Thursday, March 25, 2010

Layannn...


Ketika cinta bertasbih


Bertuturlah cinta mengucap satu nama

Seindah goresan sabda-Mu dalam kitabku

Cinta yang bertasbih mengutus hati ini

Ku sandarkan hidup dan matiku pada-Mu


Bisikkan doaku dalam butiran tasbih

Ku panjatkan pintaku pada Mu maha cinta

Sudah diubun-ubun cinta mengusik rasa

Tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit


Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu

Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta

Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang

Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta


Ketika cinta bertasbih....





Cerita pelik minggu ini!

Yaya, 5 months old

"Laparla... jom kita g makan nasik nak?"

"Joommmm!!!"

"Kakak nak makan nasik lauk apa?"

"Kakak nak makan nasik lauk kicap.. dengan ikan tembakul"


Kahkahkah!

Belalang... oooo belalang punya pasal la ni....

Orang ni Tensi tau!

Orang ni:
Bangun pagi, iron baju kerja n baju Yaya, mandi manda, siap2, kejut Yaya soh mandi, kemas2 beg sekolah, kemas2 beg nursery, buatkan susu Haikal, kadang2 Haikal bangun nak mandi, kena la mandikan, kadang2 Haikal pergi nursery tak mandi, kadang2 Haikal berak kena la cebukkan, buat air kopi, minum kopi, kemas2 tempat tidur budak2, tunggu orang tu siap. Bila orang tu dah siap bukak pagar, tunggu orang tu kuarkan keta, pastu tutup pagar, orang tu drivekan g nursery, sampai nursery orang ni angkut budak n beg2 kuar hantar nursery. orang tu drive sampai opis, turun masuk opis, kerja, kerja kerja, kul 6 lebih orang tu amik kat opis, sampai nursery budak, orang ni turun, angkut budak, beg2, pergi makan ke, jalan2 ke, sampai umah badan dah penat, tak larat nak kemas, kadang2 basuh baju pakai mesin, kadang2 basuh pinggan cawan, kadang2 tidor ajer, tapi yg pasti kadang2 nak layan budak2 pon tak larat dah sebenarnya.

Orang tu pulak:
Bangun pagi, mandi, pakai baju dah siap iron kat dobi, pakai setokin, sikat rambut, angkat beg masuk keta, start enjin, tekan minyak, pulas stering, tekan brek, , tekan minyak, pulas stering, tekan break, hantar anak ke nursery, tekan minyak, pulas stering,tekan break, hantar orang ni g opis, tekan minyak, pulas stering,tekan break sampai opis, kerja, kerja kerja, tekan minyak, pulas stering,tekan break, amik orang ni kat opis, tekan minyak, pulas stering,tekan break, amik anak2 kat nursery, tekan minyak, pulas stering,tekan break sampai umah, kadang layan anak2, selalunya tidooooo, kul 10 mlm kuar jumpa kawan2 minum teh tenguk bola sampai pagi, bila pagi orang tu tak larat nak bangun awal..


sekian, luahan perasaan orang ni untuk hari ini.....

Tuesday, March 23, 2010

Peribahasa.....

Peribahasa jawa ada menyatakan...

"Empty vessel make the most noise...."

Kalau melayu kuno, mereka suka mengatakan begini pula...

"Diam-diam ubi, berisi..."

Tapi melayu moden kata camni pulak...

"Diam-diam ubi, busukk..."

Acik orang jawa... So acik amik guna pakai hok peribahasa jawa atas tu la...

Papepon.. ini luahan perasaan harini..

So, renung-renungkan... dan selamat beramal!

Friday, March 5, 2010

Maulidurrasul Tadika Yaya...


Petang semalam lepas balik sekolah Yaya bagitau..

"Mama, nanti esok cikgu suruh pakai baju kurung, pakai tudung, bawak kek, biskut, keropok, coklat, gula-gula dengan kuih. Siapa tak pakai baju kurung, tak pakai tudung, nanti cikgu tak kasik ikut."

"Amboi! Cikgu nak buat apa esok?"

"Entah.."

