Tuesday, May 31, 2011
Thursday, May 26, 2011
Kerang bakar Pantai Remis...
On d way balik kampung di Skinchan, singgah sebentar di Pantai Remis. Masa ni hari Sabtu jam 5 petang. Sangat meriah Pantai Remis time-time macam ni. Cuaca agak panas & acik bawak baby, so takdela beria2 snap gambo tepi pantai kan. datang sini sebab nak makan kerang bakar je..
Wednesday, May 25, 2011
Kenduri Bacaan Yasin, Doa Selamat & Tahlil
Kek pisang special, made by Yours Truly.. Minggu lepas 3 kali acik buat kek ni sebab sedap dan sonang ya amat nak membuatnya. Guna blender jek..
(Tiada dalam gambar ialah dalca & bubur jagung sebab acik tak dan nak amik gambo sebab perut dah lapar giler time nih)
Thursday, May 12, 2011
Entry Hari Ibu...
Dah lama tak buat cerita pasal Haikal kan. So, harini saya nak cerita sikit tentang budak bernama Adi Haikal Amirudin..
Adi Haikal ni merupakan budak yang suuuuuuuuuuuuuuuuka sangat menguji tahap kesabaran mak bapak dia. Everyday without fail dia akan buat Mama dia naik hantu dan bertukar menjadi raksasa citer ultraman. Ada saja akal dia tau.
Saya bagi contoh situasi di kedai makan. (Mood mama 100% happy sebab nak makan :) , tahap kesabaran 100% lagi)
Sampai2 je kedai makan kalau ada jual gula2/jajan situlah ditujunya. Selagi tak dapat gula2/jajan tu dia akan merengek2 dan terus membawa kepada menjerit2 dan meraung2. Untuk mengelakkan jeritan dan raungan tu maka selalunya kami belikan ajer apa yang dia nak. (Tahap sabar down to 95%).
Duduk kat meja makan, Haikal pon makan gula2 tu. Tapi dia bukan sekadar makan. Gula2 yang dah masuk mulut dia luak & pegang2 dengan kedua2 belah tangan yang sedia maklum belum dibasuh. Lepas tu dia masuk mulut balik sambil jilat2 tapak tangan. Saya cakap “Adi, jangan buat camtu..” dengan suara manja sbb kat kedai makan kan tapi dia buat deeek ajer…(Tahap sabar down lagi to 90%).
Lepas tu dia sapu tangan dia yang melekit2 tu kat muka, rambut dan seluar baju. Saya repeat lagi “Adi, jangan buat camtu..” dengan suara yang agak kuat tapi Adi Haikal still buat deeek je lagi.… (Tahap sabar down lagi to 80%).
Selalu kat kedai makan lepas order air sampai dulu kan.. Bila air sampai maka situasi yang selalu terjadi ialah berebut air. Yaya dengan Haikal ni kannn.. Selagi Haikal tak dapat dia akan jerit2.. Bila Haikal dah dapat air Yaya plak merajuk. Budak tu kan kuat menangis.. …(Tahap sabar down lagi to 70%). Solution ialah order 2 jenis air yang sama.
Lepas air datang makanan pulak sampai.. Haikal nak makan sendiri takmo bersuap. Fine. Bila bagi makanan selain dari makan dia buat main2. Jangan di marah. Kalau marah nanti dia akan luakkan apa yang dia tengah makan sambil ludah2.. Ewwwwww!!!! Gerammnyaaaaaaaa!!!!! Macam taknak mengaku anak sendiri bley tak?? Nak makan pon dah takde mood tau! (Tahap sabar crashing down lagi to 50%). Time ni selalu tangan dah naik. Tapi kalu kena cubit apa lagi.. siren polis dia pon bunyik la kan.. Meraung tak hengat.
Lepas makan 5-6 suap selalunya budak Adi Haikal ni dah restless da. “Adi nak turunnnn… Adi nak turunnnn..” selagi tak turun itula yang dia rengekkan. Lama2 kalu tak di layan dia menjerit lagi. Aduuuuhhhhh!!!! Tensiii gue! Okey, fine. Turunkan dia dari baby chair dan biar dia berlari2 dalam kedai makan. Tapi apa kes bila dia start duduk2 atas lantai & baring golek2? Anak aku kah itu? Sekali lagi takmo mengaku anak bley tak??? Huhuhuhuuu… So saya sound dia “ADI! TAKMO BARING2 ATAS LANTAI! KOTOR!” Ada dia kesah??? Nan adooo.. (Tahap sabar turun menjadi 40%).
