Friday, December 21, 2012

Akak beger

Cerita semalam..

cikwawi: Dik.. bagi beger daging satu..

Adik beger 1 (AB1) : Daging je kak?

cikwawi: (terbayang AB1 bagi daging je sekeping).. Daging dengan roti beger la..

AB1: Daging dengan roti? Beger biasa ek kak?

cikwawi: (cam confuse sket) Haa.. Memangla beger biasa. Napa? Awak tak jual beger biasa ke?

Adik beger 2 (AB2): Takdela kot-kot la akak nak bubuh telur ke, apa ke..

cikwawi: Laa.. kalau saya nak bubuh telur saya orderla beger special.. kan???

AD1 cakap kat AD2: Ko tanya akak ni dulu dia ada bukak kedai beger ke? 


kehkehkeh!

Friday, November 9, 2012

Tahniah! Nur Alia memang hebat!

Tajuk tak agak2.. hihihi..

Assalam semua.. Semoga masih ada yg sudi menjeguk blog yg dah serupa rumah tinggal berhantu ni.. Terima kasih kepada yg sudi menjenguk..

Harini tak sabar2 nak blog pasal kejadian harini..  Entry ni ada gambar, tapi saya akan upload kemudian ye..

Beberapa hari lepas Yaya bawa surat jemputan untuk ibu bapa untuk menghadiri Hari Anugerah Cemerlang di sekolah dia yang berlangsung pagi tadi. Dia kata beliau dan 2 orang lagi rakan sekelas dapat hadiah.

Semalam dia ada rehersal. So dia balik lambat sikit dalam 20 minit. Masuk je dalam kereta dia bagitau.. "Mama! Yaya dapat hadiah 4 kali!" kata Yaya..

"Wow! Betul ke ni? Mama macam tak percaya ni?" hahahhaha!

So, pagi tadi kami semua tak sabar2 la nak pergi majlis. En Suami pulak buat hal sakit perut.. Seksa saya & Yaya tunggu dia. Akhirnya kami sampai ke sekolah dengan jayanya. Nasib baik pengawas tak ambil nama sebab lambat.

Bila register, ibu bapa diberi buku program. Saya pun bacalah.. Nak tenguk nama Nur Alia kat mana.. Sekalituuuuuu!!!!

1. Pelajar terbaik setiap kelas (1 Tabligh) - 3 nama termasuk Yaya
2. Mata pelajaran terbaik Matematik Tahun 1 - Yaya
3. Tempat pertama KAFA Tahun 1 - Yaya
4. Mata pelajaran terbaik  KAFA Tahun 1- Akhlak  - Yaya
5. Mata pelajaran terbaik  KAFA Tahun 1-Jawi - Yaya
6. Mata pelajaran terbaik KAFA Tahun 1 - Bahasa Arab - Yaya

 Haa kau! 6 beb! 6! Kalau anda semua dapat 6 hadiah rasa camna? Tak happy ke?

Mak bapak dia pun dah over happy nih tu yg tak sabar2 nak blog pasal tu! Hahhahaha! Syukurrr Alhamdulillah.. Macam tak percaya pun ada! Bila masa ntah budak ni belajar.. asik kena marah je pasal malas buat homework asiklaaa bertangguh-tangguh.. Kalau dia jenis belajar betul2 tak tau la camna.

Sorryla kalau ada yang terasa entry ni macam nak menunjuk2. Saya tak kisah! Saya selaku ibu kandung beliau terlalu gembira harini.

Tahniah Yaya. Semoga prestasi ini dapat terus dikekalkan if not better pada tahun2 akan datang. You still have a loooonggggg way to go dear.

We love you sooo much!

Monday, August 27, 2012

Kepada para pembaca sekalian...


Cikwawi sekeluarga ingin mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri 1433H.
Mohon ampun dan maaf sekiranya ada kesalahan yang kami lakukan secara sengaja atau tak sengaja.
Kepada sesiapa yang sudi jemputlah datang beraya ke rumah kami.
Semoga lebaran kali ini lebih bermakna untuk kita semua.

Wednesday, July 18, 2012

Keluarga Iskandar lah sangat..*


*apalah punya tajuk..

Assalamualaikum people. Hi, how are you? Long time no see.  Ada yg rindu ke? Sorry lama tak update. Bet you can guess the lame excuses already. Busy la, no idea la, lupa password la, hehehe.

Ye. Awal tahun haritu saya memang ditakdirkan busy giler. Sekarang pun busy gak.. tapi saya tengah boring ni. Bagila saya kesempatan untuk berbicara walaupun seketika.. hwahwahwa..

Malam semalam saya tenguk citer Keluarga Iskandar kat astro prima. (setiap selasa @ 10.00pm).

