Tuesday, August 18, 2009

Kisah pokok mulberry & sosej kentang oregano...

Kan saya dah kata saya ni suka bercucuk tanam. Jadinya bila tenguk orang tanam pokok mulberry saya pun teringin jugak sebab diorg cakap pokok ni senang hidup. Cucuk je dalam tanah terus hidup. baru sebulan dah keluar buah. Apalagi... menggelepar saya nak pergi cari pokok ni. Orang kata ada je jual kat nursery, tapi apakan daya, asik tak sempat2 je nak ke sana. Nasib baik ada insan yang sudi sedekah keratan batang pokok ni pada saya. Itulah indahnya bila ada ramai kawan di alam maya ni. Yang tak kenal pun boleh jadi kenal, yang dah kenal semakin kenal.. sungguh merapu kan.. Back to my story, petang tadi kiriman keratan batang pokok mulberry telah selamat sampai ke tangan saya. TQ to seroja1.. Jasa baik mu takkan ku lupa. Pokok tu dah selamat kucucuk dalam pasu malam2 tadi. Sebab gelap ku tak snap gambarnya.

Ini pula resepi untuk harini. saya google dan jumpa resepi yang menepati bahan-bahan yang available di dapur saya harini. Resepi asal bertajuk kentang dan sosej oregano

tapi saya dah improvised guna bahan2 yang ado ajer.. jadikler gini... Kami makan dengan roti.. tambah dengan sos cili.. Boleh le tahan rasanya. Tapi saya suggest ikutla resepi asal, sure lagi mengancam.

Sunday, August 16, 2009

Kek oren, poppy seed & carrot...


Petang-petang yang syahdu ni, hujan lebat mencurah-curah, anak2 tidur nyenyak, saya pun mulalah buat projek di dapur. Kalini kita buat kek pula. Senang je kek ni. Guna premix muffin oren poppy seed, tapi malas nak masukkan dalam paper cup, saya bakar sekali harung je.

Bahan-bahan:

1 kotak premix muffin oren & poppy seed
120 gram mentega
3 biji telur
100g air (macam pelik kan nak timbang2 air, saya guna 100ml je)
1 batang carrot (disagat)
1 sudu teh baking powder (saja tambah)

Cara-cara membuatnya:

~ Panaskan oven suhu 180'c
~ Cairkan mentega dan sejukkan
~ Pukul telur sampai kembang. Kemudian masukkan tepung premix, baking powder, air dan carrot. Kacau sebati.
~ Masukkan mentega cair dan kacau lagi sampai sebati.
~ Tuangkan dalam loyang yang di alas kertas minyak. Bakar selama 30 minit atau sehingga masak.
~ Sejukkan sebelum di potong.

Sedap dimakan bersama teh o panas...

Saturday, August 15, 2009

Bihun Goreng Sardin


Aisey... Jeles la tenguk kak mon masak sedap2. Muahahaha.. Saya pun nak share la masakan saya. Siapa berani boleh cuba ye.. Harini saya masak bihun goreng sardin.

Bahan-bahan:

1/2 bungkus bihun (rendam sampai lembut)
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 camca besar cili giling*
1 camca besar udang kering*
1 tin kecil sardin
1 camca besar sos cili
1 camca besar sos tomato
1 1/2 camca besar taucu
1 pokok bak choy
1 biji telur - di dadar, gulung dan hiris
1 biji tomato - dihiris
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

~ Blend bahan2 yang bertanda*
~ Panaskan minyak dan tumis bahan2 yang diblend sampai pecah minyak.
~ Masukkan taucu, sardin, sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa. Tumis lagi
~ Masukkan bak choy
~ Masukkan bihun dan gaul sampai bihun lembut dan cukup masak.
~ masuukan dalam bekas dan hiaskan dengan hirisan telur dadar dan tomato.

Thursday, August 13, 2009

My breakfast...

Sempena kerajinan yang datang melanda (rajin sangat le tu...), pagi tadi saya bangun jam 5.30 pagi dan sempat masak nasi goreng sempoi ni. dapat juga bawa bekal ke opis.