Nak di jadikan cerita lepas dia baring2 golek2 atas lantai dia datang balik kat meja makan. Sambung makan ke, minum ke, pastu sapu2 makanan yang tumpah atas meja & pijak2 makanan yang jatuh atau yang dia luakkan tadi.. Aduhaaaiiii… Orang meja sebelah kadang2 ada jugak yang memberikan jelingan manja. (Saya punya sabar down lagi 30%)
TINGGGG TOOONGGGG!!!! TAHAP KESABARAN ANDA SUDAH MENCECAH 30%. ANDA ADALAH FAIL! SILA BALIK RUMAH SECEPAT MUNGKIN SEBAB ANDA DAH TAKDE MOOD NAK BUAT APA2.
Itulah pasal bila sampai kat umah budak tu buat perkara2 yang ntah hapa2 saya jadik naik hantu. Sebabnya saya dah takde sabar.. Dah habis bersabar dari kedai makan lagi.
TAPI.. TAPI… TAPI…
Lepas saya marah2 & babab Haikal atau anak2 saya yang lain mesti saya rasa menyesal. Mesti saya rasa sedih sbb buat camtu. Kalau boleh memang saya takmo sampai tahap tangan naik ke badan. Saya sedih tauu..
Sebabnya.. walau macam manapun saya marah atau babab anak2 saya, pagi2 bila hantar budak2 pergi sekolah mesti dia cium tangan saya. Mesti kiss pipi saya. Kalau tidur malam mesti nak saya peluk. Kalau tak peluk pun pegang tangan pun jadi la. BUDAK2 NI MEMANG MANJA TAUUUU…
And deep down inside of me walau semarah dan senaik hantu mana pun saya, saya TETAP sayang anak2 saya. SAAAAAAAAAAAYANG SANGAT.
happy mother's day to me...
Thursday, May 5, 2011
Wednesday, May 4, 2011
Demam, Nasi Arab & Jawapan teka-teki...
Acik baru baik demam uols.. dah seminggu demam batuk2 selesema..
Lepas makan antibiotik baru demam tu settle down..
Time-time demam batuk2 & sakit tekak ni kalu makan Nasi Arab pun okey jugak kan..
Kali ni kami test Nasi arab kat Restoran Mr Kabab & Briyani di Precint Diplomatik, Putrajaya
Nasi ni diberi nama Grilled Chicken with Mandhy Rice Nasi dia sedap, cumanya ayam dia tu agak pedas dan kurang sesuai untuk budak2 yang tak tahan pedas. Kalau nak nasi yang tak pedas bolehla order Chicken Mandhy Rice.
Yang bestnya setiap set nasi diberi sebiji limau kasturi dan sebatang cili hijau buat mamah-mamah. Tapi kitorg ni bukanlah pemakan cili yang tegar so suami acik bungkus cili & limau kasturi tu dalam tisu untuk dibawa pulang. Kahkahkah.. Save bajet beli cili minggu ni.
Selain dari Mandhy Rice ada juga dia jual kebab, macam2 jenis kebab ada. Lepas tu Nasi briyani. Makanan2 arab yang lain tak banyak choice sangat.
Adakah sebab tekak masih tak sihat so pada acik rasa food di sini so-so aje. Bolehlaa.. Service cepat sebab orang tak ramai. Tak macam kat Saba, Cyberjaya. Nak masuk pun kena tunggu..
Teh tarik & Manggo juice dia sangat sedap dan kaw-kaw.
Suasana kedai sangat menarik. Banyak cermin yang cantik2. Yang paling penting sangat bersih dan nyaman. Harga makanan pun sangat berpatutan.
JAWAPAN UNTUK TEKA-TEKI:
Dalam gambar ni kelihatan 3 pusaran dikepala budak kecik. yang tak nampak dalam gambar ialah pusaran ke-empat.. Anda percaya? hihihihihiiii...
Kita ada sorang je pemenang iaitu Kak Ina .. Tahniah Kak Ina.. Ilebyuuuuu.. Muaaah! Kak ina sorang je yang sudi jawab teka teki nih.. Nanti Kak ina bagi alamat umah ye kita nak poskan hadiah..