Friday, August 7, 2009

Cuti-cuti Malaysia...

1 August 2009

Ada plan pegi bercanda di Tiara Beach Resort. Kami bertolak ke PD ikut jalan Bukit Pelanduk jam 10 pagi. Sampai di PD lebih kurang kul 1 tghr ada rombongan bikers MB NS, diorg nak pegi Eagle Ranch, opposite Tiara Beach Resort. Acik sesaja test amik gambo diorg sebab boring ya amat... Wah.. seronoknya kalu dapat satu motor besar tu, yg seat belakang tu siap ada arm rest lagi tu.. Tengah2 berangan lagi lebih kurang 2km nak sampai Tiara nampak org kumpul2 tengah jalan. Rupa2nya geng big bikes tadi sudah eksiden! 3 motor terlibat. Nampak 2 orang sudah baring tengah jalan. Bila dah dekat nampak diorg masih gerak2. Alhamdulillah.. idup lagi.. Tapi acik reporter sudah lupa mau snap gambar. Almaklum, excited sgt...



Sampai bilik, budak2 sudah excited mau mandi manda..


Seronok giler berenang2 itik, ikan duyung dan dugong di Tiara ni.





2 August 2009:

Pagi2 lagi kami checkout sebab nak pergi kenduri kawen cousin suami di Tanjung Tualang Ipoh. Acik migrain ya amat.. Tido all the way.. Haikal pon mama paksa tido jugak. Makanan kenduri dia sangatla bestnyer. Yang paling best rendang dendeng, rendang itik, kambing masak kurma... haikal sangat kuat meragam lately. Payah nak berjalan tempat2 public ada2 saja dia buat perangai yang buat saya pening. Disebabkan saya dah migrain maka saya mmg tak larat bila dia dah start merengek dan mengamuk, maka saya ajak suami balik cepat sikit dalam kul 3 gitu. Again, saya tidur all the way back.

Saturday, July 18, 2009

Allah Kassiimmmm....

Today, I watched IBU MERTUAKU for God knows how many time. But today was a different experience.. For the first time in my life I cried watching the movie.

I cried when Kassim Selamat was asked to moved out from the "kolong"..
I cried when Chombi cried when she heard Kassim sang "dimana kan ku chari ganti.."
I cried listening to the song..
and lastly I cried when Sabariah cried after the blind-again Kassim was led away by Chombi and her family to go back to Penang..

Arghhh... This must be PMS!

Wednesday, July 1, 2009

Tuai padi antara masak.......

Hari isnin, ku tanam tomato...

Harini nak jenguk.. dah boleh tuai ke blom lagi...

Hahahahahhahahaa.....

Friday, June 26, 2009

FAMILY DAY KKM ~ 20 June 2009

Family day ni 2 tahun sekali je.. so sapa tak pegi tu agak kerugian jugakla.. Ehehehehe.. Last time dia buat kat FRIM, masa tu Yaya baru 6 bulan. tapi kitorg tak pegi pon. Kali ni rajin la puloks kan sebab buat di Taman Wetland, Putrajaya je. Sampai2 je YBMK dah launch. Kitorg baru duduk makan breakfast. Tahniah untuk Urusetia sebab memang menjaga betul kebajikan staff2 pada hari tu.. Macam2 depa jamu, dari breakfast sampai ke lunch makanan tak putus2. Boleh makan banyak mana yang anda suka... Hahahahahha... acik sukerrr!











Baru main 1 game untuk budak2 hujan pon turun mencurah.... Awatla tak panggil bomoh tolak ujan nih... Last2 ujan tak berenti depa sambung je game dalam hujan. Siap ada poco2 n joget lambat lagi..







Dalam pada hujan mencurah2 depa buat pulak cabutan bertuah.. Acik tengah syok2 gelakkan orang kena larik dalam hujan, sampai yang tergelincir pon ada! Alih2 no acik plak naik! Wah! Bertuah ke tak bertuah ni? Steady je acik lari dalam hujan.. Muahahaha.. Basah lencun uols..