“Secara ringkas, Keluarga Iskandar mengisahkan anak serta cucu Iskandar yang terdiri daripada Abang Long yang bernama Aziz Iskandar (Hilal Azman) dan dia ada seorang anak, diikuti oleh Azman Iskandar (Sobri Anuar) yang berkahwin dengan Kamariah Abdullah @ Kay (Susan Lankester) dan Azura Iskandar (Anita Baharum) yang bersuamikan Kamal (Azhar Sulaiman).
Tiga lagi anak Mak Jah ialah Uda berada di luar negara, Azlan (Zain Ruffedge) yang beristerikan Nur (Kuni) dan si bongsu Adibah (Hiera Hassan).

Ia mengisahkan pergolakan dalam keluarga Iskandar dan apa yang dipaparkan dalam sitkom adalah perkara seharian yang berlaku dalam rumah tangga dan keluarga kita sendiri. Menunjukkan bagaimana Mak Jah yang sangat mengambil berat mengenai anak dan cucunya.”

Malam tadi dah episode 3. Sinopsis Ep 3:

 “Kay (Kak Ngah) dan Abang Ngah mendapat tahu bahawa anak kandung mereka Omar @ Om, telah diturunkan kelas walhal anak angkat mereka Salahuddin @ Sal amat cemerlang dalam mata pelajaran. Insiden ini membuat mereka mempersoalkan baka keturunan masing-masing.”

Saya sangat suka adegan Kay yg sangat frust bila Om kena turun kelas sebab dapat nombor tercorot dalam kelas. Om diturunkan ke kelas 5D dan kelas yg paling corot ialah 5E. Bila tu berlaku Kay amik inisiatif untuk menumpukan lebih perhatian kpd Om. Om tak boleh pergi bermain dengan Sal dan terpaksa mengulangkaji pelajaran di hadapan Kay. Cara Kay ajar Om tu sebijik macam cara saya ajar Yaya. Pastu cara si Om ni buat kerja pun sama cam Yaya. Bila Kay marah2 sebab Om lambat sangat buat kerja & beri jawapan yg salah saya rasa situasi tu sama je dgn kami.. KahKahKah! 

Pastu Kay terjumpa online IQ test. Dia paksa husband dia buat test tu sebab nak tau Om ni ikut baka siapa. Tapi husband dia asikla mengelak. Alasannya dia takmo Kay tak dpt terima hakikat IQ dia lagi tinggi. KahKahKah!

Si Om pulak belek2 iPad Kay jumpa IQ test tu terus buat. Keputusannya IQ Om 165. You Are A Genius! gitu.. 

I like this drama. Menyesal tak tenguk dari episode 1.

Friday, February 10, 2012

Sila baca dan komen jika sudi.


Harini kau muda, kau sihat, kau bekerja, kau kaya. Kau ada banyak duit. Kau boleh buat apa saja dengan duit kau. Selain dari belanja harian bayar itu ini, kau jugak bayar tax. Kau buat potongan EPF untuk simpanan hari tua. Kau buat potongan SOCSO untuk jaminan sekiranya berlaku kemalangan di tempat kerja. Kau beli insuran kesihatan supaya kau terjamin sekiranya kau sakit tertentu kau boleh claim dari syarikat insuran tu. Lepas tu kau boleh pergi mana-mana klinik atau hospital swasta sebab kau mampu. Kau ada banyak duit kan. Lepas tu ada lagi kau menyimpan duit dalam bank, dalam tabung amanah, bawah katil, bawah tilam, dalam almari.. huhuhuhuuu.. tak abes makan beb betapa kaya-rayanya kau.

Kau rasa kau akan kaya selama-lamanya ke? Kau rasa kau akan muda selama-lamanya ke? Kau rasa kau akan sihat selama-lamanya ke? 

Siapa yang boleh jamin tu semua?

Katakanlah satu hari nanti kau jadi tua. Kau dah tak larat kerja. Kau pun pencen.  Lepas tu kau dapat sakit kronik.. Bukan demam selesema lah kan.. Kau sakit buah pinggang lah katakan.. Kau kena rawatan berpanjangan. Kau kena buat haemodialysis 3 kali seminggu sepanjang hayat. Agak-agak kau hidup berapa tahun lagi masa tu? Sepuluh tahun? Okey, selama sepuluh tahun kau akan menjalani heamodialysis 3 kali seminggu. Berapa kos yang kau perlukan? Ubat-ubatan lagi. Kau rasa duit yang kau simpan cukup tak untuk tampung kos tu? 

Apa? Kau ada Insuran kesihatan? Kau rasa-rasalah, insuran kesihatan sekarang ni akan cover ke kos rawatan penyakit yang kau dah sedia ada ni? Diorang pun cari makan juga beb. Nak untung juga. Penyakit-penyakit macam ni selalunya diorang tak cover. Dahla kau orang tua yang tidak lagi bekerja kan.. Harapkan duit pencen dengan duit EPF je, tak sampai hati syarikat insuran ni nak jadikan kau client dia.
Jadi, macam mana?

Anak-anak? Okeyla.. anak-anak boleh bantu sponsor kos rawatan kau. Kau boleh jamin ke? Kalau anak-anak kau belum bekerja lagi kau dah jatuh sakit macam mana pulak? Siapa lagi yang boleh bantu kau? Sanak saudara? Sahabat handai? Rakyat Malaysia?

Apa susah-susah.. Hospital kerajaan kan ada.. Semua rawatan free kan.. tak payah bayar?

Siapa kata? Kalau semua rawatan free, kenapa kau masih baca berita orang mintak derma untuk tampung kos pembedahan jantung lah, buat kaki palsu lah, rawatan itu lah, rawatan ini lah. Kenapa??? Sebabnya bukan semua rawatan kat klinik atau hospital kerajaan itu free beb.. 

So, sekarang adakah kau cukup puas hati dengan kekayaan kau sekarang boleh menjamin kesenangan kau di kemudian hari? Kau dah cukup yakin satu hari nanti kau takkan jatuh miskin? Jatuh bankrupt? Jatuh sakit?


Kau cukup yakin kau mampu meramal pada usia berapakah kau akan jatuh sakit, apakah jenis penyakit, apakah jenis rawatan, berapa lama tempoh rawatan dan berapa banyak kos rawatan supaya kau boleh menyimpan secukupnya?

Kau cukup yakin kau boleh meramal bilakah tarikh, waktu, tempat dan keadaan kau akan ditimpa kemalangan?

kau cukup yakin anak-anak kau, saudara-mara, sahabat-handai kau sudi membantu kau bila kau ditimpa kesusahan?

So how? 


Thursday, January 19, 2012

World Mathematics

ROMANCE MATHEMATICS

 Smart man + smart woman = romance

 Smart man + dumb woman = affair

 Dumb man + smart woman = marriage

 Dumb man + dumb woman = UNWANTED pregnancy (I tambah)
 _____________________________


 OFFICE ARITHMETIC

 Smart boss + smart employee = profit

 Smart boss + dumb employee = production

 Dumb boss + smart employee = promotion

 Dumb boss + dumb employee = overtime
 _____________________________

 SHOPPING MATH

 A man will pay $20 for a $10 item he needs.

 A woman will pay $10 for a $20 item that she doesn't need.
 ____________________________

 GENERAL EQUATIONS & STATISTICS

 A woman worries about the future until she gets a husband.

 A man never worries about the future until he gets a wife.

 A successful man is one who makes more money than his wife can spend.

 A successful woman is one who can find such a man.
 _____________________________

 HAPPINESS

 To be happy with a man, you must understand him a lot and love him a little

 To be happy with a woman, you must love her a lot and not try to understand her at all.
 ______________________________

 LONGEVITY

 Married men live longer than single men do, but married men are a lot more willing to die.


 ______________________________

 PROPENSITY TO CHANGE

 A woman marries a man expecting he will change, but he doesn't.

 A man marries a woman expecting that she won't change, and she does.
 _____________________________

 DISCUSSION TECHNIQUE

 A woman has the last word in any argument.

 Anything a man says after that is the beginning of a new argument.
 ____________________________

 HOW TO STOP PEOPLE FROM BUGGING YOU ABOUT GETTING MARRIED

 Old aunts used to come up to me at weddings, poking me in the ribs and cackling, telling me, "You're next." They stopped after I started doing the same thing to them at funerals.


 SEND THIS TO A SMART WOMAN WHO NEEDS A LAUGH AND TO THE SMART GUYS YOU KNOW CAN HANDLE IT.

Friday, January 13, 2012

2012

Assalamualaikumm... Selamat tahun baruuu!

Hihihihiii...

Dah setengah bulan Januari baru nak terhegeh-hengeh mengucapkan selamat tahun baru konon.. Takpe la kan.. bak kata orang Jawa urban, better late than never gituu... 

Acik mintak maf kepada peminat-peminat, pembaca-pembaca blog acik yang vogue yang membaca samada secara senyap ataupun bising kerana ditakdirkan acik dah lama tak update blog ni. Jangan rasa sedih ataupun kecewa kerana semua ni berlaku kerana qada’ dan qadar Allah swt yang tidak memberikan hamba-Nya ini kesempatan, idea serta kerajinan untuk mengupdate. Maka kita harus redha dengan ketentuan-Nya.. Ingat.. Redha itu ikhlas.. pasrah itu menyerah... 

