Tuesday, August 18, 2009

Kisah pokok mulberry & sosej kentang oregano...

Kan saya dah kata saya ni suka bercucuk tanam. Jadinya bila tenguk orang tanam pokok mulberry saya pun teringin jugak sebab diorg cakap pokok ni senang hidup. Cucuk je dalam tanah terus hidup. baru sebulan dah keluar buah. Apalagi... menggelepar saya nak pergi cari pokok ni. Orang kata ada je jual kat nursery, tapi apakan daya, asik tak sempat2 je nak ke sana. Nasib baik ada insan yang sudi sedekah keratan batang pokok ni pada saya. Itulah indahnya bila ada ramai kawan di alam maya ni. Yang tak kenal pun boleh jadi kenal, yang dah kenal semakin kenal.. sungguh merapu kan.. Back to my story, petang tadi kiriman keratan batang pokok mulberry telah selamat sampai ke tangan saya. TQ to seroja1.. Jasa baik mu takkan ku lupa. Pokok tu dah selamat kucucuk dalam pasu malam2 tadi. Sebab gelap ku tak snap gambarnya.

Ini pula resepi untuk harini. saya google dan jumpa resepi yang menepati bahan-bahan yang available di dapur saya harini. Resepi asal bertajuk kentang dan sosej oregano

tapi saya dah improvised guna bahan2 yang ado ajer.. jadikler gini... Kami makan dengan roti.. tambah dengan sos cili.. Boleh le tahan rasanya. Tapi saya suggest ikutla resepi asal, sure lagi mengancam.

Sunday, August 16, 2009

Kek oren, poppy seed & carrot...


Petang-petang yang syahdu ni, hujan lebat mencurah-curah, anak2 tidur nyenyak, saya pun mulalah buat projek di dapur. Kalini kita buat kek pula. Senang je kek ni. Guna premix muffin oren poppy seed, tapi malas nak masukkan dalam paper cup, saya bakar sekali harung je.

Bahan-bahan:

1 kotak premix muffin oren & poppy seed
120 gram mentega
3 biji telur
100g air (macam pelik kan nak timbang2 air, saya guna 100ml je)
1 batang carrot (disagat)
1 sudu teh baking powder (saja tambah)

Cara-cara membuatnya:

~ Panaskan oven suhu 180'c
~ Cairkan mentega dan sejukkan
~ Pukul telur sampai kembang. Kemudian masukkan tepung premix, baking powder, air dan carrot. Kacau sebati.
~ Masukkan mentega cair dan kacau lagi sampai sebati.
~ Tuangkan dalam loyang yang di alas kertas minyak. Bakar selama 30 minit atau sehingga masak.
~ Sejukkan sebelum di potong.

Sedap dimakan bersama teh o panas...

Saturday, August 15, 2009

Bihun Goreng Sardin


Aisey... Jeles la tenguk kak mon masak sedap2. Muahahaha.. Saya pun nak share la masakan saya. Siapa berani boleh cuba ye.. Harini saya masak bihun goreng sardin.

Bahan-bahan:

1/2 bungkus bihun (rendam sampai lembut)
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 camca besar cili giling*
1 camca besar udang kering*
1 tin kecil sardin
1 camca besar sos cili
1 camca besar sos tomato
1 1/2 camca besar taucu
1 pokok bak choy
1 biji telur - di dadar, gulung dan hiris
1 biji tomato - dihiris
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

~ Blend bahan2 yang bertanda*
~ Panaskan minyak dan tumis bahan2 yang diblend sampai pecah minyak.
~ Masukkan taucu, sardin, sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa. Tumis lagi
~ Masukkan bak choy
~ Masukkan bihun dan gaul sampai bihun lembut dan cukup masak.
~ masuukan dalam bekas dan hiaskan dengan hirisan telur dadar dan tomato.

Thursday, August 13, 2009

My breakfast...

Sempena kerajinan yang datang melanda (rajin sangat le tu...), pagi tadi saya bangun jam 5.30 pagi dan sempat masak nasi goreng sempoi ni. dapat juga bawa bekal ke opis.

Wednesday, August 12, 2009

Intai-intai dapur chef wawi...

I HAVE A CONFESSION

Saya merupakan seseorang yang sangat mudah terpengaruh dengan apa-apa saja. Bila baca kisah tanaman orang yang subur menghijau saya dengan berkobar-kobarnya nak gardening.
Bila baca dan lihat gambar kek orang menjadi gebu cantik jelita, malam tu jugak saya buat kek.
Bila baca kisah orang pergi jalan-jalan cari makan tempat yang best masa tu jugak saya ajak suami pergi situ time weekend, and I make him promise! hehehehe..

Bila kak ummimon tepek gambar-gambar makanan yang dimasaknya membuat saya tersedar, dah lama dapur saya tak berasap. Saya pun terpengaruh untuk masak dinner malam ni. Disebabkan saya dilanda kemalasan memasak sejak beberapa lama, suami saya agak keberatan untuk membeli banyak bahan mentah, bimbang busuk dan terbuang begitu saja. Jadinya, tadi lepas balik kerja saya selongkar fridge dan jumpalah bahan2 ni. Jadilah dinner yang sangat sempoi tapi mengenyangkan. So siapa2 yamg takde idea nak masak apa dengan bahan2 masakan yang sangat limited bolehlah cuba masakan saya ni ye.. Sekadar memberi idea... Hehehhehe



Ini pula kisah saya terpengaruh dengan cerita staff di ofis saya betapa mudahnya masak pulut dalam micowave. Disebabkan saya ni fail bila masak pulut saya pun berkobar2 nak try tanak guna microwave ni. Pesannya, santan tu separas je dengan pulut, jangan lebih nanti pulut lembik. Yesterday, lepas anak2 tidur saya pun bereksperimen dan inilah hasilnya. Pulut tanak yang lembut dan cukup masak.


