
Pada 22 Mei 2011 telah berlangsung majlis kenduri doa selamat serta tahlil di rumah mak abah saya di Kluang. Kenduri doa selamat tu sempena pernikahan kakak saya dengan jejaka pilihannya. Nikah jarak jauh uolss! Nikah wakil je which is adik pengantin lelaki jadi wakil untuk akad nikahkan abangnya dengan kakak saya. Pengantin lelaki ada di oversea. Acik tak dapat tenguk masa diorg bernikah wakil di Pejabat Kadi sebab pelan (read: plan) asalnya nikah sebelah pagi & bacaan Yasin & doa selamat sebelah petang. Last2 minit pagi tu jam 9 pagi Tok Kadi telefon dia postponed majlis kul 2 petang sbb dia kena pergi Muor. Jiran tetangga dah dijemput, makanya masa akad nikah cuma Abah, pakcik, makcik & sepupu (serta member2 kakak) yang ikut ke Pejabat Kadi. Saya & emak duduk rumah sambut tetamu datang untuk Yasinan. Dengar cerita sewaktu di Pejabat Kadi mereka ber skype-skype an dengan Tok Kadi sekali join.
Selain dari majlis akad nikah kakak, bacaan doa selamat juga adalah untuk mak, Abah, Nenek, kakak & anak saudara yang akan berangkat menunaikan Umrah pada 30 Mei 2011 kelak. Lepas tu mak pun nak celebrate birthday dia siap2 time ni.



Kek pisang special, made by Yours Truly.. Minggu lepas 3 kali acik buat kek ni sebab sedap dan sonang ya amat nak membuatnya. Guna blender jek..


(Tiada dalam gambar ialah dalca & bubur jagung sebab acik tak dan nak amik gambo sebab perut dah lapar giler time nih)

1 comment:
hai..nice blog..jemput singgah di blog saya
http://rafaliah.blogspot.com
tq..
Post a Comment