Friday, March 5, 2010

Maulidurrasul Tadika Yaya...


Petang semalam lepas balik sekolah Yaya bagitau..

"Mama, nanti esok cikgu suruh pakai baju kurung, pakai tudung, bawak kek, biskut, keropok, coklat, gula-gula dengan kuih. Siapa tak pakai baju kurung, tak pakai tudung, nanti cikgu tak kasik ikut."

"Amboi! Cikgu nak buat apa esok?"

"Entah.."

So, selongkar2 beg sekolah Yaya jumpa la memo
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN HARIJADI BULAN JANUARI, FEBRUARI DAN MAC

antara2 kandungan memo,
"... murid-murid dikehendaki berpakaian baju kurung dan bertudung bagi perempuan manakala lelaki dikehendaki memakai baju melayu, bersamping dan bersongkok. Murid-murid akan berarak mengelilingi tadika......"

Ku cuba imagine Yaya & kawan-kawan berjalan keliling tadika yg eceli ialah rumah korner lot. Mesti pusing2 kat tanah sebelah tu je...

Yaya ni sepanjang hidup dia tak pernah pakai tudung. Tapi ku ada gatal tangan belikan tudung dia tahun lepas tapi dia tak mau pakai. Alasan dia nak toncet rambut...

So, pagi tadi ironkan baju kurung n tudung tu, pastu elok je dia pakai sambil2 tunggu orang lain siap.

Nasib baik 2 hari lepas abah ada belikan keropok2 2-3 bungkus buat makan2 depan TV, bolehla bawak pergi majlis..

"Yaya, nanti bawak keropok2 ni ye. Beg sekolah dah kemas ke belum?"

Tahu Yaya jawab apa?

"Tak payah! Cikgu kata harini bukan masanya untuk belajar.."

Amboiiii.....

6 comments:

zealvia said...

amoi... ingat betul je pesanan cikgu tuh!.meuehehehe

mana picasnya...tak sabo aku nak tgk!

cikwawi said...

tu la.. cikgu cakap ajer yg dia mau dengar. gambo takde.. ku hantar g tadika pastu terus g kerja la.. muahahaha..

Asu Bahiyah said...

Amboi...meriahnya kek....tu untuk sambutan hari jadi kat taska ke?

cikwawi said...

asu, takle.. tu kek kawen kazen hubby.. ku teringin betul nak mkn tapi takde org offer sampai la balik.. huhuhuhu..

BabyShop said...

Shops at VERY AFFORDABLE price for baby clothings with us. Grab the adorable croachet flower hat for your little girl!!

Ira said...

wawi.. bila tgk kek tingkat2 tu.. teringat kek lumut ko.. huhuhu.. merembess air liyoq.. nak order 1 bekas, boleh? hehe.. serious ni tau.. acik x main2.. :)