Friday, September 26, 2008

Yaya & chicken pox...

Sebenarnya masa celebrate birthday Yaya yang ke 3 tahun tu dia kena chicken pon (early stage).. kesian dia..tu sebab muka monyok aje. Kalau tidak time ambil gambo kalu mesti ada aksi2 comel dia buat..
Saya bawa dia ke ofis pada hari Isnin 22hb tu. Lepas tu saya ambil cuti dari 23-25hb. Yaya kena kuarantin duduk kat rumah. Haikal saya hantar ke nursery. Selama 3 hari di rumah tu Yaya mandi air panas 3 kali sehari dan blister tu di sapu dengan krim acyclovir. MIL pesan suruh minum air kelapa, mandi air beras... jangan tenguk cermin nanti muka berlubang2...
Semalam, blister tu semua dah kering, cuma tinggal keruping yang belum tanggal tu. Hari ni Yaya nak ikut ke ofis tapi saya banyak kerja tertunggak. So Yaya tinggal nursery jugak. Hopefully dia dah lepas infectious stage tu....
Selama seminggu ni Yaya tak boleh sentuh Haikal. Kesian dia... sebab dia suka sangat bergomol dengan Haikal, peluk cium Haikal.. Bila tak boleh sentuh tu dia nyanyikan Haikal nursery rhyme aje jauh2. Tepuk2 tangan pun jauh2 jugak. Tergedik2 Haikal tenguk kakak dia nyanyi.


Yaya tak boleh hari raya la mama, yaya kena chicken pox...


Blisters kat badan yaya dah kering daa...

2 comments:

ena said...

alahai kesiannya yaya......
mesti gatal tuhhh

alahai cepat sembuh ye sayang.... nanti leh raya n main ngan haikal semula

cikwawi said...

erl,

kesian yaya tak comel masa raya arituh. tapi lagi kesian sebab haikal pon dah terjangkit ciken pox.. huwawwawawawa!