Semenjak saya pindah masuk rumah sekarang ini sehingga ke hari ini saya masih lagi belum siap mengemas. Kalau ada orang datang rumah mesti dia ingat kami baru pindah. Sebabnya rumah kami tak banyak barang dan kalau buka satu bilik yang jadi stor masih banyak kotak2 barang yang saya bawa dari T'ganu yang masih belum dibuka.
Semasa saya mengandung kali kedua saya ada bercita2 untuk mengosongkan bilik berkenaan dan menjadikan bilik tersebut confinement room seterusnya boleh jadi guest room. Bila saya dah keluarkan lebih kurang 3/4 isi kandungan bilik tu saya terjumpa banyak tahi tikus. Yuck! Saya tak suka! Ya, ada satu masa tu rumah saya jadi tempat lepak tikus2. Banyak kali saya nampak tikus keluar masuk dari bawah pintu dapur masuk bawah pintu bilik tu. Lepas suami tutup bawah pintu dapur tu dengan papan tiada lagi masalah tikus, tapi banyak juga souvenir yang ditinggalkan tikus2 sekalian tu. Dahla masa tu saya tengah mengandung, deria bau sensitif, terus terbau menda2 yang kurang enak, terus termuntah2. Last2 sampai hari ni bilik tu tak siap.
3/4 barang2 yang dah dikeluarkan tu saya susun bawah tangga, tapi yang tak bestnya tangga rumah tu jenis open. Sesiapa pun nampak kalau letak apa2 di situ. Sudahnya kalau susun pun barang2 tu nampak macam stor bawah tangga jugak.... Masa bulan puasa hari tu saya dah berazam nak kemas bawah tangga tu. Barang2 tu saya nak bawak naik atas pulak, sebab kat atas ada bilik kosong. Hai... merata haku bawak pindah barang2 ni. Kemas punya kemas, banyak juga 'sampah' yang saya buang. Masa nak pindah dulu macam sayang je nak buang.. La ni terfikir, aik! Menda macam ni pun nak simpan ke?!
Lepas kemas2 tu saya mop dengan dettol 3 round (Erk! Debu n habuk tebal beb!). Pastu saya bentang karpet n saya susun mainan Yaya di situ... So area bawah tangga tu dah officially jadik tempat Yaya main pondok2 dengan bebear kesayangannya. Nanti Haikal dah besar boleh join kakak dia main kat situ.
Hehhehehehehehehe... Not bad for a person who doesn't like to berkemas! Way to go Wawi!
Okey, operasi bawah tangga dah sudah, nanti esok lusa kita sambung operasi kemas bilik belakang pulak. Harus kena basuh bilik tu!
No comments:
Post a Comment