Selepas menghabiskan cuti raya haji di rumah mak saya di Kluang tahun lepas saya ajak suami singgah sebentar di rumah arwah atuk di Kampung Parit gantung, Parit Sulung. Semenjak arwah atuk meninggal Mac 2008, nenek tinggal dengan anak2nya yang 2 orang tu ajer (mak saya & seorang pakcik di Kelantan). Hiduplah dia berpindah randah sebab dia tak berani duduk seorang diri di rumah kampung ni. Yelah, saya pun tak setuju kalau dia tinggal sorang2, nanti kalau ada apa2 berlaku kan susah.
Kakak cerita, semenjak rumah tu terbiar tak berpenghuni, nampak macam dah usang sangat. Satu ketika dulu halaman rumah tu penuh dengan pokok2 bunga dan tumbuhan hijau. Bila masa dia berbunga terasa macam dalam taman. Memang cantik sebab nenek rajin bercucuk tanam.
Kiri kanan rumah tu penuh dengan pokok buah-buahan, rambutan, mangga, manggis, kuini, rambai, pendek kata kalau musim buah memang puasla kami makan. Arwah atuk akan pajakkan pokok rambutan ke peraih sebab kami tak habis makan.
Belakang rumah tu ada kebun getah, lebih kurang 1 ekar. Di situlah nenek menoreh untuk tambah pendapatan keluarga. Masa saya kecik2 selalu temankan nenek menoreh kalau saya tidur di kampung. Sebelah kiri rumah tu pulak ada kebun kelapa ayah saya lebih kurang 2 ekar. Pokok kelapa tu dah tinggi sangat, tak boleh nak kait. Arwah atuk akan kutip buah2 kelapa yang jatuh, kupas dan jual isi yang dah di mesin kepada penjual kuih yang hari2 dapatkan supply kelapa darinya.
Tapi bila saya sampai di kampung hari tu lain sungguh perasaan saya. Sayu hati saya melihat keadaan rumah tu. Satu ketika dulu di halaman rumah tu lah tempat kami bermain masa kecik2. Pokok2 bunga kebanyakan dah mati. Kebun buah semak samun. Pokok2 getah belakang rumah ada 2-3 batang yang tumbang. Di kebun kelapa pulak banyak buah2 kelapa yang dah tumbuh sebab tiada tukang kutipnya.
Yelah, orang kata kalau rumah tu dah kena tinggal memang hilang semangatnya. So lifeless.. Rumah tu arwah atuk yang buat sendiri, nampak gaya kalau semua ni berterusan lambat laun reputlah rumah ni. Mak bagitau pakcik saya yang tinggal di Kelantan bercadang nak pindah ke situ bila dia pencen, insya-Allah dalam tahun ni juga. Hopefully dia boleh restore keadaan rumah ni dan pelihara semula semuanya...
No comments:
Post a Comment