Wednesday, August 12, 2009

Intai-intai dapur chef wawi...

I HAVE A CONFESSION

Saya merupakan seseorang yang sangat mudah terpengaruh dengan apa-apa saja. Bila baca kisah tanaman orang yang subur menghijau saya dengan berkobar-kobarnya nak gardening.
Bila baca dan lihat gambar kek orang menjadi gebu cantik jelita, malam tu jugak saya buat kek.
Bila baca kisah orang pergi jalan-jalan cari makan tempat yang best masa tu jugak saya ajak suami pergi situ time weekend, and I make him promise! hehehehe..

Bila kak ummimon tepek gambar-gambar makanan yang dimasaknya membuat saya tersedar, dah lama dapur saya tak berasap. Saya pun terpengaruh untuk masak dinner malam ni. Disebabkan saya dilanda kemalasan memasak sejak beberapa lama, suami saya agak keberatan untuk membeli banyak bahan mentah, bimbang busuk dan terbuang begitu saja. Jadinya, tadi lepas balik kerja saya selongkar fridge dan jumpalah bahan2 ni. Jadilah dinner yang sangat sempoi tapi mengenyangkan. So siapa2 yamg takde idea nak masak apa dengan bahan2 masakan yang sangat limited bolehlah cuba masakan saya ni ye.. Sekadar memberi idea... Hehehhehe



Ini pula kisah saya terpengaruh dengan cerita staff di ofis saya betapa mudahnya masak pulut dalam micowave. Disebabkan saya ni fail bila masak pulut saya pun berkobar2 nak try tanak guna microwave ni. Pesannya, santan tu separas je dengan pulut, jangan lebih nanti pulut lembik. Yesterday, lepas anak2 tidur saya pun bereksperimen dan inilah hasilnya. Pulut tanak yang lembut dan cukup masak.


Tapi untuk dapatkan hasil seperti di atas bukanlah mudah. Acik keluarkan every 5 minutes, gaul2 and need to add water separas-separas sebanyak 3 kali! Maknanya 3 paras le.. hehehhe. Mana taknya, orang tu guna microwave canggih. Tekan je button rice n biar je sampai masak, dia pon tak tau berapa minit. Tapi microwave acik hok di bawah ni kena pusing2 manual la. Heat pon sendiri adjust, time pon sendiri adjust.. hehehehhehe


Papepon, Alhamdulillah.. Ada juga microwave. Senang juga nak panaskan makanan atau masak sardin.

Tuesday, August 11, 2009

Mama dan Anak2...

Semenjak ada BB (broadbengong) ni saya menjadi semakin malas untuk update blog. Setakat entry biasa2 saja no hal, tapi saya ketandusan idea. Saya lebih suka dengan entry yang bergambar sebab a picture worth a thousand words. Sangat sesuai untuk orang-orang yang takde idea macam saya. Dahla BB tu signal cam hampess, nak upload gambar berjam2. Kalau ada entry bergambar tu maknanya saya tengah sabar ya amat la tu..Dan signal pun very good atau excellent gitu..

It's already August 2009 and I only come out with 45 entries this year. Sangat tidak produktif.

Saya suka bercucuk tanam. Sekarang saya ada hobi bercucuk tanam di facebook. Balik rumah terus on laptop sebab nak tenguk dah boleh tuai ke belum. Suami geleng kepala. Bila berebut nak tenguk tv dengan budak2 saya give up. Terus jenguk kebun.

"Mama ni asik main tanam-tanam ajer..." kata Yaya.

"Abes tu mama takmau tenguk citer katun.. Mama mainla tanam-tanam. Awak tenguk la citer kartun awak tu.."

"Nanti lepas mama habis tanam2 Yaya pulak nak main game ye. Mama tenguk citer masak-masak ye.." Yaya cuba berdiplomasi...

"Okey..."

