Nak update things that happen during the weekend. Jom kita tenguk...
1. Nak citer pasal pokok cili. Dulu2 saya ada tanam beberapa jenis tumbuhan untuk memudahkan tugas2 memasak kat rumah. Masa tu saya tanam pokok cili, serai, kunyit, tomato, pandan, kesum, pudina dan pokok kari. Sempat jugakla saya merasa hasil tanaman saya tu. Tapi nak dijadikan cerita masa saya terkena penyakit buatan orang saya memang tak jaga langsung pokok2 ni semua. Sudahnya diorang mati kering..... So pokok cili yang baru saya tanam ni merupakan antara langkah awal untuk mengembalikan kehidupan kepada my 'edible garden' itu. Sepatutnya pokok cili ni dah lama dipindahkan ke tanah, tapi asyik tertangguh saja. Tenguk2 da keluar bunga pun.....
2. Suami saya ada beli pisang berangan, dah lama tak makan pisang.. Pisang tu punyalah besar2! Harga pun boleh tahan, sampai cakap kat suami kalau kita tanam pisang keliling rumah pastu jual ikut harga runcit ni pun boleh tahan jugak pendapatannya.. hehehehhehe... Budak2 pun apalagi, asik makan pisang ajela kerjanya...
3. Sambil-sambil tu saya buatkan kek pisang nih sebab geram sangat dengan pisang tu... hehehhehe.. boleh gitu? Kek ni sedap makan time panas2 keluar dari oven tu sebab top layer tu crunchy. Bila dibiarkan sehari dia jadik basah melekit2. Apa-apapun, kek ni memang best sebab senang dibuat dan rasanya sedap..
4. Budak sorang nih kena ketit apa ntah kat hidung tu sampai merah menyala. Macam nak tumbuh bisul pun ada jugak...
4. Lastly....... Janagn lupakan budak yang lagi sorang nih... Bangun tidur je tersengih-sengih..
No comments:
Post a Comment