Gambar ni Yaya yang ambil.. Aiseh.. muka mama nampak sipi2 je...

















Time balik tu ada insan sudi bagi kami belon yang sangkut kat canopy tu... Sukala 2 beradik tu main belon kat rumah.

Thursday, June 25, 2009

PETROSCIENCE & DINOTRACK @ KLCC

Halluuu...


Lama sangat tak update blog ni. Untuk makluman semua peminat (ecehhh.. bagila can makcik nak berangan ni... ) kamera HP ku dah rosak... Banyak sangat momen2 menarik yang tak dapat diabadikan dalam bentuk foto. Justeru keinginan untuk meng'share' momen2 tersebut lantas terbantut... Sekarang ni harapkan kamera HP suami ajer la.. kalu dia tak kedekut dapatla pinjam.. Tapi dia nih kedekutt... acik mintak belikan kamera karang.. haa..

Gambar2 ni masa kami bergumbira di KLCC time cuti sekolah haritu. Mak n kakak serta anak buah datang ke rumah.. siap bawak buah durian dari kampung.. Ohh.. durian siam yang besar2 tu.. pakcik yang tanam di kampung nenek.. E'eh... lupa plak... Bukan setakat buah durian.. anak2 ku pun dihantar balik sama gak.. Muahahaha.. anak2 telah ditinggalkan seminggu lebih di kampung sebab ku berkursus luar kawasan. Alahaiii... rindu anak2 mama..

ku tak snap gambo cobaan Haikal untuk masuk ke kandang dinosour besar kat belakang tu..


Sesi melepak tepi kaki lima kedai lepas penat menjelajah selama 6 jam...



Monday, June 22, 2009

TOKLEH LOGIN CARI.COM...!!!!!

HELLO KENKAWAN SEPERJUANGAN KUUU... TULUNGLAH MOKCIK NI HAAA.. DAH 3 HARI TRY LOGIN TOKLEH MASUK2 JUGAK KE CARI.COM NUN....

APO MASALAHNYE WEIII...????

ENIBODY ADA SOLUTION???? SILA CONTECT EMAIL MAKCIK

najwa@moh.gov.my

MAKCIK SEDEYYY WEIIIII.....

Wednesday, June 3, 2009

April Tag.... delayed response...

Assalamualaikum... Aja... ooo.. Aja.... acik nak bayar hutang ni... hehehehhehe..

Aja tagged me on 19 April 2009

Tag dia camni..

" If I can ....(fill in the blank with something impossible)....
I will NOT .....(fill in the blank)....
because ....(fill in the blank)....."




My answer camni....


" If I can ....TRAVEL THROUGH TIME....

I will NOT ..... DO ALL THE NONSENSE THAT I'VE DONE IN THE PAST

....because ....I ALREADY KNOW THE OUTCOME OF THE NONSENSE BECOZ I COME FROM THE FUTURE....."



HAHAHAHAHHA.. KETAWA KEBENGONGAN SENDIRIAN..



Tuesday, June 2, 2009

Tercipta Untukku..... ~ Ungu

Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku


Banyak kata
Yang tak mampu kuungkapkan
Kepada dirimu


Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku


Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku


Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu........

Monday, May 18, 2009

Kakak ku sayang...

Antara dialog2 antara parents dan anak dara yang makin petah bercakap.

Situasi 1: di rumah

Mama : Ni sapa yang habiskan air soya pastu tinggal je kotak atas meja ni? Kan mama baru je pesan kalu dah abis makan pape tu buang la sampah dia dalam tong sampah! (marahnye aku..)
Abah : Yaya yang minum, malam tadi dia yamg minum air soya tu sampai habis...
Mama : Ha.. ni sapa plak yang pakai komputer tak reti shut down nih? Mama dah charge bateri tu ni dah nak abis da! Kan mama pesan soh shut down betul2.
Yaya : (sambil tarik2 baju mama). Mama.. abah yang tutup.. (sambil tunjuk2 abah)
kui kui kui..