So, selongkar2 beg sekolah Yaya jumpa la memo
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN HARIJADI BULAN JANUARI, FEBRUARI DAN MAC

antara2 kandungan memo,
"... murid-murid dikehendaki berpakaian baju kurung dan bertudung bagi perempuan manakala lelaki dikehendaki memakai baju melayu, bersamping dan bersongkok. Murid-murid akan berarak mengelilingi tadika......"

Ku cuba imagine Yaya & kawan-kawan berjalan keliling tadika yg eceli ialah rumah korner lot. Mesti pusing2 kat tanah sebelah tu je...

Yaya ni sepanjang hidup dia tak pernah pakai tudung. Tapi ku ada gatal tangan belikan tudung dia tahun lepas tapi dia tak mau pakai. Alasan dia nak toncet rambut...

So, pagi tadi ironkan baju kurung n tudung tu, pastu elok je dia pakai sambil2 tunggu orang lain siap.

Nasib baik 2 hari lepas abah ada belikan keropok2 2-3 bungkus buat makan2 depan TV, bolehla bawak pergi majlis..

"Yaya, nanti bawak keropok2 ni ye. Beg sekolah dah kemas ke belum?"

Tahu Yaya jawab apa?

"Tak payah! Cikgu kata harini bukan masanya untuk belajar.."

Amboiiii.....

Thursday, March 4, 2010

Kesian Yaya...


Pagi tadi bangun tido ingat nak ironkan uniform tadika Yaya. Hari2 dok iron uniform tu.. dahla mama dia ni mmg tak suka mengiron, kalu boleh hari2 g kerja nak cari baju yang tak payah iron. Senang!

Alih2 kena iron uniform Yaya pulak.

Dahla uniform dia tu ada sepasang je, masa beli baju & bayar yuran sekolah sepatutnya Yaya dapat satu uniform dan sepasang baju sukan. Pakai uniform hari isnin, rabu & jumaat. Baju sukan pakai hari selasa & khamis.

Alih2 baju sukan belum ada, kunun masa tu cikgu kata bulan 2 baju dapat baju sukan.

Alih2 dah masuk bulan 3 Yaya masih tak dapat baju. Budak2 lain semua dah dapat. Alasan cikgu baju sukan saiz Yaya dah takde. Dah abis stok.

Dahtu, tak reti2 ke nak amik stok baru? Duit baju I dah bayar ye.

Uniform Yaya pulak sepasang tu je la. Sebab dia pakai 3 jam je setiap hari dari 8-11 pagi, maka takdela kotor mana pun.

Alih2 pagi tadi msa nak iron tenguk2 baju tu kotor kena cekelat.

Aisey... Mama terus masukkan baju tu dalam mesin basuh. Soh Yaya pakai baju biasa je g sekolah. Yaya takmo, dia kata nanti cikgu marah. Mama kata takpe, sebelum cikgu marah biar mama yang marah cikgu tu dulu sebab dia tak bagi2 lagi baju sukan Yaya.

Monyok je muka Yaya...

Kesiannnn... Yaya....

Monday, March 1, 2010

Nasi lemak sambal sotong


Dah makan tengahari ke belum? Harini ku masak nasi lemak sambal sotong kering. Tapi makan sensorang je sebab kat umah tinggal sensorang ajer.. Petang karang baru jumpa family.. Okeyla, dah lapar ni nak makan.. Jemput makan ye semua.. Bismillah....

Sunday, February 28, 2010

Sedappp...

Buat yang dah lama tak nenguk gambar anak2ku, inilah diorg latest ku amik gambar petang tadi selepas hujan di depan pintu rumah. Yaya tolong sikatkan ranbut Haikal sambil buatkan remos. "Rambut kacak" katanya...

Sempena El-Nino yang sedang melanda, ku buat teh tiga lapis ni sejajar dengan tuntutan anak tekak yang mahukan sesuatu yang sangat lazat, dingin dan menyegarkan... Cubalah!



Ini pula mee goreng basah special made by suami yang sangat rajin goreng mee itu..


Thursday, February 25, 2010

El-Nino...

Kat rumah panas. Berlengas je rasa. Terpaksa pakai seksi2. Muahahaa.. Kadang2 tido pun berkemban je. Panas weii... Kalau dah tengahari menuju ke petang sampai ke malam lagila membahang.. Alih2 petang hujan plak! Tapi masih tak rasa sejuk.

