Tuesday, January 15, 2013

Ali Baba Bujang Lapok..


Malam tadi layan cerita Ali Baba Bujang Lapok buat kesekian kalinya.

Ada satu scene P.Ramlee pakai baju koboi cakap kat sorang perempuan ni..

"Demi Allah, kanda tak tipu!"  - lebih kurang macam tu la dialognya.

Terus si Adi Haikal cakap "Mama, tadi kan kat sekolah Cikgu Rahimah cakap kita tak boleh nampak Awwah. Awwah tu besar tapi kita tak boleh nampak Awwah. Alif Lam Lam Ha AWWAH!" (maafkan dia, dia pelat)

Terus si Syuhada pulak sambut "AWWAH! AWWAH!" (maafkan dia, dia pelat juga)

Si Mama angguk-angguk setuju.

Terus si Adi haikal pegi depan tv dan tunjuk P.Ramlee sambil cakap "Mama! Ni lah Awwah!"

sambil si Syuhada cakap "AWWAH! AWWAH!"

Terusla lah si Mama melompat sambil berkata " Oh tidak anakku! Itu bukan Allah! Itu ketua penyamunnnn!!"

Adi Haikal insist "Iye! Nilah Awwah. Tadi dia cakap!"

"Bukan! Tu ketua penyamunn! Sudah. Pergi tukar cerita kartun.."


T_____T