Thursday, October 9, 2008

Cerita Raya 1429H - Episode... balik kampung...rumah MIL

Tahun ni beraya rumah MIL. Seronot la dia anak2 semua beraya rumah dia. Suami nak ajak balik kampung cepat2. Sebab tahun ni raya jatuh pada hari Rabu 1 Oct, kalau ikutkan dia hari Sabtu lagi dah nak balik kampung. Abang, please, rumah kita pun belum siap dikemas, baju2 belum siap dibasuh dan dilipat, baju raya belum siap di 'shopping', kenapa kalut2 nak balik ni? Rileks aa brader...

Aceli, saya kurang selesa duduk lama2 rumah MIL tu... Bukan sebab saya tak suka MIL, saya suka dia, cuma ada perselisihan pendapat je sekali sekala tapi overall boleh lagi la nak nyembang ke hapa. Cuma masalah saya pasal privacy dan aurat. Saya ada 2 ipar lelaki dan 1 ipar perempuan dan suaminya. Ipar2 lelaki saya sangat teguh pegangan agama (boleh kot cakap cenggitu) and you can't just simply walk around without covering your aurat in front of them. Sebab terbiasa pakai pakaian yang 'simple' kat rumah - meaning maybe just a sleveless t-shirt or seluar tiga suku dan bila malam pakai gown atau baju kelawar nampak ketiak (hehehehehhehehehe), maka apabila 'terpaksa' berkelubung - meaning bertudung, baju lengan panjang (pakai t-shirt lengan pendek pun I segan you!) dan berkain batik, saya berasa amat panas dan rimas! Bila rimas, saya jadi tak tenteram dan mudah marah dan moody.

Dahtu duduk rumah mertua takkan nak duduk bilik atau goyang kaki depan kipas, mestilah tolong apa2 yang patut di dapur, dengan pakaian sebegitu menambahkan lagi kerimasan dan kelemasan saya.. Berpeluh-peluh makcik! Kalau takde ipar lelaki, at least boleh buka tudung itu sudah cukup baik bagi saya. So, to my beloved hubby, please understand ye...

Anyway saya berjaya pujuk hubby untuk balik kampung sehari sebelum raya... Thanx abang..
Sampai kampung terus ke dapur tolong apa2 yang patut.

Pagi raya siap2kan anak, siap2kan diri sendiri. Baju raya semua saya dah ironkan dari rumah sebab saya tak kuasa nak berpeluh2 meng 'iron' baju di pagi raya yang syahdu. Suami dan MIL dan ipar2 lelaki pergi sembahyang raya, Kami yang perempuan ni get ready untuk orang2 datang baraan. Lebih kurang pukul 11 pagi selepas baraan suami dan Yaya serta ipar2 lelaki dan anak2 saudara yang lain ikut baraan. MIL ajak anak menantu perempuan beraya rumah jiran. Saya nak tidurkan Haikal so saya tolak dengan baik. Lepas Haikal tidur baru saya tersedar rupanya belum makan lagi. Patutla lapar semacam. Jadi saya pun makan sorang2 di dapur. Menu hari raya ketupat, pulut kuning, ayam masak merah (my favourite), rendang daging dan sambal kacang kerang.. Saya ada satu rahsia. Dari hari raya pertama sampai la harini (9 Syawal), saya baru makan sebijik ketupat sahaja... hehehehe...

Bila orang lelaki dan budak2 dah balik baraan barulah bermula sesi mintak ampun maaf. Tahun ni saya rasa agak syahdu sikit masa minta ampun dengan suami.. banyak dosa agaknya... Ampunkan dosa saya pada abang ye. Halalkan makan dan minum saya selama ni. 0-0 ye :).

Lepas tu takde buat apa2 dah. Tunggu orang datang beraya je sampai malam.... Next entry raya kat kampung saya pula......



No comments: