Saturday, August 15, 2009
Bihun Goreng Sardin
Aisey... Jeles la tenguk kak mon masak sedap2. Muahahaha.. Saya pun nak share la masakan saya. Siapa berani boleh cuba ye.. Harini saya masak bihun goreng sardin.
Bahan-bahan:
1/2 bungkus bihun (rendam sampai lembut)
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 camca besar cili giling*
1 camca besar udang kering*
1 tin kecil sardin
1 camca besar sos cili
1 camca besar sos tomato
1 1/2 camca besar taucu
1 pokok bak choy
1 biji telur - di dadar, gulung dan hiris
1 biji tomato - dihiris
garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
~ Blend bahan2 yang bertanda*
~ Panaskan minyak dan tumis bahan2 yang diblend sampai pecah minyak.
~ Masukkan taucu, sardin, sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa. Tumis lagi
~ Masukkan bak choy
~ Masukkan bihun dan gaul sampai bihun lembut dan cukup masak.
~ masuukan dalam bekas dan hiaskan dengan hirisan telur dadar dan tomato.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
cam sedap je. akak mmg suka sadin tp org lain kat rumah ni tak. ikut majority, jrg lah mkn sadin. jeles ahh sempat menghias bagai. akak ambik gambor main snap je. dalam periuk pon jadik he he
budak2 tido sempat le masak menghias semer.. biasa2 ajer ;-)
Post a Comment