Kalau balik kampung di Sekinchan, seboleh2nya kami akan cuba singgah minum cendol di Restoran Cendol Rahimah Ghous. Restoran ni terletak di Sungai Buloh, bersebelahan dengan masjid Sg. Buloh. Cendol disini merupakan cendol yang paling best pernah saya rasa. Di sini juga ada dijual rojak, pun sedap juga, tapi kebetulan masa saya datang tokey rojak tu tak buka warung. So, kalau anda on d way nak pergi Kuala Selangor ke, Tg. Karang ke, Sekinchan, Sabak, Perak, jangan lupa singgah minum cendol dan makan rojak di sini tau. Gerenti tak menyesal!
5 comments:
sgt meleleh air lur ku tgk cendol yg berseri2 ni wey.. (telan air liur..)
beb, header tu.. kalo x mao tulis tu kuar atas gambo, masa insert gambo tu kene click kat instead bla2.. dan kene tick jugak fit to shrink.. baru comel.. and the background tu.. nnti ku bagi html code.. kasi transparent.. posting dlm kotak tu x comey la.. ok? - cloud
cloud, nanti kalu kita wat gathering kat kedai cendol ni kita belanja k, muahahaha
cloud, tgh godek2 lagi nih. ko bagi la html code nak bagi trnsparent tu.. bagi step by step laaagii ok ye..
Cikwawi...gambaq cendol tu betul2 wat aku meleleh air liur..nak makan cendol sbb sini panas terik...hhehehhe
syoklah iqa makan cendol eh
alamak salah nama anak plak...sedaplah yaya minum cendol heheheh ampun...iqa tu anak dara erl hahahahha
matun..
takpe..takpe.. ni mesti sebab dok ingat cendul tu je.. ehehh :-)
Post a Comment