Tuesday, January 13, 2009

Bateri dah abesss...

Semalam haikal diserang penyakit cirit birit. Selepas ambil budak2 dari nursery kami singgah di kedai sinseh untuk beli air gripe water. Kebetulan di kedai tu ada dijual buih sabun. Yaya beria2 soh mama dia beli. So mama pun belikan satu...

Sampai di rumah Yaya terus main buih sabun dengan Haikal pun turut serta mengejar buih2 tu sambil naik walker.

Abah pun teruja nenguk anak2 dia main...

Abah panggil Yaya,

"Yaya... meh sini, bagi abah tiup pulak" kata abah..

"Okey, abah tiup, biar Yaya dengan Haikal tangkap ye" kata Yaya.

Abah dengan excitednya cuba meniup buih sabun tu, tapi peliknya takde buih yang terbentuk.

"Eh, apasal tak keluar buih ni? Mama beli buih sabun expired ke?" abah tanya dengan musykilnya.

"Abah, agaknya bateri dia da abis agaknya......" kata Yaya dengan muka sungguh inesen...

Wakakakakaka! Kelakar la Yaya nih...

p/s: alkisah suamiku itu tak betul cara tiupnya, so buih takmo keluar... wakakaka





No comments: