Assalamualaikum..
Entry di hujung tahun.. harini last day kerja tahun 2013. But today's ending is not a good one. Belum apa2 dah macam2 hal yang membuatkan kita stress.. Lalu terasa macam nak mengadu kat blog.. Kesian kau blog.. Bila perlu sibuk orang nak mengadu.. bila tak perlu jenguk pun tidak... Inilah nasib sebuah blog...
Saya banyak kerja.. Awak pun banyak kerja.. Saya tau.. Tapi awak bos saya.. Jadi bila awak passover kerja awak yg saya tak berapa tahu hujung pangkal, saya try settlekan. Bila awak passover kerja awak, kerja saya saya tak tau nak pass kat sapa. So saya tolak tepi jap. Saya minta maaf kalau kerja saya tak menepati kehendak awak.. Di saat2 semua orang takde kat opis, macam2 hal boleh jadi. Kadang2 kita terlepas pandang.. Saya minta maaf sekali lagi.
Moral of the story, len kali kalau nak passover, pass la dekat orang yg mmg buat kerja tu. Identify that one person yang mmg tahu apa awak buat dari A sampai Z supaya dia tau what to do next.
Another moral of the story, dah tau time2 gini awak banyak kerja, janganla pegi kursus ramai2 tinggalkan 2 kerat org je kat opis hoi! stresss hoiii!
Takpe, next week saya cuti sampai new year. Saya nak tenangkan pikiran. Nak settlekan persiapan budak2 nak naik sekolah satu hapa pon tak beli lagi nih..
Bonus masuk berapa haribulan ek?
Selamat tinggal 2013..
Selamat datang 2014..
anak masih maintain 3....
Friday, December 27, 2013
Friday, January 18, 2013
Ketua dan ketiga
Mama tanya Adi Haikal "Adi, siapa jadi ketua darjah? (preschool)"
Adi Haikal jawab macam ni.. "Daniel la. Asik Daniell..Danielll.. Daniellll!" muka tak puas hati.
Mama pun rasa bersalah sebab mama yg sibuk2 tanya kan..
"Takpelah.. Biarla Daniel jadi ketua darjah. So, Adi jadi apa?"
"Adi jadi ketiga jee.."
kwangkwangkwang...
Thursday, January 17, 2013
Tuesday, January 15, 2013
Ali Baba Bujang Lapok..
Malam tadi layan cerita Ali Baba Bujang Lapok buat kesekian kalinya.
Ada satu scene P.Ramlee pakai baju koboi cakap kat sorang perempuan ni..
"Demi Allah, kanda tak tipu!" - lebih kurang macam tu la dialognya.
Terus si Adi Haikal cakap "Mama, tadi kan kat sekolah Cikgu Rahimah cakap kita tak boleh nampak Awwah. Awwah tu besar tapi kita tak boleh nampak Awwah. Alif Lam Lam Ha AWWAH!" (maafkan dia, dia pelat)
Terus si Syuhada pulak sambut "AWWAH! AWWAH!" (maafkan dia, dia pelat juga)
Si Mama angguk-angguk setuju.
Terus si Adi haikal pegi depan tv dan tunjuk P.Ramlee sambil cakap "Mama! Ni lah Awwah!"
sambil si Syuhada cakap "AWWAH! AWWAH!"
Terusla lah si Mama melompat sambil berkata " Oh tidak anakku! Itu bukan Allah! Itu ketua penyamunnnn!!"
Adi Haikal insist "Iye! Nilah Awwah. Tadi dia cakap!"
"Bukan! Tu ketua penyamunn! Sudah. Pergi tukar cerita kartun.."
T_____T
Subscribe to:
Posts (Atom)