Bila abang nak beli aircond ye?

Wednesday, February 24, 2010

Halal dan Haram Perfume yang kita guna seharian


img en. google...


Saya baru diberitahu tentang perkara ini melalui e-mail. Harap semua dapat baca peringatan ini...

Perfume Barat -

From: Musalmah Ali
Assalamualaikum, Saya ingin memperkukuhkan maklumat yang sahih tentang persoalan perfume yang saya sendiri selidiki secara kebetulan. Semasa saya mengikuti pengajian di Kalamazoo , U.S. saya terbaca dalam satu encyclopedia yang mengandungi maklumat tentang perfume dan proses pembuatannya. Alangkah terperanjatnya saya apabila mengetahui bahawa balang besar yang digunakan untuk memerapkan minyak disaluti dengan lard (lemak babi) bagi tujuan memastikan seperti yang dinyatakan dalam mel-e yang terdahulu.

Saya terus mencari maklumat tentang perfume dalam hampir all the encyclopedias that I could get hold of at the Waldo Library in Kalamazoo.
Kesemua encyclopedia yang telah saya baca memberi maklumat yang sama. Semenjak itu saya tidak pernah membeli perfume dari barat. Setiap kali saya ke tanah suci saya membeli berbotol-botol minyak wangi seribu bunga. Saya juga pesan keluarga atau rakan yan! g ke tanah suci untuk membelikannya.

Sehubungan dengan perkara perfume, para penceramah ada menyentuh soal pemakaian minyak wangi dan lazimnya isu yang ditimbulkan adalah soal haram/halal memakainya. Sedikitpun tidak disentuh tentang halal/haram minyak wangi itu sendiri. Di satu ceramah yang saya hadiri semasa di PTSL, walaupun penceramah yang hadir seorang yang terkenal, saya beranikan diri untuk mendedahkan bahawa persoalan tentang perfume yang lebih serius adalah soal kesucian bahan itu sendiri.
Penceramah tersebut terkejut tetapi beliau turut setuju dengan bukti yang telah diberi dan menyeru semua yang hadir supaya elakkan daripada memakai minyak buatan barat.

Satu perkara lagi tentang perfume. Jangan pakai perfume sehingga apabila dibau oleh lelaki selain muhrim kita, ia ibarat.....


Waallahu'alam.


Juhana At 09:22 AM 11/14/02 +0800, syahanim wrote:


Setakat mana kebenarannya... wallahhualam.. Hampir setahun yg lalu, apabila saya mendapat! maklumat ini saya merasakan ujian Allah yang datang pd saya umpama batu besar yg perlu dipikul sehinggalah sampai ke destinasi yang saya sendiri tak tahu. Pendek kata jika maklumat ini tidak disampaikan, selama itulah bebanan ke atas diri saya memikul' batu besar' itu akan terus menerus saya pikul.

Saya manusia yg begitu lemah iman, tidak mampu menegah dgn perbuatan serta pertuturan. Hanya doa yg termampu dilakukan. Namun saya masih tak gembira dgn sikap saya krn tidak berusaha bersungguh mencegahnya.
Maka, saya rasa sekarang Allah berikan saya lorong pertuturan mengajak rakan-rakan yang dirahmati Allah meninggalkan sesuatu yg selama ini kita jahil mengenainya...

Ceritanya begini...

Sewaktu mengikuti rombongan Puspanita ke Indonesia bersama kumpulan isteri-isteri orang kenamaan termasuklah Puan Seri dan beberapa orang Datin, kami transit di Singapura dlm perjln balik, sewaktu di duty free shop sambil berjalan bersama seorang Datin, kami melalui kedai perfume. Ramai ahli-ahli biasa Puspanita dan lain-lain Datin serta Puan Seri singgah dan mencuba berbagai jenis perfume yg ada. Memang agak lumrah perkara ini berlaku dan ia bukan setakat di kalangan wanita malahan kaum lelaki juga.

Tiba-tiba seorang Datin bersuara kpd kumpulan 'pembel! i' perfume ini... "dengar ni nak cerita" katanya.
"Dulu saya suka pakai minyak-minyak wangi begini dan buat koleksi hampir semua jenis jenama perfume buatan luar negara. Satu hari saya ikut Datuk melawat Europe dan kami dibawa ke kilang membuat minyak wangi. Dalam kilang yang begitu besar itu, bermacam-macam jenama minyak wangi dipersembahkan kpd rombongan kami dgn harga kilang yg jauh lebih murah berbanding dgn harga di pasaran.

Sampai pd satu peringkat pembuatan, kami melalui kawasan di mana terdapat tangki-tangki besar berisi bendalir putih yg dicampurkan ke hasil akhir iaitu minyak wangi tadi. Saya pun tanyalah pekerja kilang itu apa bendalir putih tu dan untuk apa kegunaannya?" Jawapnya.. "Oooh! That's lard, and it helps the smell stays longer". Datin itu bertanya lagi dalam nada terkejut dan wajah selamba, "you mean you add lard in all types of perfume?" "Oh yes! Or else the odour will not last."

Cukup setakat itu cerita saya ! kpd sahabat sekelian. Dipendekkan cerita, Saya menyeru kpd rakan2 Muslim sekelian, bhw semua jenama pewangi import ada mengandungi minyak babi. Marilah kita semua berhenti dari menggunakan barangan tersebut.
Ramai rakan-rakan kita yg mengunjungi tanah suci Makkah dan Madinah dan di sana banyak terdapat minyak wangi yg tak dicampurkan dgn bahan dari babi. Di negara Egypt yg merupakan negara pengeluar minyak wangi terbesar dari kalangan negara-negara Islam, bermacam2 perfume boleh didapati dan barang tersebut juga boleh diperolehi di Malaysia . Kita hanya perlu bertanya negara asal pembuat perfume itu.

Ujian Allah ada kalanya begitu ringan dan mudah.... berhentilah menggunakan minyak wangi jenama Barat... itu sahaja. Namun ia memerlukan kekuatan iman yg jati utk mengubah diri kita ke arah keredhaan Allah.Selama ni kita ingat pada minyak yang beralkohol sja yang haram...jangan le kerana nak berbangga dengan jenama barat kita simpan kat rumah buat hiasan ..... sedangkan mengandungi benda2 haram .....macam simpan arak atau anjing dalam rumah le agaknya tanya ..le pada ustaz2.....apa hukumnya...


Wallahu'alam.




Friday, February 12, 2010

saya nak yang ini!

Dear abang..

Can I have this for my birthday (in advance)?

nokia N97 in white (img frm google)


or...
this one...


nokia 5230 in white & blue (img frm google olso lorr...)



Wednesday, February 10, 2010

Apa bendelah lagi mama korang ni.. asik membeliii ajer...

gambar ihsan pakcik google


Tadi belikan anak2 Jus Kurma E-Genius brand Riena.
saja nak test, cam best je kan
lagipun my anak2 suka makan menda2 segala ubat mak nenek ni.. tak demam pun mintak makan ubat demam sambil pura2 demam.. apakah sedap sangat makan ubat itu?

So antara kebaikan jus kurma di atas nun ialah:
1. Masalah berkaitan pernafasan iaitu Asma (Lelah)
2. Kerap demam disebabkan pembekakan tonsil (tongsilitis)
3. Masalah tekanan darah tinggi
4. Masalah kencing manis (diabetes)
5. Masalah keletihan yg berpanjangan
6. Stress
7. Anak yg sukar bersarapan pagi
8. Anak yg agak slow (lembab) dlm pelajaran
9. Gastrik
10. Masalah sendi dan urat saraf
11. Mereka yg ingin mengurangkan berat badan
12. Memberi tenaga tambahan kepada ibu-ibu mengandung
13. Amalan kepada ibu2 selepas melahirkan anak

Jus ni merupakan gabungan jus kurma dengan Madu, Habbatus sauda, Minyak Zaitun serta herba2 terpilih.

Orang dewasa pun boleh makan juga..

Antara testimoni pengguna:

My daughters has been drinking this product for almost 1/2 year now. The results is my kids are seldom sick anymore. Previously they’re always sick and it takes them a long time to recover. But now, they’re rarely sick, even though we always travel on vacation. Other than that, my first daughter, Emilia could read at 3 1/2 years old, and is a fast learner, for example she memorized the solar system (planets and the sun) in just 1 day of teaching her.

My second daughter, Elyssa was always sick when she was smaller, with bronchitis, and alhamdulillah after drinking this jus kurma, she seldoms get sick. She is also quite talkative at the age 17 months, and could speak around 15 words.

Kurma has been mentioned a lot in the quran, and a pregnant women who eats kurma has been proven to deliver calm and clever babies. This jus kurma is an easy supplement, because we just need to drink around 1 tablespoon per day. It is suitable for kids, and also pregnant ladies.

Tuesday, February 9, 2010

Special edition entry untuk hubby...

ciss.. sudah 2 bulan gajiku kena potong..

tgh investigate potong bakpenye puloks.

tapi line org yg berkenaan tu asik engage ajerrr.. "bertunang" lama2 tak elok tau!

so, selagi tak dapat jawapannya tolongla jangan tanyer nape gaji ku masuk sikit ajer okeyyy! ni last warning kalu tanyer nanti mama marah sangat okey!

ingat tu!

tolong jangan tanyer...


Friday, January 29, 2010

Yaya, Iyddin n aunty


Ye.. saya pinjam gambar ni dari blog kakak ku... hahahahaha..
Kakakku dah ada blog.. banyak plak tu!

Friday, January 15, 2010

Kes dah lama tak update...

Saya sedar semenjak dua menjak ni saya kurang rajin untuk post new entry. Sebabnya saya masih lagi belum berjumpa solution untuk kecikkan size gambar supaya mudah diupload ke dalam blog. Boleh pakai ke? Selain dari tu saya takde idea nak merepek.. So saya duduk je la diam2 sambil baca blog orang lain.

Sepanjang Disember ada banyak aktiviti menarik sebenarnya.. Kursus sana sini, kenduri kawen sana sini, macam-macam la..

Antaranya Anniversary ke -5 kami pada 18 Dec 2009 disambut kecil-kecilan tapi penuh dengan kejutan.. Wah! baru terasa romantiknya suamiku.. Ada kek, sijil penghargaan, dll.. hehehehhe

Masuk ke tahun baru 2010, saya masih di ofis lama dan mempunyai rakan sekerja baru. Dia coursemate saya waktu di U. Saya yang paksa dia kerja di tempat ni. So sekarang adala geng nak pegi makan sama2.. walaupun selalu jugak saya ajak dia tapau je sbb nak mkn depan PC...

Suami saya juga masih suami yang lama... maintain je.. Gituuu je la.. Takde perubahan pape walaupun dia ada bising2 masa birthday dia 2 Jan 2010 yang lalu. Dia kata ada uban.. takpela.. tu tanda2 dah matang.

Yaya dah start pegi tadika tahun ni. Risau jugak mula2 boleh ke budak ni bangun awal mandi pagi2 semer? Nasib baik dia jenis excited, so sekali kejut terus bangun, mandi, sarapan, dll. Tapi tu minggu pertama je la. Masuk minggu kedua adoiii.. dekat 5 minit jugak kejut baru nak bangun sambil merungut2 mengantuk.

Haikal makin lasak. Tapi masih belum boleh bercakap. Sekarang ni Yaya tengah ajar dia bercakap sebab apa yang Yaya buat Haikal akan follow.. Layannn....

Rumah idaman? Insya-Allah kalau ada rezeki dapatla pindah rumah baru tahun 2011. Rumah sekarang? masih tiada pembaharuan. Rasa bosan jugak tenguk rumah sekarang ni.. Ikutkan hati macam nak cat kaler baru je, tapi baik simpan duit cat tu untuk cat rumah baru nanti kan..

Entahla.. tak tau la nak merepek apa lagi....

Tuesday, January 5, 2010

Down the memory lane...

This photo was taken in 1990. I was in standard 6 at SRK Tunku Mahmood 2.
Nasib baik ada geng2 yg upload gambar ni. Mine was missing long time ago...

Saturday, December 5, 2009

Melbourne ~ 17 - 21Nov 2009


Setelah 2 hari 2 malam maka berjayalah saya mengupload gambar2 untuk post kalini. Kalau ada sesiapa tau macam mana nak kecikkan size gambar lepas upload ke dalam PC silalah beritahu cara2nya sebab menurut firasatku kelambatan itu adalah disebabkan size gambar yang besar..

Saya ke Melbourne untuk mengikuti short course on Health Programme: Scooping the Evaluation di School of Population Health, University of Melbourne. Kursus selama 3 hari dari 18-20 Nov 2009, tapi kami datang awal sehari untuk check in hotel dan survey jalan ke tempat kursus.

Berlepas dari KLIA jam 10 mlm. Sebelum tu duduk2 relax di Golden Lounge sambil makan dan minum apa saja dengan gembiranya. Sangat best. Makan sampai kenyang kekdahnya. Tak tahu apa yang menanti bila masuk dalam plane nanti.

Syok duduk dalam business class ni. Sangat selesa.. Acik layan movie sambil makan2. Dahla baru lepas makan kan.. Tersenak perutku..

Beef ribs with apple glazed yang sangat sedap menjilat garfu...
17 Nov jam 8.00 pagi waktu Australia kami pun sampai. Cuaca sangat baik tapi sejuk juga walaupun summer. Bumi Australia ni agak gersang dan kurang hijau berbanding Malaysia.
Hotel tempat menginap. Okey lor..

Jalan-jalan di Queen Victoria Market. Banyak souvenir dijual di sini. Sayur, buah, ikan dan daging pun ada jual jugak. Geram tenguk sayur n buah-buahan kat sini segar bugar. Gambar2 kat bawah ni antara buah dan sayur yang dibeli untuk bawa balik Malaysia.

On d way ke Phillip Island nak tenguk Penguin Parade.. Tapi penguin tu tokleh amik gambo.. karang kena saman sapa nak bayar?

18-20 Nov ~ Pergi sekolah ajer. Bersama teman2 seperjuangan di School of Population Health, Melbourne University.

21 Nov ~ Jalan-jalan naik Puffing Billy sambil menikmati permandangan bukit dan kampung di Dandenong


Petang. lepas balik dari dandenong singgah di rumah member di Epping sebelum balik Malaysia. Seronok dia ada member datang ye..

Dalam flight balik acik segan nak snap gambo fud.. tapi sampai harini terkenang kenang nasik lauk rendang/serunding daging dan sayur campur yang sangat sedap for breakfast sblum touchdown kat KLIA . Selamat tiba jam 8.00 pagi dan terus bertolak ke Johor untuk ambil anak2 terchenta di kampung....

Saturday, October 10, 2009

Beraya bersama rakan.. :)

Rumah Prettylady @Atul




Sedap-sedap makanan dia, cupcake dia pun cantik dan sedap. Tapi segan ler nak amik gambar fud. Ramai orang.

Rumah Malay @ Abby : bersempena juga dengan Birthday Qisya Nur Arianna yang cilik tu... :-)








Sampai2 je umah Qisya ni (lepas sesat barat, dahle 4 keta berderet follow, sekali sampai umah tu toleh belakang tinggal 1 keta je! wakakakaka) ku terus terjah kek dia weii.. Tak peduli da orang kiri kanan, glamer sungguh kek Qisya ni, sampai Yaya pun berkenan sangat2 ler... Tapi gambar blur sebab ada budak YBST g tukar setting digicam, patutler dia takmo autofocus semer. Sampai umah baru perasan. Geram sangat! So ambil gambar bear & doraemon tu guna auto setting so korang bley la compare ye.. Hahahahha


Rumah Cikwawi.. ekekekek






Kat rumah Cikwawi ni pun ku segan nak ambil gambar fud, sebab tetamu dah sampai fud lambat sampai. Sorry la korang yg datang awal tu ye. Terima kasih kepada semua yang sudi datang. Kami buat kecil-kecilan ajer sebab takde experience jamu orang ramai2 ni weii. Dah tau caranya ni next time bolehla buat yang best lagi. Jangan serik beraya rumah kami ye...