Monday, November 3, 2008

Emosi Mama

Saya rasa saya ni terlalu emotional atau penuh dengan emosi yang meluap-luap menanti masa untuk dikeluarkan. Banyak perkara yang saya buat reaksi pertama datang dari hati - ikutkan sangat perasaan tu... Bila dah bertenang nanti baru boleh berfikir dengan waras dan macam teserlah ketidakwajaran tindakan saya tu.

Cuma disini saya perlu tegaskan, setiap tindak tanduk saya tu mesti ada pencetusnya, justeru kalau saya marah / mengamuk / merajuk / gembira / sedih mesti ada penyebabnya.

Cerita di bawah berlaku ketika kami sedang shoping barang keperluan harian.

Insiden 1:
"Mama nak beli tepung"
"Pergilah ambik"
Mama pergi ambik dan bawa ke troli....
"Kenapa mama ambik tepung ni? Yang ni tak sedap, belilah yang cap sauh tu, yang tu lagi
sedap" (dalam hati mama saborrr je, selama ni siapa yang selalu buat kuih? Agaknya selama
ni kalau mama buat kuih tu semua tak sedap ke sebab tak guna tepung cap sauh tu?"

Insiden 2:
"Mama pegi ambik tisu, tisu kat rumah tu dah habis"
Mama pergi amik n bawa ke troli
"Kenapa mama amik yang ini? Kan abang cakap amik yang CF punya.."
?????
"Mana ada, mama dengar abah soh amik tisu sebab tisu kat umah dah abis, tu je"
"Abah cakap camni la.. "Mama pergi amik tisu cap CF sebab tisu kat umah tu da habis.." Mama yang tak dengar..."

(dalam hati dah tak sabor da...)

"Dahla! Lepas ni abang amik la sendirik pape pun. Semua yang Mama amik semua salah, semua tak betul. Lepas ni tak payah suruh Mama lagi!"

"Alaaa... relex la... tu pun nak marah.. Abah cuma nak suruh Mama exercise je jalan sikit amik itu ini..."

(dalam hati haku da hangin nih!!! maknanya haku ni gemuk sangat ke sampai soh exercise tuuuu!!!! MERAJUK!!!!)

Lepas round2 lagi si dia yang ambik barang pulak... Mama follow 5 langkah kat belakang..

"Mama nak pape lagi?"

Mama geleng kepala
(dalam hati kalau ikutkan banyak lagi barang Mama nak beli tapi hatiku telah disakiti dan haku dah takde mood nak shoping dan haku dah merajuk... huhuhuhuhuhuhuuuhuhuuu...)


Persoalannya di sini, wajarkah tindakan dan kata2 saya itu? Adakah terlalu mengikut perasaan? Adakah anda juga mengalami perkara2 sedemikian? Ada lagi ke yang senasib dengan saya?

2 comments:

ajasu said...

wawi, aku...aku.... hubby aku pon sama. Bukan bab suh amik brg tuh, bab ayat tu 'papa saje nk suh mama exercise...' Arrrgghhhh...dulu masa bercinta kata x kisah kalau aku gemuks (masa tuh kuruih, la nih bising suh kuruih balik. Kata nyer x sangka aku leh gemuks gini..Chaihhh...

cikwawi said...

aja,

kui kui kui... kalu time moody gitu ler... nak ngamuk je kejenye.. cakap sket pon da melenting. tapi time mood baik pnyer kalu dia kata kita gemuk kita cakap saje je nak chellange peyut dia tu.... :)