Harini kau muda, kau sihat, kau bekerja, kau kaya. Kau ada banyak duit. Kau boleh buat apa saja dengan duit kau. Selain dari belanja harian bayar itu ini, kau jugak bayar tax. Kau buat potongan EPF untuk simpanan hari tua. Kau buat potongan SOCSO untuk jaminan sekiranya berlaku kemalangan di tempat kerja. Kau beli insuran kesihatan supaya kau terjamin sekiranya kau sakit tertentu kau boleh claim dari syarikat insuran tu. Lepas tu kau boleh pergi mana-mana klinik atau hospital swasta sebab kau mampu. Kau ada banyak duit kan. Lepas tu ada lagi kau menyimpan duit dalam bank, dalam tabung amanah, bawah katil, bawah tilam, dalam almari.. huhuhuhuuu.. tak abes makan beb betapa kaya-rayanya kau.
Kau rasa kau akan kaya selama-lamanya ke? Kau rasa kau akan muda selama-lamanya ke? Kau rasa kau akan sihat selama-lamanya ke?
Siapa yang boleh jamin tu semua?
Katakanlah satu hari nanti kau jadi tua. Kau dah tak larat kerja. Kau pun pencen. Lepas tu kau dapat sakit kronik.. Bukan demam selesema lah kan.. Kau sakit buah pinggang lah katakan.. Kau kena rawatan berpanjangan. Kau kena buat haemodialysis 3 kali seminggu sepanjang hayat. Agak-agak kau hidup berapa tahun lagi masa tu? Sepuluh tahun? Okey, selama sepuluh tahun kau akan menjalani heamodialysis 3 kali seminggu. Berapa kos yang kau perlukan? Ubat-ubatan lagi. Kau rasa duit yang kau simpan cukup tak untuk tampung kos tu?
Apa? Kau ada Insuran kesihatan? Kau rasa-rasalah, insuran kesihatan sekarang ni akan cover ke kos rawatan penyakit yang kau dah sedia ada ni? Diorang pun cari makan juga beb. Nak untung juga. Penyakit-penyakit macam ni selalunya diorang tak cover. Dahla kau orang tua yang tidak lagi bekerja kan.. Harapkan duit pencen dengan duit EPF je, tak sampai hati syarikat insuran ni nak jadikan kau client dia.
Jadi, macam mana?
Anak-anak? Okeyla.. anak-anak boleh bantu sponsor kos rawatan kau. Kau boleh jamin ke? Kalau anak-anak kau belum bekerja lagi kau dah jatuh sakit macam mana pulak? Siapa lagi yang boleh bantu kau? Sanak saudara? Sahabat handai? Rakyat Malaysia?
Apa susah-susah.. Hospital kerajaan kan ada.. Semua rawatan free kan.. tak payah bayar?
Siapa kata? Kalau semua rawatan free, kenapa kau masih baca berita orang mintak derma untuk tampung kos pembedahan jantung lah, buat kaki palsu lah, rawatan itu lah, rawatan ini lah. Kenapa??? Sebabnya bukan semua rawatan kat klinik atau hospital kerajaan itu free beb..
So, sekarang adakah kau cukup puas hati dengan kekayaan kau sekarang boleh menjamin kesenangan kau di kemudian hari? Kau dah cukup yakin satu hari nanti kau takkan jatuh miskin? Jatuh bankrupt? Jatuh sakit?
Kau cukup yakin kau mampu meramal pada usia berapakah kau akan jatuh sakit, apakah jenis penyakit, apakah jenis rawatan, berapa lama tempoh rawatan dan berapa banyak kos rawatan supaya kau boleh menyimpan secukupnya?
Kau cukup yakin kau boleh meramal bilakah tarikh, waktu, tempat dan keadaan kau akan ditimpa kemalangan?
kau cukup yakin anak-anak kau, saudara-mara, sahabat-handai kau sudi membantu kau bila kau ditimpa kesusahan?
So how?
3 comments:
errr wawi...tak berapa reti nak respon la
sama cam kak ina ...
jadik 'errrrkkkkkk'
okey.. tak tau response sekarang takpe.. nanti part two akan muncul..
TQ for reading
and
have a nice weekend! :-)
Post a Comment