Bila suami conquer internet saya terpaksa tenguk citer kartun.. Makanya saya pula yang akan berdiplomasi dengan Yaya

"Yaya, nanti lepas habis tenguk citer kartun ni kita tenguk masak-masak pulak ye. Lepas tenguk masak-masak kita tenguk citer kartun lagi. Okey?"

"Okey.." jawab Yaya.

Tapi kalau saya nak continue tenguk citer masak-masak lain lepas tu maka saya usulkan begini pula.

"Yaya, kalau Yaya bagi mama tenguk citer masak-masak lain lepas ni, nanti esok Mama belikan Yaya jajan kat opis mama"

"Okey!" jawab Yaya..

Macam-macam kan....

As for Haikal, aiyooooo.. I never thought raising a boy would be this tough! I Can't imagine how it would be to have multiple boys to be taken care off. Sure hypertension. Dahle I have strong family history for hypertension. Haikal saaaaaaangat lasak (as compared to Yaya when she was at his age). Acik tak terlarat nak melayan kerenahnya. Again, bila ku dah tension ya amat ku pon mulalah berkebun. Bagi silent treatment kat budak tu. Biarle dia jerit ke, mengamuk ke, throw tantrum ke, bila dia dah senyap baru ku peluk n dukung dia. Hopefully he'll learn from this punishment /reward. Kawan2, kalau ada petua untuk lembutkan hati budak2 share2 la dengan saya ye..

TQ



Sunday, August 9, 2009

Budak kuat merajuk....

"Siaaaaaaaapa budak suka merajuk?"

"AYAAAAAAAAAAAA!" (SAYA!) sambil angkat tangan.....

"Siaaaaaaa..." (tak sempat habiskan soalan..)

"AYAAAAA!!" sambil angkat tangan...


Friday, August 7, 2009

Cuti-cuti Malaysia...

1 August 2009

Ada plan pegi bercanda di Tiara Beach Resort. Kami bertolak ke PD ikut jalan Bukit Pelanduk jam 10 pagi. Sampai di PD lebih kurang kul 1 tghr ada rombongan bikers MB NS, diorg nak pegi Eagle Ranch, opposite Tiara Beach Resort. Acik sesaja test amik gambo diorg sebab boring ya amat... Wah.. seronoknya kalu dapat satu motor besar tu, yg seat belakang tu siap ada arm rest lagi tu.. Tengah2 berangan lagi lebih kurang 2km nak sampai Tiara nampak org kumpul2 tengah jalan. Rupa2nya geng big bikes tadi sudah eksiden! 3 motor terlibat. Nampak 2 orang sudah baring tengah jalan. Bila dah dekat nampak diorg masih gerak2. Alhamdulillah.. idup lagi.. Tapi acik reporter sudah lupa mau snap gambar. Almaklum, excited sgt...



Sampai bilik, budak2 sudah excited mau mandi manda..


Seronok giler berenang2 itik, ikan duyung dan dugong di Tiara ni.





2 August 2009:

Pagi2 lagi kami checkout sebab nak pergi kenduri kawen cousin suami di Tanjung Tualang Ipoh. Acik migrain ya amat.. Tido all the way.. Haikal pon mama paksa tido jugak. Makanan kenduri dia sangatla bestnyer. Yang paling best rendang dendeng, rendang itik, kambing masak kurma... haikal sangat kuat meragam lately. Payah nak berjalan tempat2 public ada2 saja dia buat perangai yang buat saya pening. Disebabkan saya dah migrain maka saya mmg tak larat bila dia dah start merengek dan mengamuk, maka saya ajak suami balik cepat sikit dalam kul 3 gitu. Again, saya tidur all the way back.

Saturday, July 18, 2009

Allah Kassiimmmm....

Today, I watched IBU MERTUAKU for God knows how many time. But today was a different experience.. For the first time in my life I cried watching the movie.

I cried when Kassim Selamat was asked to moved out from the "kolong"..
I cried when Chombi cried when she heard Kassim sang "dimana kan ku chari ganti.."
I cried listening to the song..
and lastly I cried when Sabariah cried after the blind-again Kassim was led away by Chombi and her family to go back to Penang..

