Friday, September 5, 2008

Memasak...

Semalam hari ke 4 Ramadhan, dan buat pertama kalinya kami berbuka di luar.. sebelum2 ni berbuka di rumah tapi makanan dibeli dari pasar ramadhan.

Kali ni kami berbuka di hotel... eh, bukan! Di KFC saje.. belakang rumah saje... Sebabnya suami balik lambat dari ofis tak sempat singgah membeli makanan. Itupun bila sampai di kfc punyalah ramai umat manusia.. nasib baik dapat table. Saya seperti biasa order snack plate original. Bila masuk waktu berbuka masih belum dapat order. Lebih kurang 20 minit lepas tu suami pun datang.. Eh, snack plate dah bertukar menjadi dinner plate pulak! Belasah ajer la labu.. Suami makan spicy crunch (betul ke ni?) yang baru tu di hidangkan dengan nasi dan chicken ball soup. Rasanya macam ayam berempah kari, biasa-biasa saja. Sedap lagi original recipe kegemaranku itu..

Seperti biasa Yaya share makanan dengan mama dia. Cuma kali ni dia minta tambahan ice-cream. Haikal tidur dalam stroller.. So makan lah kami dengan aman damai...

Malam tu di rumah saya masak nasi dan sambal tumis tempoyak untuk lauk bersahur pagi ini, dengan harapan bagun sahur nanti cuma tinggal goreng telur dan sayur sedikit.

Sebenarnya saya sangat suka memasak, dan boleh masuk kategori boleh-memasak-makanan-yang-boleh-tahan-sedap-jugalah (kalau ada la kategori itu kan.. hehehheheheheh). Saya belajar memasak dengan mak saya. Masa saya kecik2 dulu saya rajin perhatikan mak saya memasak, kadang2 tolong tumbuk bawang, masak nasik, goreng ikan dan sebagainya. Bila saya masuk peringkat remaja minat saya lebih kepada baking dan juga dessert (dessert di sini bermaksud bubur, pengat dan pudding, cekodok pisang dan juga jemput2). Bila tiba bulan puasa macam sekarang ni sayalah yang ditugaskan buat biskut dan kek. Saya sangat2 suka buat kek. Masa tu saya boleh buat 3 jenis kek sehari.

Semasa melanjutkan pelajaran di local universiti minat memasak bertambah2 sebab nak kurangkan kos perbelanjaan dengan duit scholarship yang tak seberapa tu. Kami kumpul duit RM10 seorang setiap minggu dan pergi membeli belah di pasar seminggu sekali. Jadual memasak pun telah ditetapkan. So, disitulah saya mengasah bakat memasak sedia ada dan juga belajar masakan negeri2 di Malaysia.

Sekarang ni saya masih memasak, cumanya setiap kali mengandung saya ada pantang masuk dapur. Pada saya bau dapur tu punyalah busuk memang sampai termuntah dibuatnya. Kalau kena masuk dapur saya akan tahan nafas dan cepat2 ambil apa yang perlu dan lari keluar. Bila dah bersalin elok je dapur tu, takde bau apa pun.. Tapi masalah lepas beranak lain pulak. Kalu sempat saya masak, kalau tak sempat suami yang masak, kalau suami taknak masak dia belikan ajer...

Oh ya! Saya juga merupakan peminat nombor 1 rancangan masakan. Lepas menonton saya suka bereksperimen di dapur. Saya juga suka merasa makanan yang saya tak pernah rasa. Kira adventurous jugak la. Berbeza dengan suami yang hanya akan makan makanan yang dia pernah makan sahaja. Even kalau cara memasak pun kalau boleh nak buat ikut cara dia saja. Kalau bukan cara dia nanti dia kata tak pernah dibuat dek orang! Sebab itula saya dengan dia tak boleh berdua-duaan memasak di dapur. Nanti boleh bergaduh!

Maafkan saya sekiranya posting kali ini ada berbaur ala-ala perasan gitu... hehehheheheheh..


*p/s: beria-ia masak untuk sahur malam tadi sudahnya semua tak terbangun sahur pagi ni.. Alamatnya sambal tumis tempoyak tu buat lauk berbuka la nanti....


No comments: