Thursday, May 12, 2011

Entry Hari Ibu...

Dah lama tak buat cerita pasal Haikal kan. So, harini saya nak cerita sikit tentang budak bernama Adi Haikal Amirudin..

Adi Haikal ni merupakan budak yang suuuuuuuuuuuuuuuuka sangat menguji tahap kesabaran mak bapak dia. Everyday without fail dia akan buat Mama dia naik hantu dan bertukar menjadi raksasa citer ultraman. Ada saja akal dia tau.

Saya bagi contoh situasi di kedai makan. (Mood mama 100% happy sebab nak makan :) , tahap kesabaran 100% lagi)

Sampai2 je kedai makan kalau ada jual gula2/jajan situlah ditujunya. Selagi tak dapat gula2/jajan tu dia akan merengek2 dan terus membawa kepada menjerit2 dan meraung2. Untuk mengelakkan jeritan dan raungan tu maka selalunya kami belikan ajer apa yang dia nak. (Tahap sabar down to 95%).

Duduk kat meja makan, Haikal pon makan gula2 tu. Tapi dia bukan sekadar makan. Gula2 yang dah masuk mulut dia luak & pegang2 dengan kedua2 belah tangan yang sedia maklum belum dibasuh. Lepas tu dia masuk mulut balik sambil jilat2 tapak tangan. Saya cakap “Adi, jangan buat camtu..” dengan suara manja sbb kat kedai makan kan tapi dia buat deeek ajer…(Tahap sabar down lagi to 90%).

Lepas tu dia sapu tangan dia yang melekit2 tu kat muka, rambut dan seluar baju. Saya repeat lagi “Adi, jangan buat camtu..” dengan suara yang agak kuat tapi Adi Haikal still buat deeek je lagi.… (Tahap sabar down lagi to 80%).

Selalu kat kedai makan lepas order air sampai dulu kan.. Bila air sampai maka situasi yang selalu terjadi ialah berebut air. Yaya dengan Haikal ni kannn.. Selagi Haikal tak dapat dia akan jerit2.. Bila Haikal dah dapat air Yaya plak merajuk. Budak tu kan kuat menangis.. …(Tahap sabar down lagi to 70%). Solution ialah order 2 jenis air yang sama.

Lepas air datang makanan pulak sampai.. Haikal nak makan sendiri takmo bersuap. Fine. Bila bagi makanan selain dari makan dia buat main2. Jangan di marah. Kalau marah nanti dia akan luakkan apa yang dia tengah makan sambil ludah2.. Ewwwwww!!!! Gerammnyaaaaaaaa!!!!! Macam taknak mengaku anak sendiri bley tak?? Nak makan pon dah takde mood tau! (Tahap sabar crashing down lagi to 50%). Time ni selalu tangan dah naik. Tapi kalu kena cubit apa lagi.. siren polis dia pon bunyik la kan.. Meraung tak hengat.

Lepas makan 5-6 suap selalunya budak Adi Haikal ni dah restless da. “Adi nak turunnnn… Adi nak turunnnn..” selagi tak turun itula yang dia rengekkan. Lama2 kalu tak di layan dia menjerit lagi. Aduuuuhhhhh!!!! Tensiii gue! Okey, fine. Turunkan dia dari baby chair dan biar dia berlari2 dalam kedai makan. Tapi apa kes bila dia start duduk2 atas lantai & baring golek2? Anak aku kah itu? Sekali lagi takmo mengaku anak bley tak??? Huhuhuhuuu… So saya sound dia “ADI! TAKMO BARING2 ATAS LANTAI! KOTOR!” Ada dia kesah??? Nan adooo.. (Tahap sabar turun menjadi 40%).

Nak di jadikan cerita lepas dia baring2 golek2 atas lantai dia datang balik kat meja makan. Sambung makan ke, minum ke, pastu sapu2 makanan yang tumpah atas meja & pijak2 makanan yang jatuh atau yang dia luakkan tadi.. Aduhaaaiiii… Orang meja sebelah kadang2 ada jugak yang memberikan jelingan manja. (Saya punya sabar down lagi 30%)

TINGGGG TOOONGGGG!!!! TAHAP KESABARAN ANDA SUDAH MENCECAH 30%. ANDA ADALAH FAIL! SILA BALIK RUMAH SECEPAT MUNGKIN SEBAB ANDA DAH TAKDE MOOD NAK BUAT APA2.

Itulah pasal bila sampai kat umah budak tu buat perkara2 yang ntah hapa2 saya jadik naik hantu. Sebabnya saya dah takde sabar.. Dah habis bersabar dari kedai makan lagi.

TAPI.. TAPI… TAPI…

Lepas saya marah2 & babab Haikal atau anak2 saya yang lain mesti saya rasa menyesal. Mesti saya rasa sedih sbb buat camtu. Kalau boleh memang saya takmo sampai tahap tangan naik ke badan. Saya sedih tauu..

Sebabnya.. walau macam manapun saya marah atau babab anak2 saya, pagi2 bila hantar budak2 pergi sekolah mesti dia cium tangan saya. Mesti kiss pipi saya. Kalau tidur malam mesti nak saya peluk. Kalau tak peluk pun pegang tangan pun jadi la. BUDAK2 NI MEMANG MANJA TAUUUU…

And deep down inside of me walau semarah dan senaik hantu mana pun saya, saya TETAP sayang anak2 saya. SAAAAAAAAAAAYANG SANGAT.


happy mother's day to me...



3 comments:

Ina Hashim said...

happy mother's day to u too wawi...biasalah tu dear..akak pon cenggitu...deep down inside our hearts,sayang sgt2 kat anak2 kan

Honey D said...

alahai dah besar dah adi haikal.. lain benor rupenye.. maklum la dah lama tak nengok gmbr dier.. alih2 dah besar.. huhu

cikwawi said...

Hi HoneyD! miss u so much dear.. Apa khabar family? semua sihat?