Thursday, September 4, 2008

Cerita.... bazar ramadhan

Semasa mula buat blog ni merupakan hari ketiga bulan Ramadhan 1429H. Walaupun dah masuk hari ketiga namun semalam merupakan hari pertama saya menjengah bazar ramadhan di kawasan kediaman saya.

Almaklum.. yang 2 hari sebelum tu hujan lebat setiap petang.. Suami saja yang keluar membeli, saya duduk dalam kereta...

Gerai2 sama macam dulu juga, cuma macam makin kurang. Orang pun dah tak berapa ramai macam dulu. Agaknya orang dah tak minat nak berniaga atau membeli makanan semenjak harga barang naik.

Sebelum puasa hari tu dah pasang niat tak mahu sentuh nasi bulan ni. Kalau boleh nak kurangkan 4-5 kg menjelang raya. Jadinya dah 3 kali berbuka dengan mee; mee goreng, bihun sup, kuetiow kerang... Pernah juga kirim dengan suami mee rebus atau mee kari tapi dia kata tak ada orang jual. Alih-alih semasa berjalan2 tu jumpa orang jual mee rebus..

Eh, abang kata takde orang jual mee rebus. Yang tu kan ada..

Kata suami.. haritu takde.. harini baru dia jual.... (Iyola tu!)

So, juadah berbuka kami semalam mee rebus dan tauhu bakar untuk saya dan nasi kerabu, kuih kasui, kuih cucur badak dan cucur udang untuk suami... sampai rumah dah pukul 7 mlm. Saya buatkan teh o panas.

Hajat di hati memang nak masak untuk berbuka sepanjang ramadhan ni. Masakan simple saje, maklumlah takut tak sempat kalau balik lambat dari ofis. Tapi belum ada kesempatan untuk beli barang2 basah. Nantilah.. minggu depan kot..

*p/s: lepas berbuka suami cakap perut saya dah nampak kempis sedikit.. tapi anak menyampuk.. Perut mama boncet la abah!

YAYA!

1 comment:

Our Dreams Of Life said...

salam wawi

akak jenguk blog wawi nih...cuma nak komen sikit pasal diet tuh...kalo tak amik nasik,tapi ganti dgn bihun/mee/kteow sama je kaedahnya..sbb all those three tu pon kategori carb jugak..kalo nak gantikan,better gantikan dgn oat/beras perang dan lebihkan protein :)