Thursday, September 4, 2008

Cerita... masuk lambat..

Pagi ni lambat masuk kerja.. hampir jam 10 baru sampai ofis..

Sebabnya.. tidur selepas bersahur.. oh tidak! walaupun sebenarnya memang nak sambung tidur tapi Haikal menangis mintak susu. Lepas menyusu Haikal pun sambung tidur. tapi mama Haikal tak boleh tidur pulak. Terus cuba-cuba kemas rumah dan basuh baju. Sebenarnya saya tak pandai mengemas, suami yang rajin berkemas ni.. hehehheh..

Bila dah jam 6.30 pagi nak bersiap-siao ke ofis Haikal menangis lagi. Entah kenapa pulak la Haikal ni pagi pe'el lain macam aje. Tak boleh terlepas pandang muka mama dia ni ha. So masukkan dia dalam buai. Dalam 15 minit tu dia pun tertidur.

6.45 pagi cubaan seterusnya untuk bersiap. Habis mandi haikal terjaga... Hmm dah pukul 7 pagi. bagi lagi susu ( entah2 dalam hati Haikal, mama ni, aku bangun jer bagi susu, bangun jer susu.. patutla mukaku tembam!). Sambil2 layan Haikal sambil2 layan tv.

Cerita yang saa berlarutan sampai jam 8 pagi. Hantar sms kepada boss bagitau masuk lewat.

Akhirnya 9.30 pagi baru bertolak ke tempat kerja. Singgah isi minyak petrol sekejap.


*p/s: penyebab kepada kelewatan bukan hanya anak-anak ye.. Driver juga lambat bangun hari ni... hehehhehehehhh....

2 comments:

ummi said...

akak mmg try as much as possible not to tidur balik lepas sahur.. kalau idak cukup liat nak bangun. bila bangun pon, rasa pelik semacam je.

ps - trylah masak kat rumah. lagi best tau

cikwawi said...

ummi,
kalau ikutkan memang selalunya masak. cumanya minggu ni takde bahan2nya. tapi kalau masak pun takde la beria2. as simple as possible. kalau yang beria tu tunggu weekend