Thursday, September 18, 2008

Rezeki Ramadhan.... Alhamdulillah....

Alhamdulillah...

Selepas 2 tahun menunggu, call sana sini, hantar surat sana sini, orang tu tunjuk orang ni, orang ni tunjuk orang tu, selepas hantar surat warning dari BIG BOSS yang baru ni (tq boss, i lap u!), akhirnya saya telah disahkan dalam perkhidmatan! YEAY!!! Memang dugaan betul, member2 lain semua dah selamat, saya sorang yang dok ketinggalan kapal terbang.. Betul2 pengajaran. Tapi bukan salah saya! Saya dah settlekan semua yang wajib 2 tahun lepas! Sepatutnya 2 tahun lepas lagi saya dah sah! Saya memang betul2 salahkan orang lain tu! Yang bestnya surat warning boss tu hantar tak sampai 2 bulan, semuanya diorang boleh settlekan. Kalau saya tau, 2 tahun lepas lagi saya dah hantar surat warning. Huhuhuhuuu...

Apa2 pun, semuanya dah selesai. Yang bestnya tarikh sah dalam perkhidmatan pun backdated ke 2 tahun lepas. So, bolehla dapat arrears. Pencen pon dah dapat berkuatkuasa bulan depan. Bolela makcik apply loan nak beli rumah.. Bolela keluarkan duit KWSP... rasanya 50k ada kot, hehehheehhe... takdela.. makcik berangan aje.. Huhuhuuuuu... dah lama makcik mengidam nak beli rumah sendirik... rumah banglo ke, semi-d ke.. hehheheheh makcik ni memang kuat berangan.. Beli yang termampu je la makcik.. Yang mampu milik dengan mampu kemas... meaning, kalau takde maid beli jela yang rumah kecik2. Bukan ke makcik ni malas mengemas...

Sorila kalau posting ni banyak sangat heheheheh dengan huuhuhuhu tu... makcik gumbira sangat ni!

*p/s: kalu takde aral melintang macam yang 2 tahun tu, insya-Allah makcik tengah tunggu untuk kenaikan pangkat pulak...

2 comments:

Ina Hashim said...

syukurrr...rezeki di bulan ramadhan...2 tahun???lamanyaaaaaa...xpe..kesabaran dah ada hasilnya

cikwawi said...

kak ina..

macam bengong kan.. sampai 2 tahun baru settle. since 2006! nasib baik da selesai..