Situasi 2: dalam keta

Yaya : Abah, Yaya laparla. Abah singgah la KFC belikan Yaya nugget. Yaya nak makan nugget ni..
Lepas belikan nugget..
Abah : Nah makan ni, tapi kalau nak cicah sos kena balik umah dulu. Tak boleh cicah sos dalam keta, paham?
Yaya : Pahammm..
Abah : Ha, napa tak makan lagi ni? tak abis ke?
Yaya : Tadi abah cakap nak makan cicah sos kena blaik rumah dulu. Yaya nak makan kat rumah la ni, bukannya tak abis..
Abah : Ooo.. yeke.. (sambil sengih2 malu..)


Situasi 3: di rumah sebelum pegi alamanda

Mama : Yaya, pegi kencing dulu siap2. Kita nak pegi jalan ni.
Yaya : Yaya tak nak kencing pun..

Di alamanda
Yaya: Mama, Kakak nak kencing la..
Mama : Hish, tu la tadi kat umah tanak kencing siap2.
Yaya : Mama, kenapa toilet ni takde paip air.
Mama : Sebab tu Mama tak suka toilet kat sini, tenguk, mana ada paip, abis tu macam mana nak cebuk, sebab tu mama soh kencing kat rumah tadi. Kakak la ni, asal jalan2 je mesti nak kencing la, apa la..
Yaya : Dah dah.. Mama jangan marah ye..


Situasi 4: dalam keta

Abah : Adoii.. sakit la perut ni, cam nak yak ajer.
Yaya : Abah ni asik sakit perutt ajer. Itula, lain kali yak dulu kat rumah. Ini tak, kalu tengah jalan mesti nak yak. (Alamak! Dialog lebih kurang sama macam Mama sound dia.. kui kui kui..)

Thursday, April 30, 2009

Semalam yang indah....

Semalam saya ambil cuti sehari dengan harapan dapat berpoya-poya dan berdating dengan suamiku terchenta.. ihiks..

Pagi-pagi siapkan anak2 ke nursery, tapi saya tak bersiap. Yaya dah curious, macam2 dia tanya. Saya kata saya tak sihat, sakit perut (memang betulpun, perut ku semacam ajer). Lepas hantar anak ke nursery kami sarapan pagi, makan roti canai. Lepas tu kami bergerak ke Sunway Pyramid. Alkisah dah lama tak pergi sana suasananya sangatlah lain. Seronok dating berdua je, siap pegang tangan lagi.. hehehhe.. Tiada orang kedua dan ketiga di antara kami..

Kami tenguk wayang, citer Wolverine. Cerita dia okey lorr, cuma script a bit lemah. Part special effect time gaduh2 tu best ler.. Acik bagi 3 bintang.


Lepas tu kami makan ini...


Strictly for two platter ni takdela strict sangat pun sebab kami tak habis makan okey, muak. Tapi Yaya dengan Haikal sure suka makan fries dan garlic rice tu. Time tu la teringat ke anak2. Ada satu lagi dessert mud pie, tak larat nak makan, soh diorg bungkus ajer.

Oh ye.. saya dan suamiku terchenta dok survey notebook, netbook sekalian, cuma belum decide nak yang mana. Yeay!

Tuesday, April 28, 2009

tak kenal maka tak cinta..........

ABAH:
Is your birthday day 2 of the month?
Your Life
You have great common sense but usually fail to follow through. This might happens because you are too busy with your mission and shut yourself from the outside world. You are clever and profound so there’s a slight chance for self-control problem.
Your Love
Your love progress slowly, and quietly. You seem to be contented with your unrequited love. Your are a romantic and loyal lover.

MAMA:
Is your birthday day 29 of the month?
Your Life
You can trust your sixth sense. Life is exciting so routine job is not your interest. You have great ideas and fantastic imagination. You often feel tired of things and people around you.
Your Love
You can tell what’s in the mind of another person just from looking into his/her eyes. You are paranoid and jealous and these are the cause of fights between you and your lover. Sometimes the thing you believe in is just your imagination.