Maka apabila dikurniakan kesempatan serta idea, acik dengan tidak bertangguh2 teruslah menuliskan entry terkini di tahun baru 2012 ini.. 

Kita mulakan dengan update tentang anak-anak acik yg still maintain 3 orang buat masa ni... 

Yaya:

Yaya dah masuk sekolah darjah satu you! Macam tak percaya je anak acik dah sekolah sebab acik rasa macam acik ni masih muda belia belasan tahun lagi... ahahhahaa... perasaan betulla! Yaya sekolah dekat Putrajaya precint 11(3) sebab sepatutnya dekat dengan rumah.. tapi sekalitu perbadanan putrajaya pergi tutup jalan yang mendekatkan rumah acik dengan sekolah tu atas sebab2 yang acik rasa tak munasabah (ko dah buat jalan pastu ko tutup nak buat hapa?) maka kami terpaksa lalu jalan jauh menyebabkan jangkasama yang diambil untuk menghantar Yaya ke sekolah ialah lebih kurang 15 minit kalau tak jem. Mula2 Yaya kat sekolah tu dia tak kenal sesiapa dan dia telah menangis sewaktu rehat di hari orientasi sekolah kerana mak bapaknya tidak kelihatan di kantin sekolah.. Hihihihiiii... Kesiannnn anak mama..

Tapi sekarang ni Yaya dah okeyyy.. Dah tak takut pergi sekolah mak bapaknya hantar sampai depan pagar sekolah je.. Dah pandai guna duit belanja sekolah beli air solivite. Beli nasi lemak dengan mee goreng belum pandai lagi. Hari2 bawak bekal roti sosej okey. 

Tengahari, ada member akan amik Yaya untuk transit di rumah dia beserta anak dia dan beberapa orang budak lagi. So far Yaya happy dok kat rumah member tu sebab ramai kawan dan makan pun sedap. Sampai bertambah-tambah Yaya makan seperti yang diceritakan oleh member itu.. ahahahhaha.. malu mama.. Bulan depan kena sediakan beras seguni kat rumah member tu kot2 beras dia cepat habis...

 Haikal:

Haikal pun dah masuk nursery baru.. Hehehhe.. Aceli nursery berpindah tempat sebab pengurusan dia beli rumah nursery orang lain. Nursery baru tu dah ada banyak permainan budak2 so suka la Haikal ni walaupun sekarang dia tinggal berdua dengan adik dia je.. Tapi dalam suka-suka tu ada jugak dukanya.. Haikal dah nak masuk 4 tahun. Tapi dia ada masalah nak pergi tandas sebab dia takut lipasss T__T. Maka agak sukar untuk diaperless kan dia.. Tapi kami cuba sedaya upaya. Adakalanya bila diaperless masih ada kejadian pee inside the trousers berlaku. Agaknya penjaga-penjaga kat nursery haritu agak bizi maka bila berlaku kejadian tu Haikal telah dicubit di perut dan peha dan telah meninggalkan kesan lebam yang agak besar. Acik menangis okey tenguk lebam tu.. T____T.. kesian anak mama...

Haikal sangat terer main game kat henpon. Angry bird? cut the rope? fruit ninja? game racing? You name it he can do it. Akibatnya dia asik berebut henpon dengan abah dia, Yaya dan mama, tapi dia selalu dapat sebab dia kan gunakan aura amukan tahap tujuh belas yang tak mampu kami lawan...

Ada:

Ada dah mencecah setahun pada 7 Januari 2012 haritu but no cake and no celebration.  Bukan takmo celebrate tapi kami letih.. Macam-macam perkara besar yang berlaku pada minggu tersebut maka kami rasa tidur itu satu nikmat yang tak patut dilepaskan.. hehehehhe.. Takdela.. Ada share cake dia dengan Abah dia pada 2 Januari sebelum tu.. So mama dia diet, mana boleh makan kek banyak-banyak kannn... Ada belum pandai jalan. Gigi pun baru nak tumbuh 2 atas 1 bawah. Kuat makan macam abah dia. Semua pun dia nak. Masa makan kek besdey tu 3 slice dia makan sorang! Anak sappaaaa la tu! Dia dah tak breast feed.  Dia suka merajuk dan tak suka orang rebut barang yang dia pegang nati dia marah ooo. Super duper manja dengan mama dia, nak tidur mesti gomol-gomol mama dia sampai air liur dia penuh satu muka mama dia. Kalau dia tidur dengan abah takde la pulak aksi gomol-gomol ni.. Tiba-tiba teringat dia belum ambil jab untuk setahun nanti nak ingatkan abah dia.
 Okeyla.. panjang sangat dah ni.. Update mak bapaknya lain kali lah pulak ye..