I'm posting something on H1N1. Ramai yang dah tau, tapi masih ramai lagi yang tak tau. Siapa2 yang nak amik vaccination H1N1, sekarang ni dah available kat klinik2 yang terpilih. So pergila amik. FOC.
Pemberian Vaksin H1N1 - Kumpulan Sasar Berkeutamaan |
Kementerian Kesihatan telah mengenalpasti kumpulan tersebut untuk diberikan pelalian seperti berikut:
- Wanita hamil (18+ minggu kehamilan) dan mendapatkan penjagaan kehamilan di fasiliti kesihatan Kerajaan;
- Pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang dan menjalani dialisis di fasiliti dialisis Kerajaan;
- Pesakit yang menghidapi penyakit kronik dan mendapatkan rawatan susulan di fasiliti kesihatan Kerajaan;
- Individu dengan morbid obesity (iaitu BMI > 35 kg/m2) dan/atau menghidapi sebarang penyakit kronik dan mendapat rawatan di fasiliti kesihatan Kerajaan; dan
- Orang awam yang berkehendakkan dengan tujuan (pengembara).
Oleh kerana bekalan vaksin yang terhad, maka pemberian dilakukan mengikut pendekatan first come, first serve. Penilaian klinikal yang dijalankan oleh pegawai perubatan yang merawat akan diambil kira bagi menentukan kesesuaian seseorang individu bagi menerima vaksin.
Orang ramai yang dikategorikan sebagai kumpulan sasar berkeutamaan seperti di atas boleh mendapatkan perkhidmatan pelalian ini di beberapa fasiliti kesihatan kerajaan yang dikenalpasti. Pada masa ini sebanyak 104 fasiliti telah dikenalpasti untuk kumpulan sasar berkeutamaan mendapatkan pelalian ini.
Orang ramai yang layak mendapatkan pelalian ini dikehendaki membaca terlebih dahulu maklumat mengenai pelalian vaksin influenza A(H1N1) dan perlu memberikan keizinan bertulis dengan mengisi dan mengembalikan borang keizinan bertulis.
Senarai Fasiliti Kerajaan Terpilih Untuk Pelaksanaan Pemberian Vaksin H1N1 |
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
dipetik dari MOH website: http://h1n1.moh.gov.my/
Dear hubbyku...
So i give you a January baby..
Amacam?
Ada hepi??
hikhikhik..