ALIA:
Is your birthday day 20 of the month?
Your Life
You are prudent, circumspect and take things seriously. Before you make any move, you will think of a few alternatives that might take a while. You are patient, imaginative and target oriented. You value friendship more than anything else.
Your Love
You usually study your partner carefully before making any move. You never demand anything beyond the natural quality of that person. Your sincerity doesn’t bring excitement in your love life but it brings deeply grown relationship.

HAIKAL:
Is your birthday day 14 of the month?
Your Life
You are so confident that sometimes you forget about the people around you. If you have to be in one of the two teams, you will choose to be in the winning team. On the other hand, you are kind and caring but above all, you care for your own benefits. Your imagination is unique and often gets implemented shortly after it comes across.
Your Love
You will not get soft with the one you don’t really like, no matter how hard he/she tries. But once you feel for someone you have chosen, there’s no getting back.

taken from here:

Monday, April 27, 2009

Be strong, boy!

Haikal jadi mangsa buli sepupunya (sebaya tapi sepupunya tua 2 bulan).
Pantang lepa berdebik2 Haikal kena pukul.
Semalam, masa di kampung saya terlupa tentang sepupu Haikal tu. Tau2 Haikal dah meraung2 kena debik.
Saya hepp budak tu(kira marah la tu...) Saya kata NO!NO!NO! jangan pukul2 orang, tak baik! tapi budak tu baru setahun 2 bulan, apalah yang dia paham sangat kan.
Lepas dari tu saya peratiii je dia. Dia still debik Haikal, tapi sangat perlahan, sambil matanya mengawasi saya. Setiap kali Haikal kena debik perlahan tu, Haikal terus tenguk saya sambil buat muka minta tolong. Tapi dia tak menangis sebab tak sakit. Saya pulak akan perhatikan sambil senyum pada Haikal. Saya nak latih Haikal to be tougher. Kena debik sikit takpe dik, jangan nangis. Adik takleh manja sangat dengan Mama, nanti kalau Mama takde siapa nak tolong?

Rasa kelakar pulak dengan situasi tu.

Friday, April 17, 2009

Wonderful moment...

Yesterday evening the wether was so nice that I've decided to take a stroll at the park/garden beside my office compound. Usually my husband will picked me up in front of the lobby but yesterday I told him that i'll be waiting for him at the bus stop.

It was quite late, and only few people were around. The atmosphere was so serene, so calm, the tranquility was so wonderful.. I'll definitely will do this again & again.

Jamuan makan-makan

Harini ada majlis jamuan makan-makan sempena birthday staff di office. Kami buat pot luck. Mula2 inagt nak bawa muffin, tapi petang semalam suami bawa balik ubi kayu, banyak pula tu. Jadi saya buat keputusan nak bawa ubi rebus dengan sambal tumis ikan bilis.

Thursday, April 16, 2009

Present from Mama..


Ni hadiah mama untuk Haikal. Hadiah beg baju ajer.. Kwang kwang kwang....
Dahtu, Haikal kan kecit lagi, Mama tak tau apa yang Haikal nak. What I do know is that you really need a new bag for the nursery. Kesian mama tenguk beg Haikal yang lama tu, zip atas tu dah rosak, lining kat dalam tu dah koyak, cian anak mama.. Almaklum, dah setahun guna tak pernah tukar.
Dengan beg baru nih ok la kan... nampak bergaya la sket..
Mama ingat nak beli yang kaler pink pulak untuk birthday Yaya nanti.. kwang kwang kwang

Wednesday, April 15, 2009

Haikal's birthday.. ~ Sequel


Semalam time ambil budak-budak dari nursery, Haikal melaram pakai baju n kasut cekelat nih. Alamak! Sapa bagi nih? Rupa2nya 'mama angkat' dia kat nursery yang belikan, birthday present Haikal katanya. Alahai... susah-susah ajer. TQ ye Ain..
Kami celebrate birthday Haikal dengan makan2 di Kenny Rogers, sebabnya budak2 ni suka sangat makan macaroni & cheese dan baked beans. Lagipun semalam saya puasa, kira ok la makan situ kan, tapikan portion dia saya perati makin lama makin ciput, harga plak makin mahal.