Arghhh... This must be PMS!

Wednesday, July 1, 2009

Tuai padi antara masak.......

Hari isnin, ku tanam tomato...

Harini nak jenguk.. dah boleh tuai ke blom lagi...

Hahahahahhahahaa.....

Friday, June 26, 2009

FAMILY DAY KKM ~ 20 June 2009

Family day ni 2 tahun sekali je.. so sapa tak pegi tu agak kerugian jugakla.. Ehehehehe.. Last time dia buat kat FRIM, masa tu Yaya baru 6 bulan. tapi kitorg tak pegi pon. Kali ni rajin la puloks kan sebab buat di Taman Wetland, Putrajaya je. Sampai2 je YBMK dah launch. Kitorg baru duduk makan breakfast. Tahniah untuk Urusetia sebab memang menjaga betul kebajikan staff2 pada hari tu.. Macam2 depa jamu, dari breakfast sampai ke lunch makanan tak putus2. Boleh makan banyak mana yang anda suka... Hahahahahha... acik sukerrr!











Baru main 1 game untuk budak2 hujan pon turun mencurah.... Awatla tak panggil bomoh tolak ujan nih... Last2 ujan tak berenti depa sambung je game dalam hujan. Siap ada poco2 n joget lambat lagi..







Dalam pada hujan mencurah2 depa buat pulak cabutan bertuah.. Acik tengah syok2 gelakkan orang kena larik dalam hujan, sampai yang tergelincir pon ada! Alih2 no acik plak naik! Wah! Bertuah ke tak bertuah ni? Steady je acik lari dalam hujan.. Muahahaha.. Basah lencun uols..








Gambar ni Yaya yang ambil.. Aiseh.. muka mama nampak sipi2 je...

















Time balik tu ada insan sudi bagi kami belon yang sangkut kat canopy tu... Sukala 2 beradik tu main belon kat rumah.

Thursday, June 25, 2009

PETROSCIENCE & DINOTRACK @ KLCC

Halluuu...


Lama sangat tak update blog ni. Untuk makluman semua peminat (ecehhh.. bagila can makcik nak berangan ni... ) kamera HP ku dah rosak... Banyak sangat momen2 menarik yang tak dapat diabadikan dalam bentuk foto. Justeru keinginan untuk meng'share' momen2 tersebut lantas terbantut... Sekarang ni harapkan kamera HP suami ajer la.. kalu dia tak kedekut dapatla pinjam.. Tapi dia nih kedekutt... acik mintak belikan kamera karang.. haa..

Gambar2 ni masa kami bergumbira di KLCC time cuti sekolah haritu. Mak n kakak serta anak buah datang ke rumah.. siap bawak buah durian dari kampung.. Ohh.. durian siam yang besar2 tu.. pakcik yang tanam di kampung nenek.. E'eh... lupa plak... Bukan setakat buah durian.. anak2 ku pun dihantar balik sama gak.. Muahahaha.. anak2 telah ditinggalkan seminggu lebih di kampung sebab ku berkursus luar kawasan. Alahaiii... rindu anak2 mama..

ku tak snap gambo cobaan Haikal untuk masuk ke kandang dinosour besar kat belakang tu..


Sesi melepak tepi kaki lima kedai lepas penat menjelajah selama 6 jam...



Monday, June 22, 2009

TOKLEH LOGIN CARI.COM...!!!!!

HELLO KENKAWAN SEPERJUANGAN KUUU... TULUNGLAH MOKCIK NI HAAA.. DAH 3 HARI TRY LOGIN TOKLEH MASUK2 JUGAK KE CARI.COM NUN....

APO MASALAHNYE WEIII...????

ENIBODY ADA SOLUTION???? SILA CONTECT EMAIL MAKCIK

najwa@moh.gov.my

MAKCIK SEDEYYY WEIIIII.....

Wednesday, June 3, 2009

April Tag.... delayed response...

Assalamualaikum... Aja... ooo.. Aja.... acik nak bayar hutang ni... hehehehhehe..

Aja tagged me on 19 April 2009

Tag dia camni..

