Buah2 cili dari pokok2 kesayangan suamiku dah merah... Boleh la petik untuk masak. Masa kaler dia hijau lagi puasla mama mengendeng soh dia petik barang sebiji dua untuk dimasak tempoyak goreng, tapi suami tak mau. Dia kata belum masak lagi... Huhuhuu...
Tapi ada satu kejadian mama merajuk panjang, takmo makan (mogok lapar). Bila dah masuk hari ke-3 tak makan mana boleh tahan beb! Teringin nak makan nasik goreng ikan masin, suruh Yaya cakap kat abah dia mama nak sebijik cili tu nak buat nasik goreng. Cepat je suami petikkan, yang paling besarrr pulak tu. Hehehehhehe...
Pagi2 nak pegi kerja, suami belek dulu pokok cili tu, balik kerja pun belek lagi. Mama ni dia tak belek pun. Muahahaha..
Anyway, sebab mama tenguk abah seronok sangat tanam pokok cili ni, mama dah semaikan lagi benih cili, la ni yang dah tumbuh ada 3 pokok. Nanti bila dah pindah dalam pasu abah akan take over jaga pokok2 tu.
2 comments:
Amboi, sayangnya hubby dengan pokok cilinya tuh!
Aku yang lama x menjenguk blog ko nih, punyer la aku pelik tgk ko menjenguk pokok cili An..hahahha
Post a Comment