Saya tanya Yaya, tadi kat sekolah Yaya tiupkan tak lilin birthday cake Haikal? Yaya jawab tak! Cikgu yang tiupkan! Aiyoyo! mama siap pesan lagi kat cikgu soh Yaya yang tiup. Camne tu?

Tuesday, April 14, 2009

Happy Birthday ADI HAIKAL! :-)


HAPPY BIRTHDAY ADI HAIKAL SAYANG. MAMA DOAKAN SEMOGA HAIKAL JADI ANAK YANG BAIK, IKUT CAKAP MAMA & ABAH, RAJIN, BIJAK, COMEL, DLL :-)



PHOTOS OF BIRTHDAY BOY, TAKEN TODAY. SILA ABAIKAN MUKA SHOMOTS BUCUK MASYAM BLOM MANDI PAGI TU.


HAIKAL'S 1ST BIRTHDAY CAKE. I COULDN'T FIND CAKE WITH SUPERHEROES IMAGES LARGE ENOUGH FOR THE KIDS AT THE NURSERY. BUGS BUNNY PUN BOLEH LA YE HAIKAL. IT'S THE THOUGHT THAT COUNTS WHAATT.... :-)



Monday, April 13, 2009

ADI HAIKAL....~ menjelang 1 tahun...


Photos taken yesterday, 12.4.09.
Lupa bawak pacifier bucuk dia time jenjalan di alamanda.
The only way to keep him happy was to make sure he had something to munched all the time.
Note the new haircut. Abah dia yg gunting selepas mama dia suruh dah dekat 2 bulan. Lepas nampak mama pegang gunting cepat2 dia take over. Encem tak?

Friday, April 10, 2009

My Fav... ~ CENDOL

Kalau balik kampung di Sekinchan, seboleh2nya kami akan cuba singgah minum cendol di Restoran Cendol Rahimah Ghous. Restoran ni terletak di Sungai Buloh, bersebelahan dengan masjid Sg. Buloh. Cendol disini merupakan cendol yang paling best pernah saya rasa. Di sini juga ada dijual rojak, pun sedap juga, tapi kebetulan masa saya datang tokey rojak tu tak buka warung. So, kalau anda on d way nak pergi Kuala Selangor ke, Tg. Karang ke, Sekinchan, Sabak, Perak, jangan lupa singgah minum cendol dan makan rojak di sini tau. Gerenti tak menyesal!


Model tengah menunjukkan kehebatan beliau makan roti cicah cendol. Acik belum sempat amik gambar roti dah licin 2 bungkus.. :)

Monday, April 6, 2009

Tag no.. er.. er.. tak ingat...

Saya dapat tag dari HoneyD mama Adam D yg encem macam Haikal tu. Ehehe..


Instruction:
Go to your photos folder in your computer. Go to the 6th folder of photos. Go to the 6th picture in that folder. Put the picture on your blog and a description of it. Invite six friends to join the challenge. Link them in your blog and let them know they have been challenged!




Acik ada tipoo sket.. Sebenarnya folder gambar acik cuma ada 4 ajer.. and only 1 belongs to me personally. The rest are all regarding work... B.O.R.I.N.G.....

This is the 6th photo in the 1st folder. These are my children playing games on my desktop. Haikal pantang kalu nampak Yaya main game, dia pun nak main sama. Kalau Yaya tak layan, nanti dia masuk bawah kerusi tu.

Saya nak tag Fiza , Teddy , Asu

Thursday, April 2, 2009

Comfort food..


Semalam Yaya tak sihat, diarrhoea dengan demam. Nak makan pun takde selera.
Saya masakkan dia bubur nasik kosong dengan ikan bilis n bawang kicap..
Habis jugak la semangkuk tu dia makan. Mama dia habiskan 2 mangkuk.. kui.kui..kui.