" If I can ....(fill in the blank with something impossible)....
I will NOT .....(fill in the blank)....
because ....(fill in the blank)....."




My answer camni....


" If I can ....TRAVEL THROUGH TIME....

I will NOT ..... DO ALL THE NONSENSE THAT I'VE DONE IN THE PAST

....because ....I ALREADY KNOW THE OUTCOME OF THE NONSENSE BECOZ I COME FROM THE FUTURE....."



HAHAHAHAHHA.. KETAWA KEBENGONGAN SENDIRIAN..



Tuesday, June 2, 2009

Tercipta Untukku..... ~ Ungu

Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku


Banyak kata
Yang tak mampu kuungkapkan
Kepada dirimu


Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku


Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku


Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu........

Monday, May 18, 2009

Kakak ku sayang...

Antara dialog2 antara parents dan anak dara yang makin petah bercakap.

Situasi 1: di rumah

Mama : Ni sapa yang habiskan air soya pastu tinggal je kotak atas meja ni? Kan mama baru je pesan kalu dah abis makan pape tu buang la sampah dia dalam tong sampah! (marahnye aku..)
Abah : Yaya yang minum, malam tadi dia yamg minum air soya tu sampai habis...
Mama : Ha.. ni sapa plak yang pakai komputer tak reti shut down nih? Mama dah charge bateri tu ni dah nak abis da! Kan mama pesan soh shut down betul2.
Yaya : (sambil tarik2 baju mama). Mama.. abah yang tutup.. (sambil tunjuk2 abah)
kui kui kui..

Situasi 2: dalam keta

Yaya : Abah, Yaya laparla. Abah singgah la KFC belikan Yaya nugget. Yaya nak makan nugget ni..
Lepas belikan nugget..
Abah : Nah makan ni, tapi kalau nak cicah sos kena balik umah dulu. Tak boleh cicah sos dalam keta, paham?
Yaya : Pahammm..
Abah : Ha, napa tak makan lagi ni? tak abis ke?
Yaya : Tadi abah cakap nak makan cicah sos kena blaik rumah dulu. Yaya nak makan kat rumah la ni, bukannya tak abis..
Abah : Ooo.. yeke.. (sambil sengih2 malu..)


Situasi 3: di rumah sebelum pegi alamanda

Mama : Yaya, pegi kencing dulu siap2. Kita nak pegi jalan ni.
Yaya : Yaya tak nak kencing pun..

Di alamanda
Yaya: Mama, Kakak nak kencing la..
Mama : Hish, tu la tadi kat umah tanak kencing siap2.
Yaya : Mama, kenapa toilet ni takde paip air.
Mama : Sebab tu Mama tak suka toilet kat sini, tenguk, mana ada paip, abis tu macam mana nak cebuk, sebab tu mama soh kencing kat rumah tadi. Kakak la ni, asal jalan2 je mesti nak kencing la, apa la..
Yaya : Dah dah.. Mama jangan marah ye..


Situasi 4: dalam keta

Abah : Adoii.. sakit la perut ni, cam nak yak ajer.
Yaya : Abah ni asik sakit perutt ajer. Itula, lain kali yak dulu kat rumah. Ini tak, kalu tengah jalan mesti nak yak. (Alamak! Dialog lebih kurang sama macam Mama sound dia.. kui kui kui..)

Thursday, April 30, 2009

Semalam yang indah....

Semalam saya ambil cuti sehari dengan harapan dapat berpoya-poya dan berdating dengan suamiku terchenta.. ihiks..

Pagi-pagi siapkan anak2 ke nursery, tapi saya tak bersiap. Yaya dah curious, macam2 dia tanya. Saya kata saya tak sihat, sakit perut (memang betulpun, perut ku semacam ajer). Lepas hantar anak ke nursery kami sarapan pagi, makan roti canai. Lepas tu kami bergerak ke Sunway Pyramid. Alkisah dah lama tak pergi sana suasananya sangatlah lain. Seronok dating berdua je, siap pegang tangan lagi.. hehehhe.. Tiada orang kedua dan ketiga di antara kami..