Tapi untuk dapatkan hasil seperti di atas bukanlah mudah. Acik keluarkan every 5 minutes, gaul2 and need to add water separas-separas sebanyak 3 kali! Maknanya 3 paras le.. hehehhe. Mana taknya, orang tu guna microwave canggih. Tekan je button rice n biar je sampai masak, dia pon tak tau berapa minit. Tapi microwave acik hok di bawah ni kena pusing2 manual la. Heat pon sendiri adjust, time pon sendiri adjust.. hehehehhehe


Papepon, Alhamdulillah.. Ada juga microwave. Senang juga nak panaskan makanan atau masak sardin.

Tuesday, August 11, 2009

Mama dan Anak2...

Semenjak ada BB (broadbengong) ni saya menjadi semakin malas untuk update blog. Setakat entry biasa2 saja no hal, tapi saya ketandusan idea. Saya lebih suka dengan entry yang bergambar sebab a picture worth a thousand words. Sangat sesuai untuk orang-orang yang takde idea macam saya. Dahla BB tu signal cam hampess, nak upload gambar berjam2. Kalau ada entry bergambar tu maknanya saya tengah sabar ya amat la tu..Dan signal pun very good atau excellent gitu..

It's already August 2009 and I only come out with 45 entries this year. Sangat tidak produktif.

Saya suka bercucuk tanam. Sekarang saya ada hobi bercucuk tanam di facebook. Balik rumah terus on laptop sebab nak tenguk dah boleh tuai ke belum. Suami geleng kepala. Bila berebut nak tenguk tv dengan budak2 saya give up. Terus jenguk kebun.

"Mama ni asik main tanam-tanam ajer..." kata Yaya.

"Abes tu mama takmau tenguk citer katun.. Mama mainla tanam-tanam. Awak tenguk la citer kartun awak tu.."

"Nanti lepas mama habis tanam2 Yaya pulak nak main game ye. Mama tenguk citer masak-masak ye.." Yaya cuba berdiplomasi...

"Okey..."

Bila suami conquer internet saya terpaksa tenguk citer kartun.. Makanya saya pula yang akan berdiplomasi dengan Yaya

"Yaya, nanti lepas habis tenguk citer kartun ni kita tenguk masak-masak pulak ye. Lepas tenguk masak-masak kita tenguk citer kartun lagi. Okey?"

"Okey.." jawab Yaya.

Tapi kalau saya nak continue tenguk citer masak-masak lain lepas tu maka saya usulkan begini pula.

"Yaya, kalau Yaya bagi mama tenguk citer masak-masak lain lepas ni, nanti esok Mama belikan Yaya jajan kat opis mama"

"Okey!" jawab Yaya..

Macam-macam kan....

As for Haikal, aiyooooo.. I never thought raising a boy would be this tough! I Can't imagine how it would be to have multiple boys to be taken care off. Sure hypertension. Dahle I have strong family history for hypertension. Haikal saaaaaaangat lasak (as compared to Yaya when she was at his age). Acik tak terlarat nak melayan kerenahnya. Again, bila ku dah tension ya amat ku pon mulalah berkebun. Bagi silent treatment kat budak tu. Biarle dia jerit ke, mengamuk ke, throw tantrum ke, bila dia dah senyap baru ku peluk n dukung dia. Hopefully he'll learn from this punishment /reward. Kawan2, kalau ada petua untuk lembutkan hati budak2 share2 la dengan saya ye..

TQ



Sunday, August 9, 2009

Budak kuat merajuk....

"Siaaaaaaaapa budak suka merajuk?"

"AYAAAAAAAAAAAA!" (SAYA!) sambil angkat tangan.....

"Siaaaaaaa..." (tak sempat habiskan soalan..)

"AYAAAAA!!" sambil angkat tangan...


Friday, August 7, 2009

Cuti-cuti Malaysia...

1 August 2009

Ada plan pegi bercanda di Tiara Beach Resort. Kami bertolak ke PD ikut jalan Bukit Pelanduk jam 10 pagi. Sampai di PD lebih kurang kul 1 tghr ada rombongan bikers MB NS, diorg nak pegi Eagle Ranch, opposite Tiara Beach Resort. Acik sesaja test amik gambo diorg sebab boring ya amat... Wah.. seronoknya kalu dapat satu motor besar tu, yg seat belakang tu siap ada arm rest lagi tu.. Tengah2 berangan lagi lebih kurang 2km nak sampai Tiara nampak org kumpul2 tengah jalan. Rupa2nya geng big bikes tadi sudah eksiden! 3 motor terlibat. Nampak 2 orang sudah baring tengah jalan. Bila dah dekat nampak diorg masih gerak2. Alhamdulillah.. idup lagi.. Tapi acik reporter sudah lupa mau snap gambar. Almaklum, excited sgt...



Sampai bilik, budak2 sudah excited mau mandi manda..


Seronok giler berenang2 itik, ikan duyung dan dugong di Tiara ni.





2 August 2009:

Pagi2 lagi kami checkout sebab nak pergi kenduri kawen cousin suami di Tanjung Tualang Ipoh. Acik migrain ya amat.. Tido all the way.. Haikal pon mama paksa tido jugak. Makanan kenduri dia sangatla bestnyer. Yang paling best rendang dendeng, rendang itik, kambing masak kurma... haikal sangat kuat meragam lately. Payah nak berjalan tempat2 public ada2 saja dia buat perangai yang buat saya pening. Disebabkan saya dah migrain maka saya mmg tak larat bila dia dah start merengek dan mengamuk, maka saya ajak suami balik cepat sikit dalam kul 3 gitu. Again, saya tidur all the way back.