Tuesday, May 31, 2011

Lovely RV..



Delicious moist & scrumptious Red Velvet cake hasil pemberian kolig tersayang... TQ Dear :)

Thursday, May 26, 2011

Kerang bakar Pantai Remis...



On d way balik kampung di Skinchan, singgah sebentar di Pantai Remis. Masa ni hari Sabtu jam 5 petang. Sangat meriah Pantai Remis time-time macam ni. Cuaca agak panas & acik bawak baby, so takdela beria2 snap gambo tepi pantai kan. datang sini sebab nak makan kerang bakar je..

Restoran jual kerang bakar, lokan, udang, sotong, ikan dan lain-lain..


Sotong bakar atas daun pisang.. Rasanya tak macam rasa kena bakar.. Macam kena stim ajer..

Kerang bakar pun okey la.. Takdela WOW! kan rasanya.. yang besar2 sedapla, tiba yang kecik2 banyak yang hangit deee... sambal kicap & air asam pun biasa ajer..



Waktu kejadian adalah selepas acik kekenyangan melantak nasik kenduri aqiqah member En Suami. Makan kari kambing yang sedap, lauk-pauk kampung, pulut kuning, mushroom soup, kuih muih, puding koktail, buah-buahan dan tak lupa 3 gelas air sirap. Agaknya sebab tu time makan kerang bakar tu semer dah jadi rasa biasa-biasa ajer... I'm Sorry! (^_^)

Wednesday, May 25, 2011

Kenduri Bacaan Yasin, Doa Selamat & Tahlil







Pada 22 Mei 2011 telah berlangsung majlis kenduri doa selamat serta tahlil di rumah mak abah saya di Kluang. Kenduri doa selamat tu sempena pernikahan kakak saya dengan jejaka pilihannya. Nikah jarak jauh uolss! Nikah wakil je which is adik pengantin lelaki jadi wakil untuk akad nikahkan abangnya dengan kakak saya. Pengantin lelaki ada di oversea. Acik tak dapat tenguk masa diorg bernikah wakil di Pejabat Kadi sebab pelan (read: plan) asalnya nikah sebelah pagi & bacaan Yasin & doa selamat sebelah petang. Last2 minit pagi tu jam 9 pagi Tok Kadi telefon dia postponed majlis kul 2 petang sbb dia kena pergi Muor. Jiran tetangga dah dijemput, makanya masa akad nikah cuma Abah, pakcik, makcik & sepupu (serta member2 kakak) yang ikut ke Pejabat Kadi. Saya & emak duduk rumah sambut tetamu datang untuk Yasinan. Dengar cerita sewaktu di Pejabat Kadi mereka ber skype-skype an dengan Tok Kadi sekali join.

Selain dari majlis akad nikah kakak, bacaan doa selamat juga adalah untuk mak, Abah, Nenek, kakak & anak saudara yang akan berangkat menunaikan Umrah pada 30 Mei 2011 kelak. Lepas tu mak pun nak celebrate birthday dia siap2 time ni.

Ruang tamu sedang di siap-siapkan...

Pengantin & Iyddin....

Hantaran belah perempuan...

Hantaran wajik.. Sedap wajik ni.. dah lama tak makan wajik yang sedap..

Dalam kotak tu ada coklat, pastu ada bakul buah anggur...

Goodie bag untuk tetamu. Tetamu kakak dapat muffin & lollichoc. Tetamu mak dapat jelly tapai (jepai) yang sedap, muffin, pulut kuning & rendang daging...

Goodie bag untuk tetamu Emak. Acik la ni yang siapkan sampai kul 5 pagi ko! Sebab nak tunggu pulut kuning & rendang siap di masak. Sakit pinggang ku!

Jepai yang special. Resepi dari Makngah. Sedap!!!! Kalau makan sejuk2 lagi bessttt!


Pulut kuning.. Sedap gak nih!





Kek pisang special, made by Yours Truly.. Minggu lepas 3 kali acik buat kek ni sebab sedap dan sonang ya amat nak membuatnya. Guna blender jek..

Nasik jagung ni adalah yang terbaik.

Ayam masak merah ni adalah sedap tapi kurang pedas / tak pedas langsung. Yaya paling suka sebab dia boleh makan sebab tak pedas..

Daging masak blackpepper ni adalah biasa2 ajer pada tekak ku.. tapi En. Suami adalah sangat suka..

Rojak petis & buah oren.. Pun biasa2 ajer..

(Tiada dalam gambar ialah dalca & bubur jagung sebab acik tak dan nak amik gambo sebab perut dah lapar giler time nih)


Yaya yang makan banyak time kenduri haritu. Dia kata nasik jagung tu sedap giler.

Yours truly with bb Ada yang semer orang cakap "Alahaiiii... Budak ni diammmmmmmmmm ajer. Takde bunyik sikit pun!".. Bagus Ada.. Bagus! Mama kasi Ada markah A bintang bintang bintang. Camni la Mama suka.. Saaaaaayang Ada!

Bb Ada with Nenek Nyang..
















Thursday, May 12, 2011

Entry Hari Ibu...

Dah lama tak buat cerita pasal Haikal kan. So, harini saya nak cerita sikit tentang budak bernama Adi Haikal Amirudin..

Adi Haikal ni merupakan budak yang suuuuuuuuuuuuuuuuka sangat menguji tahap kesabaran mak bapak dia. Everyday without fail dia akan buat Mama dia naik hantu dan bertukar menjadi raksasa citer ultraman. Ada saja akal dia tau.

Saya bagi contoh situasi di kedai makan. (Mood mama 100% happy sebab nak makan :) , tahap kesabaran 100% lagi)

Sampai2 je kedai makan kalau ada jual gula2/jajan situlah ditujunya. Selagi tak dapat gula2/jajan tu dia akan merengek2 dan terus membawa kepada menjerit2 dan meraung2. Untuk mengelakkan jeritan dan raungan tu maka selalunya kami belikan ajer apa yang dia nak. (Tahap sabar down to 95%).

Duduk kat meja makan, Haikal pon makan gula2 tu. Tapi dia bukan sekadar makan. Gula2 yang dah masuk mulut dia luak & pegang2 dengan kedua2 belah tangan yang sedia maklum belum dibasuh. Lepas tu dia masuk mulut balik sambil jilat2 tapak tangan. Saya cakap “Adi, jangan buat camtu..” dengan suara manja sbb kat kedai makan kan tapi dia buat deeek ajer…(Tahap sabar down lagi to 90%).

Lepas tu dia sapu tangan dia yang melekit2 tu kat muka, rambut dan seluar baju. Saya repeat lagi “Adi, jangan buat camtu..” dengan suara yang agak kuat tapi Adi Haikal still buat deeek je lagi.… (Tahap sabar down lagi to 80%).

Selalu kat kedai makan lepas order air sampai dulu kan.. Bila air sampai maka situasi yang selalu terjadi ialah berebut air. Yaya dengan Haikal ni kannn.. Selagi Haikal tak dapat dia akan jerit2.. Bila Haikal dah dapat air Yaya plak merajuk. Budak tu kan kuat menangis.. …(Tahap sabar down lagi to 70%). Solution ialah order 2 jenis air yang sama.

Lepas air datang makanan pulak sampai.. Haikal nak makan sendiri takmo bersuap. Fine. Bila bagi makanan selain dari makan dia buat main2. Jangan di marah. Kalau marah nanti dia akan luakkan apa yang dia tengah makan sambil ludah2.. Ewwwwww!!!! Gerammnyaaaaaaaa!!!!! Macam taknak mengaku anak sendiri bley tak?? Nak makan pon dah takde mood tau! (Tahap sabar crashing down lagi to 50%). Time ni selalu tangan dah naik. Tapi kalu kena cubit apa lagi.. siren polis dia pon bunyik la kan.. Meraung tak hengat.

Lepas makan 5-6 suap selalunya budak Adi Haikal ni dah restless da. “Adi nak turunnnn… Adi nak turunnnn..” selagi tak turun itula yang dia rengekkan. Lama2 kalu tak di layan dia menjerit lagi. Aduuuuhhhhh!!!! Tensiii gue! Okey, fine. Turunkan dia dari baby chair dan biar dia berlari2 dalam kedai makan. Tapi apa kes bila dia start duduk2 atas lantai & baring golek2? Anak aku kah itu? Sekali lagi takmo mengaku anak bley tak??? Huhuhuhuuu… So saya sound dia “ADI! TAKMO BARING2 ATAS LANTAI! KOTOR!” Ada dia kesah??? Nan adooo.. (Tahap sabar turun menjadi 40%).

Nak di jadikan cerita lepas dia baring2 golek2 atas lantai dia datang balik kat meja makan. Sambung makan ke, minum ke, pastu sapu2 makanan yang tumpah atas meja & pijak2 makanan yang jatuh atau yang dia luakkan tadi.. Aduhaaaiiii… Orang meja sebelah kadang2 ada jugak yang memberikan jelingan manja. (Saya punya sabar down lagi 30%)

TINGGGG TOOONGGGG!!!! TAHAP KESABARAN ANDA SUDAH MENCECAH 30%. ANDA ADALAH FAIL! SILA BALIK RUMAH SECEPAT MUNGKIN SEBAB ANDA DAH TAKDE MOOD NAK BUAT APA2.

Itulah pasal bila sampai kat umah budak tu buat perkara2 yang ntah hapa2 saya jadik naik hantu. Sebabnya saya dah takde sabar.. Dah habis bersabar dari kedai makan lagi.

TAPI.. TAPI… TAPI…

Lepas saya marah2 & babab Haikal atau anak2 saya yang lain mesti saya rasa menyesal. Mesti saya rasa sedih sbb buat camtu. Kalau boleh memang saya takmo sampai tahap tangan naik ke badan. Saya sedih tauu..

Sebabnya.. walau macam manapun saya marah atau babab anak2 saya, pagi2 bila hantar budak2 pergi sekolah mesti dia cium tangan saya. Mesti kiss pipi saya. Kalau tidur malam mesti nak saya peluk. Kalau tak peluk pun pegang tangan pun jadi la. BUDAK2 NI MEMANG MANJA TAUUUU…

And deep down inside of me walau semarah dan senaik hantu mana pun saya, saya TETAP sayang anak2 saya. SAAAAAAAAAAAYANG SANGAT.


happy mother's day to me...



Thursday, May 5, 2011

050511..



050511..

Cun kan tarikh harini :-)

Wednesday, May 4, 2011

Demam, Nasi Arab & Jawapan teka-teki...

Uhuk uhuk.... testing sore wan tu triii..

Acik baru baik demam uols.. dah seminggu demam batuk2 selesema..
Lepas makan antibiotik baru demam tu settle down..
Time-time demam batuk2 & sakit tekak ni kalu makan Nasi Arab pun okey jugak kan..

Kali ni kami test Nasi arab kat Restoran Mr Kabab & Briyani di Precint Diplomatik, Putrajaya
Nasi ni diberi nama Grilled Chicken with Mandhy Rice Nasi dia sedap, cumanya ayam dia tu agak pedas dan kurang sesuai untuk budak2 yang tak tahan pedas. Kalau nak nasi yang tak pedas bolehla order Chicken Mandhy Rice.

Yaya sedang menikmati Chicken Mandhy


Acik buat masak sambal sardin...

Yang bestnya setiap set nasi diberi sebiji limau kasturi dan sebatang cili hijau buat mamah-mamah. Tapi kitorg ni bukanlah pemakan cili yang tegar so suami acik bungkus cili & limau kasturi tu dalam tisu untuk dibawa pulang. Kahkahkah.. Save bajet beli cili minggu ni.

Selain dari Mandhy Rice ada juga dia jual kebab, macam2 jenis kebab ada. Lepas tu Nasi briyani. Makanan2 arab yang lain tak banyak choice sangat.

Adakah sebab tekak masih tak sihat so pada acik rasa food di sini so-so aje. Bolehlaa.. Service cepat sebab orang tak ramai. Tak macam kat Saba, Cyberjaya. Nak masuk pun kena tunggu..

Teh tarik & Manggo juice dia sangat sedap dan kaw-kaw.

Suasana kedai sangat menarik. Banyak cermin yang cantik2. Yang paling penting sangat bersih dan nyaman. Harga makanan pun sangat berpatutan.

JAWAPAN UNTUK TEKA-TEKI:

Dalam gambar ni kelihatan 3 pusaran dikepala budak kecik. yang tak nampak dalam gambar ialah pusaran ke-empat.. Anda percaya? hihihihihiiii...


Kita ada sorang je pemenang iaitu Kak Ina .. Tahniah Kak Ina.. Ilebyuuuuu.. Muaaah! Kak ina sorang je yang sudi jawab teka teki nih.. Nanti Kak ina bagi alamat umah ye kita nak poskan hadiah..

Thursday, April 28, 2011

Teka teki hari ni...

Ohh.. Kak ina tu asik bagi teka teki je.. acik pun nak berteka teki jugakla.. hihihiihiii

Okey... seperti yang dijanjikan..

It's time for our teka-teki of the day..

Teka teki teka tekuk
ular mati kena patuk..


Maaf.. kualiti imej agak mengecewakan disebabkan objek yang tak boleh duduk diam-diam...


Soalannya: Ada berapa pusarkah yang anda dapat lihat pada gambar kepala budak kecik di atas?

Esok acik bagitau jawapannya ye....

Wednesday, April 27, 2011

Apple pie & Brownies...



Today I give myself a treat...
a slice of apple pie...

and a strawberry marble cheese brownies..

Pagi tadi..

Aku : Bos, orang belah sana panggil saya masuk meeting untuk pass over kerja2 yang belum siap..

Bos baru: Aaa.. yes, tadi dia mintak permission dari saya. Takpelah .. you can go. Eh, you dah baca official Memo dari Pengarah pasal you pindah balik ke Unit ni?

Aku: Saya ada baca bos, tapi takde sapa yang minit the Memo to us, sana takde sini pun takde (sbb memo tu addressed kepada Head of Units)

Bos baru: Ohh.. yeke? You nak I minitkan ke? You nak I tulis apa? Selamat datang okey tak? Hahahaha..

Sweet kan Bos baru I nih.. ^_^


Esok I ada teka teki pasal budak kecik sorang ni.. So tunggu ye..
Budak kecik tengah duduk diam-diam sebab sedap kena peluk dengan Mama...



Tuesday, April 26, 2011

Invite-invite anchovies & Ikan Bakar Jln Bellamy...


Weekend lepas asyikla hujan memanjang di waktu petang. Bila time sejuk2 camtu maka adalah lebih afdhal menggoreng invite-invite anchovies, crunchy on the outside and soft on the inside.. Lebih lazat jika dicicah sos cili megi dan minum kopi o.. Tapi kopi o cap televisyen dah abis stok..


Pagi tadi ada meeting di Bangsar. Habis meeting maka ajaklah teman-teman sekereta mencari makan tengahari. Ada yang suggest makan ikan bakar di Jalan Bellamy ni. Disebabkan semua cuma tau sebut je Jalan Bellamy tapi sorang pon tak pernah sampai maka 2 kali lah kami tawaf area Muzium Negara dan Restoran Tupai-Tupai (hanya tu je landmark yang ku tahu selain Istana Negara) barula tak terlepas simpang ke Jln Bellamy tu..
Amik ikan keli afrika satu. Besar tu keli dia tapi time makan cam tak cukup plak.. Hehehehe.. Ada mintak sotong bakar, tapi brader tukang bakar tu cakap dia akan hantar ke meja. Sampai ke sudah haiwan tu tak kunjung tiba sebab brader tu hantar ke meja lain agaknya...


Overall, rasanya macam sedap lagi Ikan Bakar Berempah Jalan Kuchai Lama especially cicah air asam dia tu. Tapi tempat makan memang Jalan Bellamy ni lagi selesa. kami masuk kedai yang 1st so tak tau la kedai mana yang serve ikan bakar yang paling best kan..

Friday, April 22, 2011

I pun tak tau...

Harini hari Jumaat. Kalau hari Jumaat ada orang berjualan dekat Blok ofis ni. Ada yang jual baju, sandal, alas meja, buku cerita, tudung2 jangan cerita la harga runtuh sokmo. Pagi tadi time nak beli breakfast ternampak Uncle jual telekung. Sejak masuk kerja 2 minggu lepas dah 2 kali Jumaat cari Uncle telekung ni sebab nak belikan Yaya telekung baru. Telekung lama dia dah ketat kat muka & kain dah singkat nampak kaki. Jadi tak lepas peluang la kan terus je beli sepasang untuk Yaya. Harga display RM45 tapi Uncle tu bagi RM40. Lepas tu Uncle tu suruh beli lagi sepasang..

Aku : Takpela Uncle, saya baru lagi beli telekung dari Uncle ni..

Uncle: Yeke? Bila?

Aku : End of last year..

Uncle: Yeke.. Uncle tak ingat la..

Aku: Uncle! Saya dah beli 3 pasang telekung tau dari Uncle. Masuk ni dah 4 kali! Saya la regular customer, siap promote kat member2 saya lagi sebab telekung Uncle ni best. Sedap di pakai.

Uncle: Yekeee?? Terima kasih la ye nak sebab support bisness Uncle. (Muka excited.. hehehehehe..)

Tak salah kan kalau menggembirakan hati orang.. Saya suka..

Disebabkan beli telekung bajet breakfast kena potong. Beli roti krim ajer.. Okey la tu kan..

Masuk ofis tetiba ada sorang staff bagi hadiah. Dia dok dengar saya cerita nak beli telekung, nak beli telekung, so dia kasi hadiah telekung warna coklat. Dia kata anak dia belikan sedozen dari Jakarta. Dia bagi kat saya satu...

Alhamdulillah...... Rezeki Allah swt nak bagi kan...
Telekung Uncle kaler putih bunga hijau & telekung hadiah kaler coklat...

Harini sempat pam 3 kali kat ofis..
9+7+5 = berapa murid-murid??.... Pandaiii... Total ialah 21oz. Inilah rezeki Syuhada. Selalu rezeki hari Jumaat akan disejuk bekukan sebab Ada tak pergi nursery esok. Saya supply fresh milk hari2. Nanti nak ajak hubby singgah kedai beli bekas ebm yang dah tinggal zero.

Lastnya, have a wonderful weekend everybody!

Thursday, April 21, 2011

My Sweet Yaya......



Pagi tadi mama cerita2 dengan abah..

"Malam tadi Syuhada tak lena tidur.. Jap jap dia bangun menyusu.. 2 jam sekali menyusu gitu.. tapi dia takla nangis cuma cam restless je. Lepas menyusu baru dia tido sekejap2. Kul 6 tadi baru la dia tidur lena..." kata mama.


Pastu Yaya jawab..

"Dia kan nak membesar..."

Hahahahaha... Sweet kan jawapan tu...

Sayang Yaya..

Wednesday, April 20, 2011

My BF Journey...

Mula-mula start kerja lepas cuti tiga bulan daku pam kat ofis 3 kali. Ni hasil setelah 3 kali sesi mengepam dicampur-campur..
Lepas 2 minggu kerja hasilnya makin meningkat.. Ni lah hasil setelah 2 sesi mengepam..

Ni hari lain.. pun lepas 2 sesi jugak.. (Acik bz.. tak dan nak pam 3 kali)Selalu memang bawa balik 2 botol susu ni untuk bekal Syuhada ke nursery. Tapi malam2 kalau Syuhada menyusu direct sebelah lagi ku pam, maka dapatlah sebotol 40z macam tu ku bekukan buat stok bila2 perlu. Setakat ni baru gunakan stok beku tu sekali (3 ketoi) masa 1st day Syuhada pergi nursery. Lepas2 tu memang tak sentuh langsung sebab stok fresh yang mencukupi.

Yang ni pulak antara supplement yang rasa2 merupakan penyumbang kepada pertambahan breastmilk production. Selain tu ku makan kurma & minum susu & air mineral banyak2...

Monday, April 18, 2011

Time-time takde modal nak cerita...

Layan je la gambar budak kecik tembam ni ye..


Saturday, April 16, 2011

Tazkirah...

Maka telah diriwayatkan....

“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).

credit to b.r.u.t.a.l.s.o.l.o blogspot

Friday, April 15, 2011

Today is Friday...


Satu hari di pasar tani...

Aku: Bang, bagi kuih ni singgit..
Brader: Tak boleh dik, kena tanya bos dulu..

Bos ialah pakcik tengah goreng kuih..

Aku: Tak boleh beli singgit ke? Singgit dapat berapa?
Brader: Tak boleh, nanti saya kena buang kerja. Malula saya nanti. Singgit dapat 7 ketul.
Aku: 7 ketul je? Apasal tak cukupkan sepuluh ketul?
Brader: Sebab bos saya kedekut ! (dia cakap kuat2 hokey!)

Bos dia buat muka selamba deekk aje..

Hihihiii.. sib baik sedap kuih ni.


Gambar selingan hari Jumaat

The chubby one

The skinny one...

The always gaduh2 one..

Mama & Ada first photo together..