Harini baru masuk kerja lepas seminggu lebih cuti raya.. Nanti kita bercerita pasal raya tahun ni ye.. Sekarang ni ada cerita lagi best!
Semenjak saya mengandung kali kedua tahun lepas saya tak larat nak drive. So, saya tumpang suami pergi dan balik kerja. Akibatnya saya selalu masuk kerja dan balik kerja lambat. Jadi saya telah menukar waktu kerja kepada WP3 dan sekarang ni kalau suami sampai pukul 6.30 petang dah jadi kebiasaan bagi saya. Dan saya merupakan the only person di floor berkenaan yang mengambil WP3 sehinggalah sebulan yang lalu saya ada geng WP3 yang baru tapi beliau balik sharp at 5.30pm. Bila tiba bulan puasa haritu most of the workers here tukar kepada WP1 pulak, cuma sorang dua yang amik WP2.
Harini, geng WP3 bercerita, dia sangat2 happy saya dah masuk kerja. Dia beragama hindu dan tak ambil cuti pada hari raya. Ceritanya lagi semasa saya bercuti lama dialah orang yang terakhir keluar ofis setiap hari. Pada satu hari yang sangat bertuah tu dia dah get ready depan punch clock jam 5.20pm. Tepat jam 5.30pm dia punch out, tutup lampu dan keluar dari opis. Sebaik sahaja pintu tertutup dia terdengar suara kanak2 menangis. Suara tu betul2 di belakang pintu tadi! Kawan ni kata dia dah tekan2 butang lift macam nak menangis tunggu pintu lift terbuka.
Keesokan harinya dia keluar Opis jam 4.30pm (ikut opismate yang lain) dan jam 5.30pm dia ajak Pak Guard temankan dia naik Opis semata2 untuk punch! Menurutnya lagi, dia dah interview beberapa opismate lain dan ada 2-3 orang mengaku pernah dengar suara kanak-kanak menangis dalam opis tu!
Saya kata takpe. From today onward, we punch out at 5.30pm together. Lega je kawan tu....
Aceli, sepanjang saya balik lewat belum pernah lagi saya dengar atau lihat perkara yang pelik2 macam ni. Hopefully saya tak kacau dia, so dia pun tak kacau saya.. Huhuhuhuhuuuuu.... Makcik takut jugak!
No comments:
Post a Comment