Kami tenguk wayang, citer Wolverine. Cerita dia okey lorr, cuma script a bit lemah. Part special effect time gaduh2 tu best ler.. Acik bagi 3 bintang.


Lepas tu kami makan ini...


Strictly for two platter ni takdela strict sangat pun sebab kami tak habis makan okey, muak. Tapi Yaya dengan Haikal sure suka makan fries dan garlic rice tu. Time tu la teringat ke anak2. Ada satu lagi dessert mud pie, tak larat nak makan, soh diorg bungkus ajer.

Oh ye.. saya dan suamiku terchenta dok survey notebook, netbook sekalian, cuma belum decide nak yang mana. Yeay!

Tuesday, April 28, 2009

tak kenal maka tak cinta..........

ABAH:
Is your birthday day 2 of the month?
Your Life
You have great common sense but usually fail to follow through. This might happens because you are too busy with your mission and shut yourself from the outside world. You are clever and profound so there’s a slight chance for self-control problem.
Your Love
Your love progress slowly, and quietly. You seem to be contented with your unrequited love. Your are a romantic and loyal lover.

MAMA:
Is your birthday day 29 of the month?
Your Life
You can trust your sixth sense. Life is exciting so routine job is not your interest. You have great ideas and fantastic imagination. You often feel tired of things and people around you.
Your Love
You can tell what’s in the mind of another person just from looking into his/her eyes. You are paranoid and jealous and these are the cause of fights between you and your lover. Sometimes the thing you believe in is just your imagination.

ALIA:
Is your birthday day 20 of the month?
Your Life
You are prudent, circumspect and take things seriously. Before you make any move, you will think of a few alternatives that might take a while. You are patient, imaginative and target oriented. You value friendship more than anything else.
Your Love
You usually study your partner carefully before making any move. You never demand anything beyond the natural quality of that person. Your sincerity doesn’t bring excitement in your love life but it brings deeply grown relationship.

HAIKAL:
Is your birthday day 14 of the month?
Your Life
You are so confident that sometimes you forget about the people around you. If you have to be in one of the two teams, you will choose to be in the winning team. On the other hand, you are kind and caring but above all, you care for your own benefits. Your imagination is unique and often gets implemented shortly after it comes across.
Your Love
You will not get soft with the one you don’t really like, no matter how hard he/she tries. But once you feel for someone you have chosen, there’s no getting back.

taken from here:

Monday, April 27, 2009

Be strong, boy!

Haikal jadi mangsa buli sepupunya (sebaya tapi sepupunya tua 2 bulan).
Pantang lepa berdebik2 Haikal kena pukul.
Semalam, masa di kampung saya terlupa tentang sepupu Haikal tu. Tau2 Haikal dah meraung2 kena debik.
Saya hepp budak tu(kira marah la tu...) Saya kata NO!NO!NO! jangan pukul2 orang, tak baik! tapi budak tu baru setahun 2 bulan, apalah yang dia paham sangat kan.
Lepas dari tu saya peratiii je dia. Dia still debik Haikal, tapi sangat perlahan, sambil matanya mengawasi saya. Setiap kali Haikal kena debik perlahan tu, Haikal terus tenguk saya sambil buat muka minta tolong. Tapi dia tak menangis sebab tak sakit. Saya pulak akan perhatikan sambil senyum pada Haikal. Saya nak latih Haikal to be tougher. Kena debik sikit takpe dik, jangan nangis. Adik takleh manja sangat dengan Mama, nanti kalau Mama takde siapa nak tolong?

Rasa kelakar pulak dengan situasi tu.

Friday, April 17, 2009

Wonderful moment...

Yesterday evening the wether was so nice that I've decided to take a stroll at the park/garden beside my office compound. Usually my husband will picked me up in front of the lobby but yesterday I told him that i'll be waiting for him at the bus stop.

It was quite late, and only few people were around. The atmosphere was so serene, so calm, the tranquility was so wonderful.. I'll definitely will do this again & again.